23 August 2017

Naungan Hati Part 2


Nuha mengibas-ngibas cadar dan selimut, di lipat kemas. Bantal di tepuk-tepuk dan di susun rapi. Hatinya masih sayu. Terngiang-ngiang kegembiraan Mariam petang kelmarin. 

'Pin.. Pin.. Pin..' kedengaran bunyi hon motor. 

Pastinya posmen. Mungkin saja surat tawaran. Berlari Nuha ke muka pintu. Terlihat Pak Samad sudah pun memegang beberapa pucuk surat sambil bersembang dengan si posmen. Posmen berlalu. Nuha masih terpacak di pintu menanti surat di tangan Pak Samad.

"Pak, ada surat Nu tak pak?" Soalnya kurang sabar.

"Sekejap bapak tengok. Erm." Pak Samad menggeleng kepala. Lalu dia melangkah masuk melintasi Nuha. Nuha mengekorinya. Pak Samad berhenti sambil berpusing mengahdap Nuha. Hampir saja Nuha terlanggar Pak Samad yang memberhenti langkah secara tiba-tiba.

"Nu tunggu surat ini ya?" Pak Samad melayang-layangkan surat ditangannya kearah Nuha.

"Bapak!" Jerit si Nuha, tangannya pantas ingin merampas surat berkenaan dari tangan Pak Samad.

Namun pak samad yang tinggi dan masih tegap menjunjung surat di hujung tangan dan diangkat keatas. Terlompat-lompat Nuha ingin mencapai.

"Apa dua beranak ni? Di tengah rumah nak bergurau senda" Mak Zah mencebik. Keluar dari pintu bilik dan merebah punggung di sofa, tangannya pantas mencari remote kawalan jauh televisyen. 

"Dah tu, takkan bergurau di tengah bendang?" Seloroh Pak Samad, lalu menghyulur surat tersebut kepada Nuha.

Nuha malangkah memasuki biliknya. Perlahan-lahan surat dibuka. Ya, dia tidak sabar. Tapi takut juga jika isi kandungan surat itu mengecewakannya.

Dari satu patah perkataan ke satu patah perkataan lainnya. Nuha tersentak. sekali lagi dia membacanya, kali ini fokusnya penuh terhadap ayat yang tertera.

Tidak semena-mena Nuha melonjak sambil menjerit.

"Yeay. Alhamdulillah. Mak! Bapak! Nuha dapat tawaran belajar" berlari Nuha ke ruang tamu rumah mencari kelibat Mak Zah dan Pak Samad.

"Ya Allah. Anakku. Alhamdulillah Ya Allah. Berkat kerajinan kau belajar ni anakku." Mak Zah memeluk erat Nuha dan Pak Samad menepuk-nepuk bahunya.

Kegembiran itu di kongi bersama Adi bila si Adi pulang dari kelas tambahan petang itu. Mariam juga seronok mendengarkan khabar gembira itu. 

Nuha. Kali ini dia berjaya. Walaupun mereka bilang dia bijak, dia budak pandai di sekolah dan dia budak perempuan paling pintar di kampung, namun dia tidak pernah mengangkat tinggi dirinya. Dia selalu merendah diri. Dia percaya, kejayaan yang dia miliki selama ini adalah dari Allah dan hanya sekadar pinjaman sahaja.

Kini Nuha harus meyiapkan dirinya untuk merantau di Negeri orang. Tanpa saudara-mara disana, tanpa ibu bapa disana, tanpa adik beradik disana. Cuma ada Mariam, Zana dan Syuhada menemaninya.

Ya, ini apa yang dia inginkan. Ini apa yang dia impikan. Ini apa yang dia mahukan. Namun didalam hatinya, jantung berdegup kencang. Mengenang siapa gerangan membantu Mak Zah di dapur, menjemur kain, mengemas rumah dan memetik sayur dibelakang. 

"Arrghh. Adi kan ada? Walaupun dia lelaki, dia juga mampu membantu mak. Lagipula, dia bukan jenis berkira apabila melakukan kerja rumah. Moga dia bantu mak bila aku tiada." Benaknya berbisik sendirian.

*********************************************************************************

Nuha menjengah luar jendela. Gelap malam sunyi menjemput fikirannya menerawang jauh ke alam persekolahan. Bukan terllau lama dia meninggalkan sekolah itu, tapi rindu benar rasanya makan dikantin sambil berborak dengankawan-kawan. Rindu benar duduk di bawak pokok ketapang di bucu padang sambil membaca buku dan mengulangkaji.

Ya, tempat jatuh lagikan dikenang. 

"Seminggu lagi aku akan berangkat ke UIAM, semoga saja semuanya dipermudahkan. Allah, kau bantulah aku. Kau bantulah ibu bapaku, kau bantulah Adi adikku". Doa Nuha dalam hati.

Melihat Mariam kelam kabut mencari perkakas dan keperluan yang sepatutnya di bawa ke UIAM membuat hati Nuha menggeletek. 

Hari ini Nuha menemani Mariam membeli segala keperluan di kampus nanti. Mak Zah dan Pak Samad tidak akan menghantar Nuha ke UIAM. Nuha hanya menumpang Mak Kinah dan Pak Lebai Zaidi (ibu bapa Mariam) sahaja.

"Tak apa, mak dan bapak kan dah tua. Lagipun tidak ada kereta. Nanti saja, bila kau sudah bekerja, punya kereta, maka kau bolehlah membawa mak dan bapak kesan kemari ya Nuha" Nuha memujuk hati sendiri.

"Cukup semua keperluan kau Nuha? Nak Mak kinah belikan apa-apa tambahan?" Mak Kinah melaung dari ceruk dalam kedai. 

"Cukup Mak Kinah. Mak dan Bapak dah sediakan awal minggu hari tu. Mak Kinah layan sajalah kerenah Mariam tu." Jawab si Nuha sambil berseloroh.

"Yang ini, kalau dah cukup di mata Mak Kinah pun belum cukup dimata dia. Semua dikehendakkannya." Mak Kinah mencebik.

Mariam dari jauh hanya ketawa sambil menutup mulut.

Mak Zah dan Pak Samad awal-awal sudah menyediakan segala keperluan Nuha. Ya, mereka bukan orang jenis berduit sangat. Tapi, keperluan anak-anak masih terjamin. 

Nuha duduk dibirai katil. Merenung jauh beg-beg dan perkakas-perkakas serta keperluan peribadinya di depan mata. Entah mana datanya rasa hiba. Sayu merenggut hujung hati. Sedar-sedar sudah memanas airmata mengalir ke pipi.

Dibiarkan berjujuran membasi dagu dan baju. Semakin lama semakin deras. Ini kali pertama dia berjauhan dari Mak Zah, Pak Samad dan Adi. Ini kali pertama dia meninggalkan kampung untuk merantau. Ini kali pertama. Takkan ada lagi Mamat si kucing kelabu yang mengiow meminta makan dan berpusing-pusing dikakinya.

Ya, si Mamat bukan kucingnya. Kucing Mak Zainab jiran sebelahnya. Namun selalu saja menyinggah ke dapur rumah Nuha meminta makan. Terkadang menemani Nuha mengulang kaji pelajran diruang tamu. Tidur terlentang bagai manusia. Ya, peneman kala sunyi.

Mana si Mamat. saat hati pilu sebegini tidak pula nampak kelibat dia.

**bagaimana kehidupan Nuha di UIAM? Anda ingin tahu? nantikan Part 3.

No comments:

Post a Comment