11 August 2017

KUCING BARU - TOILET - BAWANG PUTIH





Salam dan selamat tengahari semua.

Kali ni nak share petua or tips untuk korang lagi. Well, ni ada petua untuk kucing "baru" yang belum fasih tentang rumah. Kadang sebab mereka baru, jadi mereka tak tahu nak pangsai kat mana, and nak shi shi kat mana. Selalunya belakang pintu, celah-celah almari, rak kasut jadi tumpuan mereka.

Untuk kita yang cats lover katanya ni, jangan malas.. Sila rajin, which is kena rajin simpan kasut dalam rak tertutup. Kena rajin sapu and mop rumah. Please guna dettol antiseptik untuk bau and kuman. Ye berak kucing ni berkuman dan beracun kawan.

The most important, kalau kucing baru korang pangsai and shi shi kat tengah rumah tu, bersihkan, lepastu pecahkan sikit bawang putih, lumurkan/sapu dan tinggalkan ketulan bawang putih di kawasan tadi, biar sampai kering..insyaAllah takde lagi aktiviti pangsai and shi shi di kawasan tersebut.

Untuk saya sendiri, saya guna bawang putih, bila dah kering, kutip serpihan dan sapu macam biasa. Lalu serbuk kopi adalah penyedap bau rumah saya. Actually saya duduk rumah atas, lebih susah menjaga pets dirumah atas berbanding rumah bawah..dan saya memang tak berapa berkenan guna pasir-pasir ni. Saya normally ajar anak bulus berak kat toilet, yes we are sharing the same toilet. kalau bukan dalam bowl jamban, kat lantai pun takpe, nanti saya jirus masuk saluran air..mudah dan bersih, bau pun akan hilangs erta merta. Atau korang boleh beli toilet training kit tu, untuk saya, tak perlu. kucing lebih faham berbanding manusia zaman sekarang ni.

Kerajinan cats-lover haruslah dititip beratkan, usaha sedikit untuk kucing baru korang, kalau korang dengar mengiow lain macam, mungkin macam tercari-cari kawasan atau tempat, terkais-kais, cepat-cepat angkat dan bawak dalam toilet, kunci dari luar supaya dia pangsai atau shi shi dalam tu. Kalau korang nak pergi kerja tu, kurung anak bulus baru dalam toilet. Tapi ingat !! berishkan toilet tersebut sebelum mengurung kucing korang dan pastikan lantainya kering, beri alas (kain) untuk kucing tu baring landing. Sediakan semangkuk makanan dan semangkuk minuman.

Masa korang balik nanti, tengok lah. Akan ada setompok dua di bucu-bucu toilet. Bila sudah biasa, dia akan tahu itu jamban tempat pangsai and shi shi. Jangan lupa, sentiasa kena ada wet tissue..setiap kali balik rumah lepas kerja nak keluarkan kucing tu dari toilet terkurung tu, lap kaki, tangan badan dia dengan wet tisu. Sila pembersih sikit ya. 


Ini adalah apa yang saya buat bila dapat anak bulus baru..

Semoga bermanfaat buat anda semua.

No comments:

Post a Comment