24 July 2018

Sebulan Menjadi Isteri


Aku duduk di sisi kanan tilam. Duduk sambil meriba laptop. 
Sesekali tangan bed-mate terlibas ke paha.
ya, aku ada bed-mate kini.
Tiga puluh tiga tahun aku menanti.
Akhirnya aku bergelar isteri.

Genap sebulan hari ini.

Sesekali suami mengalih tubuh, mengiring ke kanan dan kiri.
Sampai hari ini aku masih kurang percaya. aku sudah menjadi isteri. 
Lama aku tunggu saat ini. 
Berkongsi rasa jiwa dan raga bersama seorang yang aku gelar suami.
Yang aku mahu kongsi pahit manis bersama
Yang aku mahu berbaring atas bahunya. Yang aku mahu peluk setiap masanya.
Yang aku mahu pegang tangannya, usap lebut bahunya, mengelus rambutnya.

Aku mahu jadi isteri paling manja gedik untuknya. 
mahu isi harinya dengan senyuman dan tawa aku
ingin penuhi kehidupannya dengan seri
Seri yang dia takkan dapat dari mana2 wanita lainnya
aku ingin dia rasa betapa manis aku menjadi isteri
betapa manja aku berbanding isteri orang lainnya
aku mahu dia bangga dia miliki aku
aku mahu dia tahu aku miliknya