15 August 2017

Kecil Hati Aku

Orang nampak aku setabah gunung. Megah bak banjaran titiwangsa. Orang lupa aku manusia. Aku ada hati perasaan. Aku manusia malas menjawab bila orang tuduh aku macam-macam. Aku bukan manusia nak tegak pakai menjerit pekik terlolong. Bukan anjing nak menyalak bukit.

Aku diam. Biar apa orang buat kat aku, kadang aku tulis kat post facebook. Tapi tak pernah aku mention siapa atau apa actually happened. Aku randomly type and tak fikir banyak, just hit the post button.

Aku biar engkau orang sakitkan hati aku. Biar engkau orang pijak aku. Aku nampak, sebab aku lihat. Aku ada mata, mungkin kau orang lupa aku ada mata. Walau hati aku rasa macam nak tampar mulut kau. Nak sepak muka kau. Nak gigit tengkuk kau. Tapi aku baisanya biar sakit hati aku padam sendiri dalam hati.

Aku tak nak jadi macam kau. Kau suka memalukan diri sendiri, dan terus memalukan aku sama. Tapi kau lupa, kau lebih malu dari aku. Lihat kau menyalak bagai anjing sedang aku cuma nampak seperti kucing ketakutan memeluk diri.

Kau rasa kau menang. Tapi hakikatnya, kau kalah. Bukan kalah dengan aku. Kau kalah dengan emosi. Kau dikuasai emosi dan rasa marah. Hilang semua arah, kau hilang juga maruah. Sedang aku diam bagai kalah, taapi sebenarnya menang bermaruah. Kerana aku mampu mengawal emosi walau dalam marah. Sabar walau dalam keadaan kau memalukan aku.

Aku kalah. Ye aku kalah. Kau menang, menang menunjukkan siapa diri kau sebenar. Mungkin kau bangga dengan kemenangan mempamerkan keburukkan diri sendiri.

Sedih.

Kau buka aib sendiri tanpa perlu orang lain membukanya untuk engkau.



No comments:

Post a Comment