25 August 2017

Aku dan Malas

Bila kau sedar umur kau meningkat.

Kau sudah mula malas.

Malas ambil tahu mereka suka atau tidak pada kau.
Malas mencari tahu siapa dia atau apa dia nak buat pada kau.
Malas nak create something yang mencetuskan pergaduhan.
Malas nak buka mulut walau kau ditindas.
Malas nak bercakap dan lebih suka diam.
Malas nak cantik-cantik diluar dan tak kisah what people gonna say about your face.



Bukan kerana kau jenis manusia tak bergaul sampai tak ambil tahu hal orang.
Bukan kerana kau jenis tak peduli pasal hal orang.
Bukan kau jenis manusia suka dipijak di henyak.
Bukan kau tak suka bercerita.
Bukan kau tak suka mempertahankan hak kau.
Bukan kau tak jaga penampilan.

Tapi kerana MALAS.

Malas nak dengar semua keritikkan orang yang terkadang buat kau tak lena tidur malam sebab nak hadam apa orang cakap.

Malas nak bergaduh bermasam muka sebab kau rasa pertalian kawan dan saudara tu lebih nikmat kalau tak berbalah.

Malas nak bertikam lidah sebab kau rasa dia takkan tunduk mengalah.

Malas nak layan orang jenis tak reti bahasa dan kalau dilayan kita sama gila macam dia.

Dan aku malas layan kau.

Kau tu jenis mulut puaka konon perangai bak malaikat tak punya salah. Sedang kau menjaja ceritera orang kiri kanan masuk sekali cerita dalam kelambu sampai ceria spender bra orang.

Aku diam. Duduk berteleku. Tapi mata aku nampak, telinga aku mendengar. Kau fikir aku bodh, ya bodoh bodoh diam tak buat apa untuk jaga maruah diri sedangkan kau menjaja-jaja maruah kau yang entah kemana.


No comments:

Post a Comment