06 June 2015

Keistimewaan #6 – Mendapat Pahala





Siapa kata berbuat baik pada binatang tidak mendapat apa-apa ganjaran? Mari kita renungi dulu ayat Al-Quran di bawah ini:

aliimran190
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Ali ‘Imran: 190)

aliimran191
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Ali ‘Imran: 191)

Tidak ada satu pun yang dicipta Allah swt itu tanpa tujuan termasuklah haiwan. Mengikut Ahmad Syakir dalam Umdah al Tafsir ‘an al Hafiz, 1/772, Dar al Wafaa’ (2003), semua haiwan di hari Kiamat kelak akan menjadi debu.

Di situlah penamatnya. Tetapi kita sebagai manusia akan ditimbang segala amalan untuk ditentukan kesudahan Neraka dan Syurganya.

Jadi kehadiran kucing bukan sahaja sebagai binatang peliharaan yang mengisi kekosongan jiwa kita tetapi juga sebagai wadah untuk menuai ganjaran pahala daripada Allah swt.

Menyantuni kucing bukan hanya perbuatan kosong tapi amat besar nilainya di sisi Allah swt seperti sabda Rasulullah saw:

Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum.

Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekot anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilat debu kerana sangat haus.

Lelaki itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi.” Lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi sepatu kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali.

Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. Allah berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya.

Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapat pahala kerana binatang-binatang seperti ini?”
Rasulullah saw menjawab: “Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.”

Riwayat Muslim

No comments:

Post a Comment