Biasanya kucing akan mengalami tidak selera makan, gusi pucat atau kekuningan, air liur meleleh, berak cair dan terkadang bercampur darah, muntah, dehydrated. Kucing juga boleh hilang selera makan pada satu jangka masa yang panjang. Kita perlu paksa mereka makan dan minum menggunakan srynge..jika kucing sudah mula makan, bermakna demamnya sudah kebah dan segala kekungingan tadi bakal beransur hilang..
Dari hasil pembacaan saya, ada 2 penyebab utama kepada jaundis..
1. Prehepatik (prehepatic) - merujuk kepada masalah yang wujud sebelum darah tiba ke hati seperti sel darah merah musnah atau pecah. Selalunya disebabkan oleh:
Parasit darah - haemobartonellosis, cytauxzoonosis
ubat-ubatan
reaksi selepas pemindahan darah
immune-mediated haemolytic anaemia
cacing dalam jantung (jarang berlaku pada kucing)
rendah paras fosfat dalam darah
2. Hepatik (hepatic) - masalah pada hati itu sendiri (kegagalan hati menjalankan fungsinya)
Penyusupan lemak pada hati (hepatic lipidosis)
hepatitis, cholangitis, cholangiohepatitis (korang google eh...nanti tau ler apa maksud nama2 tu...

Toxin atau keracunan oleh logam berat dan sesetngah racun serangga untuk membasmi parasit luaran.
Ubat-ubatan seperti diazepam, griseofulvin, acetaminophen
Kanser hati
Cirrhosis - keadaan bilamana hati telah rosak teruk
Penyakit disebabkan oleh virus, bakteria dan protozoa
3. Post hepatik
Jangkitan pada pankreas
Masalah pada pundi hempedu - tersumbat, batu hempedu
Jangkitan pada usus kecil yang boleh menyebabkan salur hempedu tersumbat atau pengaliran hempedu terhalang
Vaksin kucing anda secara berkala untuk merendahkan risiko terkena penyakit ini.