08 June 2015

Keistimewaan #8 – Sunnah Rasulullah saw & Sahabat






Sahabat Rasulullah saw yang mana lagi terkenal dengan kucing jika bukan Abu Hurairah. Kerana kucinglah gelaran Abu Hurairah (Bapa kepada kucing-kucing jantan peliharaannya) itu terus melekat sehingga hari ini.

Bagaimana pula kisah Rasulullah saw dengan kucing?

Nama kucing Rasulullah saw adalah Mueeza. Dikisahkan bahawa Nabi saw sayang pada Mueeza sehingga apabila kucing ini tidur di atas lengan jubahnya, Rasulullah saw tidak mengejutkan kucing ini tadi dari tidurnya.

Mueeza digendong dan selalu diusapkan di atas peha Baginda saw.

Diriwayatkan juga dari Ali bin Hasan dan Anas bahawa Baginda saw pernah membiarkan seekor kucing minum dari bekas wuduk Baginda saw kemudian berwuduk dengan air dari bekas yang sama. Apabila ditanya tentang itu Rasulullah saw bersabda:

“Ya Anas, kucing termasuk dalam perhiasan rumah tangga. Ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Justeru, memelihara kucing bukan sahaja mendapat pahala kerana berbuat baik kepada binatang malah juga mendapat pahala kerana mengikut sunnah Rasulullah saw.

Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Islam menganjurkan umatnya untuk berkasih sayang sesama manusia serta terhadap haiwan dan tumbuhan yang juga tidak terkecuali antara makhluk ciptaan Allah swt.

Tidak kiralah apa jenis pun binatang peliharaan yang anda pilih; ikan, kambing, ayam, arnab,kura-kura dan burung. Ingat, berbuatlah ehsan kepada mereka dan berkasih sayanglah.

Sesungguhnya inilah sikap terpuji seorang mukmin. Bagaimana? Seronok kan menjadi tuan kucing?

No comments:

Post a Comment