29 May 2016

Sawan Kucing




Ia berlaku secara tiba2 dan tidak terkawal tingkah lakunya seperti, kekejangan, lidah terjelir, airliur melelh, berguling kesakitan, gigi/rahang mengetip berbuih mulut etc..ia adalah gangguan sementara aktiviti neurochemicals dalam otak yang membawa kepada kehilangan kawalan semua otot.

Antara sebab da punca :

1) Keracunan
Keracunan yang tahap kronik iaitu keracunan dari strychine, bahan antibeku (etilena glikol), plumbum / lead (terutama dari cat), racun serangga (yang mengandungi organophosphates) cenderung menyebabkan sawan dengan tanda-tanda seperti lelehan air liur dan otot yang bergerak-gerak kekejangan serta racun tikus.

2) Memberi Makan Ikan Mentah
Ikan mentah mengandungi thiaminase iaitu sejenis enzim yang memecahkan thiamine (vitamin B). Thiamine diperlukan untuk fungsi sistem saraf yang normal. Kehilangan thiamine dari sistem badan kucing akan mengakibatkan sistem sarafnya gagal berfungsi.

3) Kecederaan
Kecederaan dibahagian kepala yang mengakibatkan gangguan tisu otak akibat hentakan kuat kerana kemalangan, pukulan dengan objek tumpul atau keras.

4) Epilepsi
Adalah serangan sawan yang berlaku secara berulang berpunca gangguan otak. Ianya disebabkan oleh pengaruh luar seperti trauma atau kecacatan dalam neurochemicals di dalam otak.

LANGKAH AWAL KETIKA SICOMEL DALAM KEADAAN SAWAN

1) Menyelimutkan sicomel yang mengalami sawan sambil memegangnya untuk menenangkannya serta untuk mengelakkannya mencederakan dirinya serta sesiapa yang berhampiran.

2) Bertenang ketika membantunya ketika sawan kerana melihat keadaannya menjadikan satu pengalaman yang agak menakutkan, tetapi kebanyakkan sawan tidak mengancam nyawa. Mungkin berlaku berulang-ulang kali.

3) Sebarang objek berhampiran sengannya perlu dijauhkan supaya tidak akan mencederakannya kerana tindakbalas agresif darinya yang tidak menentu.

4) Selepas selesai dan reda sawannya, secara perlahan-lahan / lembut mengusap-usapkannya untuk menyakinkannya tentang kehadiran anda kerana sistem otak / sarafnya baru mula berfungsi normal untuk elakkannya berasa ketakutan /panik. Pastikan lampu dan bunyi pada tahap minimum kerana otak adalah sangat sensitif.

P/s : anda yang mempunyai kucing sawan, saya mohon sangat, potong kuku kaki tangan dan potong taring, agar dia tak mencederakan dirinya serta orang/haiwan sekelilingnya. dan bila ia berlaku memudahkan anda untuk mengangkat serta cool down kan dia tanpa cedera. please sangat.