Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

11 August 2017

KUCING BARU - TOILET - BAWANG PUTIH





Salam dan selamat tengahari semua.

Kali ni nak share petua or tips untuk korang lagi. Well, ni ada petua untuk kucing "baru" yang belum fasih tentang rumah. Kadang sebab mereka baru, jadi mereka tak tahu nak pangsai kat mana, and nak shi shi kat mana. Selalunya belakang pintu, celah-celah almari, rak kasut jadi tumpuan mereka.

Untuk kita yang cats lover katanya ni, jangan malas.. Sila rajin, which is kena rajin simpan kasut dalam rak tertutup. Kena rajin sapu and mop rumah. Please guna dettol antiseptik untuk bau and kuman. Ye berak kucing ni berkuman dan beracun kawan.

The most important, kalau kucing baru korang pangsai and shi shi kat tengah rumah tu, bersihkan, lepastu pecahkan sikit bawang putih, lumurkan/sapu dan tinggalkan ketulan bawang putih di kawasan tadi, biar sampai kering..insyaAllah takde lagi aktiviti pangsai and shi shi di kawasan tersebut.

Untuk saya sendiri, saya guna bawang putih, bila dah kering, kutip serpihan dan sapu macam biasa. Lalu serbuk kopi adalah penyedap bau rumah saya. Actually saya duduk rumah atas, lebih susah menjaga pets dirumah atas berbanding rumah bawah..dan saya memang tak berapa berkenan guna pasir-pasir ni. Saya normally ajar anak bulus berak kat toilet, yes we are sharing the same toilet. kalau bukan dalam bowl jamban, kat lantai pun takpe, nanti saya jirus masuk saluran air..mudah dan bersih, bau pun akan hilangs erta merta. Atau korang boleh beli toilet training kit tu, untuk saya, tak perlu. kucing lebih faham berbanding manusia zaman sekarang ni.

Kerajinan cats-lover haruslah dititip beratkan, usaha sedikit untuk kucing baru korang, kalau korang dengar mengiow lain macam, mungkin macam tercari-cari kawasan atau tempat, terkais-kais, cepat-cepat angkat dan bawak dalam toilet, kunci dari luar supaya dia pangsai atau shi shi dalam tu. Kalau korang nak pergi kerja tu, kurung anak bulus baru dalam toilet. Tapi ingat !! berishkan toilet tersebut sebelum mengurung kucing korang dan pastikan lantainya kering, beri alas (kain) untuk kucing tu baring landing. Sediakan semangkuk makanan dan semangkuk minuman.

Masa korang balik nanti, tengok lah. Akan ada setompok dua di bucu-bucu toilet. Bila sudah biasa, dia akan tahu itu jamban tempat pangsai and shi shi. Jangan lupa, sentiasa kena ada wet tissue..setiap kali balik rumah lepas kerja nak keluarkan kucing tu dari toilet terkurung tu, lap kaki, tangan badan dia dengan wet tisu. Sila pembersih sikit ya. 


Ini adalah apa yang saya buat bila dapat anak bulus baru..

Semoga bermanfaat buat anda semua.

01 August 2017

Pokok Kucing Galak



Assalamaualaikum dan salam sejahtera.

The things yang aku perasan pasal kucing sejak membela mereka about 12 years ni kan, ada beberapa tumbuhan yang dorang suka. Sejenis tumbuhan yang tumbuh meliar. Ala-ala catnip gitu.

Pokok kucing galak ni, kalau dia masih teguh terpacak ditanah, tak jadi apa. Tapi cuba cabut pokok tu, berikan kat kucing korang akarnya. Nah, time ni kamu semua akan nampak. Ya, mengeliat liuk lentuk kucing korang.

Kalau tak percaya try lah.


15 June 2015

Perkongsian Tentang Kematian




Sebahagian Para Nabi berkata kepada Malaikat pencabut Nyawa. "Tidakkah Kau memberikan Aba- aba atau peringatan kepada Manusia bahawa kau datang sebagai malaikat pencabut nyawa sehingga mereka akan lebih hati - hati? "
Malaikat itu menjawab . "Demi Allah, aku sudah memberikan aba -aba dan tanda- tandamu yang sangat banyak berupa penyakit , uban , kurang pendengaran , penglihatan mulai tidak jelas ( terutama ketika sudah tua). Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya. Apabila setelah datang aba -aba tadi ia tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekal yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya : "Bukan kah aku telah memberimu banyak aba -aba dan peringatan bahawa aku sebentar lagi akan datang? Ketahuilah , aku adalah peringatan terakhir , setelah ini tidak akan datang peringatan lainnya " ( HR imam qurthubi )
Beginilah cara kerja Malaikat Maut
Nabi Ibrahim pernah bertanya kepada Malaikat maut yang mempunya dua mata diwajahnya dan dua lagi tengkuknya . "Wahai malaikat pencabut nyawa , apa yang kau lakukan seandainya ada dua orang yang meninggal diwaktu yang sama; yang satu berada di hujung timur yang satu berada diujung barat, serta ditempat lain tersebar penyakit yang mematikan dan dua ekor bintang melata pun akan mati? "
Malaikat pencabut nyawa berkata: "Aku akan panggil ruh - ruh tersebut , dengan izin Allah , sehingga semuanya berada diantara dua jariku , Bumi ini aku bentangkan kemudian aku biarkan seperti sebuah bejana besar dan dapat mengambil yang mana saja sekehendak hatiku " ( HR abu Nu ' aim )
Ternyata Orang Mati Mendengar Tapi Tidak Bisa Menjawab
Rasullullah SAW memerintahkan agar mayat- mayat orang kafir yang tewas pada perang badar dilemparkan ke sebuah sumur tua. Kemudian beliau mendatanginya dan berdiri di hadapannya. Selepas itu, beliau memanggil nama mereka satu- satu: "Wahai fulan bin fulan , fulan bin fulan , apakah kalian mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kalian untuk kaliab betul- betul ada? Ketahuilah sesungguhnya aku mendapatkan apa yang dijanjikan Tuhanku itu benar -benar ada dan terbukti. "
Umar lalu bertanya kepada Rasulullah . "Wahai Rasul, mengapa engkau mengajak bicara orang -orang yang sudah menjadi mayat? "
Rasulullah menjawab . "Demi Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran, kalian memang tidak mendengar jawapan mereka atas apa yang tadi aku ucapkan , Tapi ketahuilah , mereka mendengarnya , hanya saja tidak dapat menjawab " (HR Bukhari Muslim)

01 June 2010

Arriving Tips..

Whenever sampai kat tempat percutian tu..whether it be by boat, plane or whatever you are vulnerable, dengan semua berharga macam fon, beg duit, document perjalanan, kad kredit, etc..
Tempat yang memang kite tak pernah pergi atau orang sana x penah nampak kite kat sana..memang selalunye ader ramai orang "baik hati" nak "tolong"..so kena hati2..then kat sini kite ader sediakan tips..harap boleh membantu korang..

  • Sebelum gerak nak g bercuti tu..dapatkan info dari mana2 sumber yang tepat..supaya, sekurang2nya..ada sedikit pengetahuan tentang tepat percutian yang dipilih..
  •  Kalau perlu, gunakan transport yang di sediakan oleh pihak hotel/resort..jangan gunakan teksi yang berlegar2 dihadapan anda..sila gunakan teksi yang perlu beratur..atau yang sememangnya di sediakan untuk hanging around area2 situ..

  • Pastikan segala Document, Duit dan barang berharga di letakkan di tempat yang betul serta jika perlu..double check..

  • Kalau bercuti keluar negara yang mempunyai mata wang yang berlainan..sila pastikan anda telahpun menukar mata wang anda..

  • Sekeiranya ada apa2 berlaku..cepat2 menghubungi pihak berkuasa sebelum apa2 yang lebih buruk berlaku..

  • Pastikan nombor2 pihak berkuasa yang perlu ada dalam simpanan anda..
Walaupun Malaysia adalah negara yang aman..namun..kita haruslah berhati2 dengan kelicikkan rakyat sekarang yang mata duitan dan tidak berperikemanusiaan..okey lain kali..
kite akan kasi tips lain untuk travelling...



08 January 2010

Ketiak Hitam

Masalah ketiak hitam sering menghantui kebanyakan kita kerana masih tak tau petua memutihkan ketiak. Salah satu cara termudah tentulah dengan memakai deodorant pemutih ketiak, kan?



Sekadar gambar hiasan


Tapi bagi anda yang nak putihkan ketiak dengan cara tradisional, boleh ikuti petua di bawah;

1. Apa yang anda perlukan adalah sedikit kapur sireh dan sebiji limau nipis.

2. Campurkan kapur dengan perahan limau nipis hingga sebati dalam satu bekas atau piring.

3. Lepas tu, sapukan campuran tadi kat kawasan ketiak anda. Biarkannya lebih kurang dalam 15 minit.

4. Lakukannya selepas mandi tau.

5. Sebaik-baiknya, anda amalkan selama 1 minggu yer.

Jika anda serasi dengan cara ni, hasilnya ketiak anda bukan saja bertambah cerah malah tidak berbau lagi.

07 January 2010

Belimbing Buluh Buat Kuku Cantik





Belimbing buluh actually boleh mencantikkan kuku supaya nampak segar dan berkilat sentiasa.

Bagaimana?

Sila baca entry ini.



[1] Pertama sekali, anda sediakan dulu belimbing buluh. 



[2] Kemudiannya, gosokkan belimbing buluh ni ke kuku anda.


[3] Lepas dah gosok tu, cucilah tangan anda dengan air sabun dan keringkannya.




[4] Amalkan petua ni setiap hari sehingga menampakkan hasil. Setelah berhasil kelak, mungkin anda boleh buat 1-2 kali seminggu.

Jangan lupa mencuba ya.

29 December 2009

Petua Menghilangkan Kelemumur



Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-
  1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
  2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.