23 January 2018

Attitude Problem

Salam

Ini tentang masalah attitude. ada antara kita cuba mengelak dari mengaku memiliki masalah ini, ada diantara kita tidak sedar dengan masalah attitude dalam diri.

Mahu sedar? Mahu akui??

Bukan payah. Cukup cuma sedikit muhasabah diri.

Apa itu muhasabah diri?? Cara mudah muhasabah diri?? Kau duduk diam lepas solat. dalam keadaan masih berteleku di Sejadah. atau mungkin kau duduk diam saat lampu terpadam.

Kau renung kembali

Berapa ramai pergi dari engkau?? Alasan apa mereka pergi dari engkau?? Jangan renung salah mereka, cuba renung salah diri.
   
Contohnya "A" dulu kawan kau, tapi mengapa A bukan lagi kawan kini?? Jangan nafikan dengan        cara "A" yang macam tu atau macam ni. Tapi fikir, apa aku buat pada "A"?? Apa kelakuan kau atau patah kata kau yang buat "A" jadi seperti itu" (ini baru dikatakan muhasabah diri sebenar). Kau tak perlu mengaku pada si "A" atau kawan-kawan lainnya kalau kau nak jaga EGO kau. Ya, setiap dari kita selalu begitu. Sama seperti hubungan cinta. Kenapa takdirnya ex kau menjadi Ex?? ya, ketentuan Allah, tapi Allah juga ingin kau sedar apa sebenarnya yang Allah nak sampaikan.

Kau mesti kena fikir tentang diri kau. Kau boleh selfish pada orang, tapi jangan selfish pada diri. kerana bila kau terlalu biasa selfish pada diri, maka kau akan terbiasa membohong diri sendiri. Lalu kau hanya hidup dalam dunia kecil yang kau ciptakan. dan lama-kelamaan dunia kecil itu membesar, membentuk peribadi kau sendiri, lalu menjadi punca kau tidak nampak walau sekelumit salah kau, yang kau nampak, bagus kau, baik kau, betul kau dan besar diri kau !

kau akan jadi manusia yang berpuaka. Apa puaka yang aku katakan, membuat segelintir orang sekeliling kau menjadi menyampah lalu menjauhkan diri, kemudian kau tidak melihat akan perkara itu, yang kau nampak cuma mereka negatif kau yang positif. haha. aku ketawa sebab waktu ni, kau sebenarnya manusia paling sunyi tanpa kau sedar.

Manusia yang tidak punya masalah ini, mereka disenangi ramai. mereka disayangi ramai. lihat kelilingmu, siapa yang sayang kamu? kerana apa mereka sayang kamu? siapa hormati kamu? mengapa mereka hormati kamu? Hormatkah mereka atau takutkah dengan puakamu? Segankah mereka dengan kamu?? berapa ramai yang benar ikhlas denganmu?? atau cuba mengambil hati dek kerana kamu jenis manusia tinggi diri dan mereka takut ditolak ketepi olehmu??

Jangan bangga jika orang menjaga hati kamu untuk perhatianmu. Kerana mereka itu semua pura-pura, saat kamu jatuh nanti, mereka inilah yang akan mentertawakan kamu.

Namun jangan pula kamu khuwatir dengan kekuranganmu. Kerana setiap dari manusia yang tercipta, punya kekurangan.

Sedikit, kau berilah masa pada diri untuk bermuhasabah. Ini untuk memperbaiki kelemahan dan menguatkan lagi kelebihan. Malah memupuk jati diri agar lebih consider dan peka dengan keadaan serta perasaan orang sekelilingmu.

10 January 2018

Tak Bahagia

Tak perlu rasanya aku ceritakan semua setiap satu apa yang aku lalui dihari-hariku di laman sosial itu. Aku belajar dari kisah dulu. Dulu aku tayangkan bahagia, aku sembahkan kisah keluh kesah hidupku diumum. umpama aku mainkan sebuah filem tentang setiap inci kehidupanku.

Mereka menggunakan segala apa yang telah ku tayangkan menjadi batu untuk mereka rejam aku hingga aku jatuh. mentertawakan aku saat aku jatuh. makanya, aku berhenti. berhenti dari tayang siapa aku, aku berhenti pamer apa punya aku, aku berhenti dari persembahkan setiap detik hidup aku.

ya. mereka benar. aku dulu bukanlah insan bahagia yang benar bahagia jiwa dan raganya. Yang aku tayang, yang aku sembahkan itu cuma sebuah dunia yang aku cipta. cipta kebahagiaan dalam laman sosial yang sebenarnya bukan hakikat. Hakikatnya, aku bukan sebahagia gambar-gambar itu, aku bukan sebagus-bagus manusia yang menulis status acah suci disitu. bukan sebenarnya aku.

Perlahan.

Aku mengorak perubahan dalam diri. Tiada lagi tayangan umum tentang siapa aku. tiada lagi tunjukkan apa punya aku. dan tiada lagi persembahan drama hidupku.

yang ada cuma status bodoh sinis melawak dan bersahaja. kerana itu aku sebenar. jenis suka bergurau mengusuk ketawa. itu aku sebenar. bahagia dalam mengusik, menyakat, membahan, namun masih menjaga hati lainnya.

Bahagia aku kini, tak perlu aku tayang lagi. Biar cuma aku tahu. Gambar selfie, groupie, kesana-kemari bukan lagi hiasan dinding dinding laman sosial ku. Kerana apa? Kerana kenangan-kenangan manis itu, aku tak mahu kongsikan dengan semua bukan semua benda aku boleh kongsikan bersama mereka bukan semua perkara aku boleh jadikan bahan untuk dibanggakan. cukup ! aku mahu simpan untuk diri sendiri. Biarlah gambar makanan, pemandangan menjadi jamuan buat mereka.

Biar mereka bilang laman sosial ku membosankan. Asal bukan menjadi batu untuk mereka rejam aku sekali lagi nanti. kadang kita lupa, gerak geri kita diperhatikan. ramai orang, banyak mata, mereka tunggu jatuhnya kita, mereka kutip setiap apa kita tulis dan ambil semua gambar untuk dijadikan batu direjam pada kita sambil ketawa melihat kita menangisi kejatuhan kita sendiri.

Tolong?

Mereka takkan pernah tolong.

Ingat ! Jika kau terlalu selalu tayang apa punya engkau, apa hidup kau adanya, maka terbuka lah pintu-pintu fitnah dan lama-kelamaan, mereka kumpul menjadi batu merejam engkau hingga kau tersungkur menyembah bumi.

Saat kau bangkit, mereka cuma melihat, ada diantara mereka sekadar merenung sinis dengan dendam dan kebencian. sedang kau tidak pernah kenal siapa mereka, tidak pernah tahu wujudnya mereka, namun mereka tetap menghukum engkau umpama mereka tuhan pada engkau.