08 January 2010

Ketiak Hitam

Masalah ketiak hitam sering menghantui kebanyakan kita kerana masih tak tau petua memutihkan ketiak. Salah satu cara termudah tentulah dengan memakai deodorant pemutih ketiak, kan?



Sekadar gambar hiasan


Tapi bagi anda yang nak putihkan ketiak dengan cara tradisional, boleh ikuti petua di bawah;

1. Apa yang anda perlukan adalah sedikit kapur sireh dan sebiji limau nipis.

2. Campurkan kapur dengan perahan limau nipis hingga sebati dalam satu bekas atau piring.

3. Lepas tu, sapukan campuran tadi kat kawasan ketiak anda. Biarkannya lebih kurang dalam 15 minit.

4. Lakukannya selepas mandi tau.

5. Sebaik-baiknya, anda amalkan selama 1 minggu yer.

Jika anda serasi dengan cara ni, hasilnya ketiak anda bukan saja bertambah cerah malah tidak berbau lagi.

07 January 2010

Belimbing Buluh Buat Kuku Cantik





Belimbing buluh actually boleh mencantikkan kuku supaya nampak segar dan berkilat sentiasa.

Bagaimana?

Sila baca entry ini.



[1] Pertama sekali, anda sediakan dulu belimbing buluh



[2] Kemudiannya, gosokkan belimbing buluh ni ke kuku anda.


[3] Lepas dah gosok tu, cucilah tangan anda dengan air sabun dan keringkannya.




[4] Amalkan petua ni setiap hari sehingga menampakkan hasil. Setelah berhasil kelak, mungkin anda boleh buat 1-2 kali seminggu.

Jangan lupa mencuba ya.