Showing posts with label Kucing. Show all posts
Showing posts with label Kucing. Show all posts

21 September 2017

Hazel dan Perangai


Dia memang sejenis kucing yang selalu kacau aku tidur malam.
Tapi dah lama jugak dia tak kacau aku tidur malam.

Cuma malam tadi.
Dia mengeow kuat. Aku bukak pintu. Tapi aku tak bukak lampu. 
Dia baringsebelah aku mata bertentang mata, hidung bertemu hidung. Langsung dah tak mengeow.

Tapi ! 
Asal aku tutup mata jek, diamengeow. Aku bukak mata, dia diam. Dia nak aku hadap dia depan mata tu sampai lebam. 
Entah apa punya peel dia buat !

Aku nak marah pun tak mampu, sebab dia punya muka.. tu kesian habis.
Aku bangun bukak lampu. Aku baring balik sebelah dia. Sama. Dia masih baring tak berkedip bijik mata tengok aku. Diam !

Entah mana silapnya. Entah apa kenanya pun aku tak tahu.

Kesian dalam geram aku ni. 

07 September 2017

My Kitty Hazel


Lately dia suka sangat kacau aku.

Ya. Kacau yang jenis buat aku rimas tapi terkadang aku layan jugak sebab aku sayang dia.
Di tengah malam, tatkala sunyi tanpa suara, aku dengar suara dia sayup-sayup dari luar pintu bilik.
Dia panggil aku tengah-tengah malam.
Mintak aku buka pintu bilik untuk bagi dia masuk.

Bukan itu saja, kadang dia tetap tak berhenti mengeow. Mulanya aku tak pasti apa dia nak. Dan aku switch on lampu. Dia tiba-tiba senyap.

Aku baring, dia melompat naik kekatil.
Bukan untuk berbaring sama dengan aku. Tapi cuba untuk melompat-lompat tak tentu arah atas katil aku.
Aku cuba pujuk. Dia tak hirau. Semakin ligat dia main. Cuba tangkap jari jemari aku yang terkulai layu. Aku layu sebab aku mengantuk.

Dia gigit-gigit manja jari aku. sedikit jari aku bergerak, dia melompat menyorok di balik bolster. Dan mengintai-ngintai jemari aku lagi, dia aim jari aku, dari balik bolster dia stunt nak tangkap jari aku.

Dia ajak aku main. Main?? Tengah malam?? Mengapa perlu??
Uchik (kucing jantan aku) ada, Anabelle kucing betina bengal aku ada, kenapa aku dipilih untuk bermain tengah malam?

Aku fikir, mungkin malam itu saja. Rupanya, tanggapan aku meleset sama sekali.
Hazel mengacau aku hampir setiap malam. Saat jam mencecah 12-1pagi.

Lelah. Kepenatan aku.
Lalu aku bancuhkan susu. Semoga saja bila dia kenyang. dia ketiduran.

Dan taktik itu berjaya.

Ini aku persembahkan. Video yang aku ambil ketika dia menyusu ! Lucu.



Tiada kesabaran dalam diri, dia mengeow setengah menjerit melihat botol susu. Mengejar kaki aku, bila disuapkan, dia minum puas.

Ya. Anakku Hazel. 

21 August 2017

Little Goldie Furry Girl


She is a stray cats without mother, she's about 3 months old.
We took her home. When we saw her.
She is a spoiled girl.
Twisted around my legs and asked people to pampered her by rub her head, chin, stomach !

She is hyper-active girl. 
She played with the ball that i bought for my previous cats (Atoyyai who died last month and Uchik who still in the house but they actually did not even touch the ball seriously.) But this goldie furry girl was so excited playing with that ball.

She's like an angel or maybe a fairy. I don't know, i did not really like girl-cats anyway.
I have one before, but then one of my friend want her, so i gave it to her. But this time.
This goldie furry girl have stolen my heart.

She is not only active, she is very smart too.
I don't need to locked her in the toilet to train her to poop and pee in there. She find it by her self. Like she knows everything about the house and the rules & regulations. 

I named her "Hazel" 
So, say hello to my Hazel.


11 August 2017

KUCING BARU - TOILET - BAWANG PUTIH





Salam dan selamat tengahari semua.

Kali ni nak share petua or tips untuk korang lagi. Well, ni ada petua untuk kucing "baru" yang belum fasih tentang rumah. Kadang sebab mereka baru, jadi mereka tak tahu nak pangsai kat mana, and nak shi shi kat mana. Selalunya belakang pintu, celah-celah almari, rak kasut jadi tumpuan mereka.

Untuk kita yang cats lover katanya ni, jangan malas.. Sila rajin, which is kena rajin simpan kasut dalam rak tertutup. Kena rajin sapu and mop rumah. Please guna dettol antiseptik untuk bau and kuman. Ye berak kucing ni berkuman dan beracun kawan.

The most important, kalau kucing baru korang pangsai and shi shi kat tengah rumah tu, bersihkan, lepastu pecahkan sikit bawang putih, lumurkan/sapu dan tinggalkan ketulan bawang putih di kawasan tadi, biar sampai kering..insyaAllah takde lagi aktiviti pangsai and shi shi di kawasan tersebut.

Untuk saya sendiri, saya guna bawang putih, bila dah kering, kutip serpihan dan sapu macam biasa. Lalu serbuk kopi adalah penyedap bau rumah saya. Actually saya duduk rumah atas, lebih susah menjaga pets dirumah atas berbanding rumah bawah..dan saya memang tak berapa berkenan guna pasir-pasir ni. Saya normally ajar anak bulus berak kat toilet, yes we are sharing the same toilet. kalau bukan dalam bowl jamban, kat lantai pun takpe, nanti saya jirus masuk saluran air..mudah dan bersih, bau pun akan hilangs erta merta. Atau korang boleh beli toilet training kit tu, untuk saya, tak perlu. kucing lebih faham berbanding manusia zaman sekarang ni.

Kerajinan cats-lover haruslah dititip beratkan, usaha sedikit untuk kucing baru korang, kalau korang dengar mengiow lain macam, mungkin macam tercari-cari kawasan atau tempat, terkais-kais, cepat-cepat angkat dan bawak dalam toilet, kunci dari luar supaya dia pangsai atau shi shi dalam tu. Kalau korang nak pergi kerja tu, kurung anak bulus baru dalam toilet. Tapi ingat !! berishkan toilet tersebut sebelum mengurung kucing korang dan pastikan lantainya kering, beri alas (kain) untuk kucing tu baring landing. Sediakan semangkuk makanan dan semangkuk minuman.

Masa korang balik nanti, tengok lah. Akan ada setompok dua di bucu-bucu toilet. Bila sudah biasa, dia akan tahu itu jamban tempat pangsai and shi shi. Jangan lupa, sentiasa kena ada wet tissue..setiap kali balik rumah lepas kerja nak keluarkan kucing tu dari toilet terkurung tu, lap kaki, tangan badan dia dengan wet tisu. Sila pembersih sikit ya. 


Ini adalah apa yang saya buat bila dapat anak bulus baru..

Semoga bermanfaat buat anda semua.

01 August 2017

Pokok Kucing Galak



Assalamaualaikum dan salam sejahtera.

The things yang aku perasan pasal kucing sejak membela mereka about 12 years ni kan, ada beberapa tumbuhan yang dorang suka. Sejenis tumbuhan yang tumbuh meliar. Ala-ala catnip gitu.

Pokok kucing galak ni, kalau dia masih teguh terpacak ditanah, tak jadi apa. Tapi cuba cabut pokok tu, berikan kat kucing korang akarnya. Nah, time ni kamu semua akan nampak. Ya, mengeliat liuk lentuk kucing korang.

Kalau tak percaya try lah.


01 June 2016

Kucing Demam



Demam kuning atau Jaundice biasa berlaku pada kucing..demam kucing adalah wujudnya kekuningan pada bahagian badan berpunca dari peningkatan kandungan bilirubin dalam darah..tanda-tanda adalah wujudnya kesan kuning di dalam mata, gusi, kulit dan bawah cuping telinga..kekuningan ini baisanya datang dengan perlahan sehingga kelihatan jelas..

Biasanya kucing akan mengalami tidak selera makan, gusi pucat atau kekuningan, air liur meleleh, berak cair dan terkadang bercampur darah, muntah, dehydrated. Kucing juga boleh hilang selera makan pada satu jangka masa yang panjang. Kita perlu paksa mereka makan dan minum menggunakan srynge..jika kucing sudah mula makan, bermakna demamnya sudah kebah dan segala kekungingan tadi bakal beransur hilang..

Dari hasil pembacaan saya, ada 2 penyebab utama kepada jaundis..

1. Prehepatik (prehepatic) - merujuk kepada masalah yang wujud sebelum darah tiba ke hati seperti sel darah merah musnah atau pecah. Selalunya disebabkan oleh:
Parasit darah - haemobartonellosis, cytauxzoonosis
ubat-ubatan
reaksi selepas pemindahan darah
immune-mediated haemolytic anaemia
cacing dalam jantung (jarang berlaku pada kucing)
rendah paras fosfat dalam darah

2. Hepatik (hepatic) - masalah pada hati itu sendiri (kegagalan hati menjalankan fungsinya)
Penyusupan lemak pada hati (hepatic lipidosis)
hepatitis, cholangitis, cholangiohepatitis (korang google eh...nanti tau ler apa maksud nama2 tu...)
Toxin atau keracunan oleh logam berat dan sesetngah racun serangga untuk membasmi parasit luaran.
Ubat-ubatan seperti diazepam, griseofulvin, acetaminophen
Kanser hati
Cirrhosis - keadaan bilamana hati telah rosak teruk
Penyakit disebabkan oleh virus, bakteria dan protozoa

3. Post hepatik
Jangkitan pada pankreas
Masalah pada pundi hempedu - tersumbat, batu hempedu
Jangkitan pada usus kecil yang boleh menyebabkan salur hempedu tersumbat atau pengaliran hempedu terhalang

Vaksin kucing anda secara berkala untuk merendahkan risiko terkena penyakit ini.

29 May 2016

Sawan Kucing




Ia berlaku secara tiba2 dan tidak terkawal tingkah lakunya seperti, kekejangan, lidah terjelir, airliur melelh, berguling kesakitan, gigi/rahang mengetip berbuih mulut etc..ia adalah gangguan sementara aktiviti neurochemicals dalam otak yang membawa kepada kehilangan kawalan semua otot.

Antara sebab da punca :

1) Keracunan
Keracunan yang tahap kronik iaitu keracunan dari strychine, bahan antibeku (etilena glikol), plumbum / lead (terutama dari cat), racun serangga (yang mengandungi organophosphates) cenderung menyebabkan sawan dengan tanda-tanda seperti lelehan air liur dan otot yang bergerak-gerak kekejangan serta racun tikus.

2) Memberi Makan Ikan Mentah
Ikan mentah mengandungi thiaminase iaitu sejenis enzim yang memecahkan thiamine (vitamin B). Thiamine diperlukan untuk fungsi sistem saraf yang normal. Kehilangan thiamine dari sistem badan kucing akan mengakibatkan sistem sarafnya gagal berfungsi.

3) Kecederaan
Kecederaan dibahagian kepala yang mengakibatkan gangguan tisu otak akibat hentakan kuat kerana kemalangan, pukulan dengan objek tumpul atau keras.

4) Epilepsi
Adalah serangan sawan yang berlaku secara berulang berpunca gangguan otak. Ianya disebabkan oleh pengaruh luar seperti trauma atau kecacatan dalam neurochemicals di dalam otak.

LANGKAH AWAL KETIKA SICOMEL DALAM KEADAAN SAWAN

1) Menyelimutkan sicomel yang mengalami sawan sambil memegangnya untuk menenangkannya serta untuk mengelakkannya mencederakan dirinya serta sesiapa yang berhampiran.

2) Bertenang ketika membantunya ketika sawan kerana melihat keadaannya menjadikan satu pengalaman yang agak menakutkan, tetapi kebanyakkan sawan tidak mengancam nyawa. Mungkin berlaku berulang-ulang kali.

3) Sebarang objek berhampiran sengannya perlu dijauhkan supaya tidak akan mencederakannya kerana tindakbalas agresif darinya yang tidak menentu.

4) Selepas selesai dan reda sawannya, secara perlahan-lahan / lembut mengusap-usapkannya untuk menyakinkannya tentang kehadiran anda kerana sistem otak / sarafnya baru mula berfungsi normal untuk elakkannya berasa ketakutan /panik. Pastikan lampu dan bunyi pada tahap minimum kerana otak adalah sangat sensitif.

P/s : anda yang mempunyai kucing sawan, saya mohon sangat, potong kuku kaki tangan dan potong taring, agar dia tak mencederakan dirinya serta orang/haiwan sekelilingnya. dan bila ia berlaku memudahkan anda untuk mengangkat serta cool down kan dia tanpa cedera. please sangat.

16 April 2016

Garam Bukit Untuk Kucing / Rock Salt for Cats




Bagus di beri minum air garam bukit sesudu besar sehari untuk bulu yang cantik dan ada banyak khasiat lain termasuklah mengelak dari pelbagai jenis penyakit. Juga bagus untuk menghilangkan kutu kucing dengan memandikan kucing bersama airgaram bukit ini..

It is good for our cats to drink a spoonful of salt a day for a beautiful hair and there are many other benefits including avoiding various diseases. It is also good to get rid of cat lice by bathing the cat with this rock salt..

08 June 2015

Keistimewaan #8 – Sunnah Rasulullah saw & Sahabat






Sahabat Rasulullah saw yang mana lagi terkenal dengan kucing jika bukan Abu Hurairah. Kerana kucinglah gelaran Abu Hurairah (Bapa kepada kucing-kucing jantan peliharaannya) itu terus melekat sehingga hari ini.

Bagaimana pula kisah Rasulullah saw dengan kucing?

Nama kucing Rasulullah saw adalah Mueeza. Dikisahkan bahawa Nabi saw sayang pada Mueeza sehingga apabila kucing ini tidur di atas lengan jubahnya, Rasulullah saw tidak mengejutkan kucing ini tadi dari tidurnya.

Mueeza digendong dan selalu diusapkan di atas peha Baginda saw.

Diriwayatkan juga dari Ali bin Hasan dan Anas bahawa Baginda saw pernah membiarkan seekor kucing minum dari bekas wuduk Baginda saw kemudian berwuduk dengan air dari bekas yang sama. Apabila ditanya tentang itu Rasulullah saw bersabda:

“Ya Anas, kucing termasuk dalam perhiasan rumah tangga. Ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Justeru, memelihara kucing bukan sahaja mendapat pahala kerana berbuat baik kepada binatang malah juga mendapat pahala kerana mengikut sunnah Rasulullah saw.

Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Islam menganjurkan umatnya untuk berkasih sayang sesama manusia serta terhadap haiwan dan tumbuhan yang juga tidak terkecuali antara makhluk ciptaan Allah swt.

Tidak kiralah apa jenis pun binatang peliharaan yang anda pilih; ikan, kambing, ayam, arnab,kura-kura dan burung. Ingat, berbuatlah ehsan kepada mereka dan berkasih sayanglah.

Sesungguhnya inilah sikap terpuji seorang mukmin. Bagaimana? Seronok kan menjadi tuan kucing?

07 June 2015

Keistimewaan #7 – Dimurahkan Rezeki




Apabila memelihara kucing diniatkan sebagai sedekah, maka kelebihan-kelebihan sedekah juga akan diterima oleh tuan kucing.

Antara ganjaran yang sering menjadi pendorong dalam bersedekah adalah janji Allah swt untuk melipatgandakan pulangan sedekah dengan rezeki yang melimpah-ruah.

Saya berani katakan janji Allah swt ini sangat benar kerana bukti di depan mata saya sendiri. Rezeki harta adik perempuan saya yang sangat mencintai kucing dan paling berlemah-lembut kepada kucing sangat luas dan melimpah ruah berbanding saya yang biasa-biasa saja.

Sebelum keluar keputusan SPM, adik saya sudah mendapat tawaran sambung belajar dengan biasiswa penuh. Sebelum keluar keputusan ijazah, adik saya sudah mendapat kerja di Petronas. Keputusan akademiknya sangat cemerlang, kerja sekarang bergaji besar.

Alhamdulillah sudah berumahtangga dan dikurniakan cahaya mata. Sudah memiliki berapa buah rumah? Tak perlu saya kongsikan, percayalah memang murah rezekinya. Saya dan mak selalu berkata, Ummu Hurairah yang sentiasa didoakan kucing kerana kasih sayangnya pada kucing.

Ya, boleh jadi kerana doa kucing hidup kita aman. Kucing adalah haiwan yang memiliki perasaan dan kucing juga boleh mengadu dengan Allah swt tau. Saya bukan mendakwa tanpa asas tetapi melalui kisah Rasulullah saw sendiri.

Ya’la bin Murrah menceritakan kisah seekor unta yang datang kepada Nabi dengan berlinangan air mata.

Rasulullah bertanya: “Di mana pemilik unta ini? Ia mengadu kepadaku banyaknya kerja dan sedikitnya makanan yang diberikan kepadanya. Berbuat baiklah kepadanya.”

Riwayat Ahmad

Ini kisah unta yang mengadu pada Rasulullah saw tentang layanan yang diterima dari tuannya. Apakah mustahil bagi haiwan lain seperti kucing untuk mengadu kepada Tuhan tentang tuannya? Apakah mustahil bagi kucing untuk mendoakan terus kebaikan tuannya kepada Tuhannya?

06 June 2015

Keistimewaan #6 – Mendapat Pahala





Siapa kata berbuat baik pada binatang tidak mendapat apa-apa ganjaran? Mari kita renungi dulu ayat Al-Quran di bawah ini:

aliimran190
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Ali ‘Imran: 190)

aliimran191
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Ali ‘Imran: 191)

Tidak ada satu pun yang dicipta Allah swt itu tanpa tujuan termasuklah haiwan. Mengikut Ahmad Syakir dalam Umdah al Tafsir ‘an al Hafiz, 1/772, Dar al Wafaa’ (2003), semua haiwan di hari Kiamat kelak akan menjadi debu.

Di situlah penamatnya. Tetapi kita sebagai manusia akan ditimbang segala amalan untuk ditentukan kesudahan Neraka dan Syurganya.

Jadi kehadiran kucing bukan sahaja sebagai binatang peliharaan yang mengisi kekosongan jiwa kita tetapi juga sebagai wadah untuk menuai ganjaran pahala daripada Allah swt.

Menyantuni kucing bukan hanya perbuatan kosong tapi amat besar nilainya di sisi Allah swt seperti sabda Rasulullah saw:

Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum.

Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekot anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilat debu kerana sangat haus.

Lelaki itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi.” Lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi sepatu kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali.

Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. Allah berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya.

Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapat pahala kerana binatang-binatang seperti ini?”
Rasulullah saw menjawab: “Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.”

Riwayat Muslim

04 June 2015

Keistimewaan #4 – Mendisiplinkan Diri & Membentuk Sifat Bertanggungjawab





Boleh ke jadi seorang yang berdisiplin bila memelihara kucing? Nampak seperti mudah tapi ada beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh tuan kucing sebenarnya.

Kucing harus diberi makan dengan teratur. Jadi tuan kucing mesti tahu bila dan berapa jumlah makanan yang perlu diberikan kepada kucing-kucingnya. Bila kucing dijaga dari kecil, corak pemakanan yang berbeza juga perlu peka.

Ketika bila kucing berhenti menyusu dan waktu bila boleh diberi makanan pepejal adalah antara matlumat penting untuk memastikan kucing membesar dengan sihat dan kuat.

Ini belum ambil kira soal imunisasi kucing, jadual makan ubat dan temujanji doktor tau.

Selain itu, kucing yang dijaga dari kecil perlu dilatih untuk membuang najis di tempat yang disediakan atau di luar rumah.

Maka tuan kucing mesti komited dan berdisiplin untuk menunjukkan perkara ini sehingga kucingnya pandai menjaga kebersihan diri.

Tambahan pula, jika kucing tidak menjaga soal kebersihan dan menganggu harta benda orang lain (mencuri ikan, ‘menanda kawasan’ di tempat orang dsbg), tuan kucing harus bertanggungjawab dengan tindakan kucingnya.

Ya, jadilah seorang tuan kucing yang bertanggungjawab dan tahu menghormati hak jiran tetangga. Fahamilah bahawa mungkin jiran anda alahan dengan kucing atau bau-bau ‘kotoran’ kucing anda boleh menganggu ketenteraman awam.

Ini belum ambil kira soal memberi mandi kucing, mengemas bulu dan memotong kuku lagi tau (lain spesis kucing, lain keperluannya).

Bila semua ini dilakukan, bukankah anda jadi seorang yang berdisiplin dan bertanggungjawab?

03 June 2015

Keistimewaan #3 – Saling Berkasih-sayang




Anda ingin melihat contoh kasih sayang yang tak bertepi? Peliharalah kucing. Kucing menyayangi tuannya tanpa syarat.

Betapa sayangnya seekor kucing pada tuannya, tidak kucing itu benarkan tuannya melakukan derhaka pada Tuhan. Kenapa saya kata begitu?

Waktu Subuh saya dikejutkan oleh kucing yang paling rapat dengan saya. Selagi tak bangun, selagi itulah kucing hitam ini akan berbunyi dengan nyaring betul-betul di telinga sambil menjilat-jilat telinga saya.

Sebaik sahaja saya mengalah dan bangun bersolat, barulah kucing ini berhenti mengganggu. Haiwan dan tumbuhan itu kan makhluk Allah yang paling redha pada ketetapan hidupnya dan paling kenal siapa Tuhannya.

Di sini saya belajar suatu yang bermakna dari kucing, jangan ingkar pada Tuhan.

Satu lagi kisah mengenai kasih sayang kucing. Kucing mempunyai deria bau yang tajam berbanding manusia.

Apabila terdapat sel-sel kanser di dalam tubuh tuannya, kucing akan cuba memberitahu tuannya itu agar membuat pemeriksaan di kawasan yang menjadi tumpuannya itu (isyarat secara bahasa kucing: mengiau, meminta perhatian dan sebagainya).

Kes-kes seperti ini banyak dilaporkan oleh pertubuhan kesihatan di luar negara.

Apa lagi tanda kasih sayang kucing kepada tuannya? Kucing akan pastikan rumah tuannya bersih dari haiwan perosak seperti serangga, cicak dan tikus.

Mana ada kucing yang akan membiarkan haiwan-haiwan ini bebas berpeleseran di rumah tuannya. Lepas tangkap, kucing di rumah kami akan tunjukkan hasil tangkapan itu kepada kami (kucing-kucing kami tak makan buruan ni).

Sebagai tanda terima kasih, kami upah pula dengan pujian, usapan dan makanan yang enak untuknya.

02 June 2015

Keistimewaan #2 – Menjaga Kesihatan Fizikal




Tahukah anda bunyi dengkuran kucing dapat membantu memulihkan kecederaan tulang dan otot?

Hasil pemerhatian juga menunjukkan bahawa pesakit yang sentiasa berdampingan dengan kucing akan dibenarkan keluar lebih awal dari hospital, kurang temujanji dengan doktor dan kurang menghadapi risiko untuk mendapat serangan jantung atau strok.

Bagaimana ini boleh terjadi?

Aktiviti dengan kucing dapat merendahkan rembesan kimia bernama cortisol di dalam badan. Kadar cortisol yang tinggi akan meningkatkan tahap kolestrol dan tekanan darah.

Ini akan mengundang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular. Jadi penurunan kandungan bahan kimia cortisol di dalam badan akan meningkatkan tahap kesihatan apabila risiko terhadap penyakit-penyakit ini boleh dibendung.

Secara tidak langsung, keadaan dan fungsi badan dapat bekerja dengan optimum yang seterusnya membantu proses penyembuhan pesakit.

01 June 2015

Keistimewaan #1 – Terapi Mental dan Emosi yang Baik



Keistimewaan#1 – Terapi Mental dan Emosi yang Baik

- Kajian mendapati, mereka yang berada di dalam keadaan kemurungan mampu pulih dari keadaan ini apabila bercakap dan berinteraksi dengan kucing. Bukan itu sahaja, aktiviti membelai kucing dapat mebantu menurunkan tekanan dan stress pada diri anda. Hanya 15 hingga 30 minit masa berkualiti yang diluangkan dengan kucing, anda telah berjaya mengurangkan tekanan saraf dan membaiki mood anda.

Anak-anak yang menjaga haiwan peliharaan dari kecil dilihat lebih berkeyakinan diri, pandai berkongsi dan bijak bekerjasama. Mereka dilihat mempunyai kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain selain memiliki tahap EQ yang tinggi berbanding kanak-kanak seusianya.

Selain itu, kucing juga merupakan haiwan yang boleh digunakan dalam merawat pesakit yang menghidapi trauma. Kanak-kanak autism juga didapati memberi respon yang positif dalam sesi terapi dengan kucing.

p/s : Kami akan kongsikan keistimewaan 2,3,4,5,6,7 & 8 setiap satu/dua jam dari sekarang dengan gambar2 kucing yang lebih comel..tunggu~~~

29 May 2015

ANIMALS BRAIN CANCER





If your pets pressing their head to a wall, with no apparent reason. This generally indicates damage to the nervous system, which may arise from several different causes, including the prosencephalon disease (where the front brain and the thalamus part of the brain are damaged), or toxic poisoning.

There is no specific evidence to any particular breed of cats or certain age levels that are at higher risk for this condition. It may happen to any cats.

Other symptoms that may be seen include compulsive rate and twist arouns, changes in behavior, seizures, damaged reflection measures, and vision problems. Some of these symptoms can lead to injuries, for example, foot or face or head due to pressing the head against the wall for a long time.

There are several reasons why cats may find it necessary to press their head, depending on the main cause that leads to these symptoms. Possible reasons may be metabolic disorders, such as hyper or hyponatremia (too much or too little sodium in body plasma), primary or secondary tumors (meaning tumors in the brain vs. tumors located elsewhere in the body), or nervous system infections such as illness Crazy dogs or fungal infections. Other causes may include head trauma, such as from car accidents, or from exposure to toxins, such as lead.

A major diagnostic procedure in animal cases pressing their head, including the fundic examination of the retina and other structures behind the eyes, which may show infectious or inflammatory diseases, and expose the brain's irregularities. Another test, is the measurement of blood pressure to test high blood pressure, and computerized tomography (CT) or magnetic resonance imaging (MRI) of brain scan. 

The veterinarian analyzes urine (which can expose the problem with the metabolic system), and tests for blood plumbum (which can show toxins in the system).


You need to give a deep history / journey about your cat's health, the onset of symptoms and the observation.

28 May 2015

Kucing Juga Stress


Fakta tentang kucing yang mampu menghilangkan stress manusia..tetapi tanpa kita sedari mereka juga menghadapi situasi stress itu !! Kucing tidak seperti kita manusia di mana kucing tidak mampu menghilangkan stress sendiri.. Kucing stress hampir setiap hari berpunca dari beberapa perkara/faktor yang remeh..disini ada tiga punca utama stress bagi kucing yang saya kongsikan..

Punca Stress :
1. Perubahan sekeliling
- Berpindah ke rumah baru, membawa ketempat baru (bercuti/travel), kedatangan kucing baru diumah, ada tetamu datang kerumah, kehadiran ahli keluarga baru (baby owner), terlalu bising, menukar karpet atau menambah barang rumah baru, membawa kucing ke vet juga mendatangkan stress bagi dia (ini lawak sikit)

2. Mengawan
- Korang kena lah carikan pasangan untuk dia tau..kucing yang sudah di kasi/sunat/mandulkan adalah kurang mengalami masalah stress dari segi mengawan..tidak berteman juga penyumbang kepada masalah kucing stress..

3. Menukar jenama/jenis makanan lain.
Menukar makanan juga boleh mengakibatkan kucing anda stress dan boleh juga mengakibatkan masalah-masalah yg lain. Seperti manusia, 85%-90% masalah kesihatan adalah berpunca dari apa yang di makan. Makanan yang tidak sesuai juga merupakan salah satu punca utama kepada masalah keguguran bulu kucing anda. Oleh itu anda dinasihatkan memberi makanan jenis premium atau pun super premium.

Tanda-tanda stress pada kucing

Apabila mengalami stress, kucing akan menterjemahkannya kepada beberapa bentuk atau tanda-tanda, antaranya:

1. Sesetengah kucing akan menjilat-jilat bulunya secara keterlaluan sehingga terdapat tompok-tompok botak dan ruam pada badannya sebagai tindakbalas terhadap stress. Dimana keaadaan in dipanggil sebagai psychogenic alopecia.

2. Membuang najis diluar kotak najis atau membuang merata-rata.

3. Sering melakukan spraying(bagi yang jantan) di serata rumah.
4. Keguguran bulu yang luarbiasa
5. Kemurungan
6. Hilang selera makan
7. Berbunyi bising. (mengiau tak berhenti)
8. Perubahan perilaku

Tips menangani kucing stress

Kucing adalah binatang tidak seperti manusia yang dapat menghilangkan stress dengan cara berbual, memetik gitar atau bercuti..Kucing adalah haiwan penyayang, belailah kucing anda. Belaian dan sikat(grooming) itu sebenarnya terapi untuk kucing dan tuan dia. Terutama bagi kucing yang berbulu panjang(longhair). Kucing akan rasa tenteram, lebih selamat dan happy kalau selalu dibelai dan disikat bulunya setiap hari. Bila kucing happy dia akan lebih sihat dan kurang rasa stress. Juga boleh bantu dengan tumbuhan catnip atau apa saja yang berasaskan catnip..

A Food not Good For Your Cats




In a cake normally contains a butter and milk. For a chocolate cake, contains chocolate which not good for your cat.
Chocolate contains chemical substance theobromine, caffein causing poisoning for them if you excessively feed them.
You are not encouraged to feed them with normal milk which their stomach could not digest a loctose in a milk and will cause them a diarrhea.


27 May 2015

Vegetables Suits Your Cats





Pumpkins

You can give any kinds of pumpkins to your cats. It's good and contains fiber and rich vitamins, when consumed in moderate amounts, it can really help to normalize the cat's intestines and relieve constipation or diarrhea issues . Feed them a pumpkin about two spoonful when they are suffering from diarrhea.

Carrot

Carrot is the contains of many different vitamins and minerals, including healthy beta-carotene. But, make sure to boil first, then cut into small pieces to eat and snack. For me, i normally cut it into dice and put together with boiled fish and broccoli to feed them.

Peas Bean

Peas are included in the usual diet of cats..this for a healthy addition contains protein and carbohydrates.

Broccoli

Antioxidants contained in broccoli can also be an extra benefit to your ctas. Boil or steam it before you feed them.

Green Bean

Green beans are one of the most good vegetables to your cats. Especially if it's overweight or obesity. Green bean contains a high fiber for your cat.

Zucchini

As a popular ingredient in many commercial cat food options, zucchini is harmless to cats, containing magnesium, potassium and manganese healthy for them, as well.
I love to make colorful food for my cats (maybe it because I'm single and have plenty of time..hehehe) I will boil carrot, broccoli or any vegetables listed above, fish, chicken, meat . then mix all in a bowl and give to them.




SAYUR DAN SI KUCING

LABU
Semua jenis labu boleh beri pada kucing kita makan. Ianya bagus. Ia mengandungi bakteria yang, apabila dimakan dalam jumlah yang sederhana, benar-benar dapat membantu menormalkan persekitaran usus kucing korang dan melegakan sembelit atau isu cirit birit..

LOBAK MERAH
Lobak merah adalah sumber yang sangat baik dari banyak vitamin dan mineral yang berbeza, termasuk beta-karotena sihat. Tapi, pastikan rebus dulu ya, kemudian potong kecil supaya senang di makan dan tak cekik.

KACANG PEAS
Kacang adalah termasuk dalam diet biasa kucing..ini untuk penambahan yang sihat mengandungi protein dan karbohidrat.

BROKOLI
Antioksidan yang terdapat dalam brokoli juga boleh menjadi faedah tambahan kepada diet si anak bulu korang..rebus atau stimkan, jangan bg serumpun besar, bagi yang kecik2 saja sudah.

KACANG HIJAU
Kacang hijau adalah satu lagi salah satu sayuran yg diluluskan bagus untuk di beri makan kepada anak bulus korang. terutamanya jika ia berlaku berat badan berlebihan atau obesiti. Satu sumber serat yang tinggi untuk kucing korang.

ZUCCHINI
Sebagai bahan popular dalam banyak pilihan makanan kucing komersial, zucchini tidak berbahaya untuk kucing, mengandungi magnesium, kalium dan manganese yang sihat untuk mereka, juga.

Saya gemar menyediakan makanan warna warni untuk anak bulus saya (sebab saya bujang dan punya banyak masa mungkin..hehehe) saya akan merebus carrot, brokoli dan ikan..kemudian buang tulang ikan, gaul dengan lobak dan brokoli. Alhamdulillah, Toyger sukakannya. Cuba la..

26 May 2015

Cats Claw Cutting Tips




Cats Claw Cutting Tips

This is in the area of “cats grooming”. Cats nails or claws must be cut. Because cats claw will get to curved deeper and also can hurt the cat itself when he scrath his body. The scratch will become an open wound which causing the infection of Cats Scratch Disease or Tetanus.
Refer to the photo above, that shows the right place to cut your cats claw. The cats will feel hurt if you cut at the “Quicks” area. And it will causing bleeding.
You can use a claw cutter or you can use hume nail cutter. But becareful, their claw is harder then human nails.

POTONG KUKU KUCING


Kuku kucing perlu di potong. Kerana kuku kucing jika panjang semakin melengkung kedalam..juga boleh mencederakan kucing itu sendiri. Cakaran kuku kucing boleh menyebabkan jangkitan Cat Scratch Disease atau Tetanus.

Gambarajah menunjukkan tempat yang tepat untuk memotong kuku kucing korang. Kalau berdarah tekup dengan tisu or kapas..darah akan stop mengalir. Ia juga bertujuan untuk menjaga kebersihan kucing.

Kalau tak ada nail cutter kucing, boleh pakai nail cutter manusia. Tapi berhati2 kerana kuku mereka lebih keras berbanding kuku kita manusia.