10 January 2018

Tak Bahagia

Tak perlu rasanya aku ceritakan semua setiap satu apa yang aku lalui dihari-hariku di laman sosial itu. Aku belajar dari kisah dulu. Dulu aku tayangkan bahagia, aku sembahkan kisah keluh kesah hidupku diumum. umpama aku mainkan sebuah filem tentang setiap inci kehidupanku.

Mereka menggunakan segala apa yang telah ku tayangkan menjadi batu untuk mereka rejam aku hingga aku jatuh. mentertawakan aku saat aku jatuh. makanya, aku berhenti. berhenti dari tayang siapa aku, aku berhenti pamer apa punya aku, aku berhenti dari persembahkan setiap detik hidup aku.

ya. mereka benar. aku dulu bukanlah insan bahagia yang benar bahagia jiwa dan raganya. Yang aku tayang, yang aku sembahkan itu cuma sebuah dunia yang aku cipta. cipta kebahagiaan dalam laman sosial yang sebenarnya bukan hakikat. Hakikatnya, aku bukan sebahagia gambar-gambar itu, aku bukan sebagus-bagus manusia yang menulis status acah suci disitu. bukan sebenarnya aku.

Perlahan.

Aku mengorak perubahan dalam diri. Tiada lagi tayangan umum tentang siapa aku. tiada lagi tunjukkan apa punya aku. dan tiada lagi persembahan drama hidupku.

yang ada cuma status bodoh sinis melawak dan bersahaja. kerana itu aku sebenar. jenis suka bergurau mengusuk ketawa. itu aku sebenar. bahagia dalam mengusik, menyakat, membahan, namun masih menjaga hati lainnya.

Bahagia aku kini, tak perlu aku tayang lagi. Biar cuma aku tahu. Gambar selfie, groupie, kesana-kemari bukan lagi hiasan dinding dinding laman sosial ku. Kerana apa? Kerana kenangan-kenangan manis itu, aku tak mahu kongsikan dengan semua bukan semua benda aku boleh kongsikan bersama mereka bukan semua perkara aku boleh jadikan bahan untuk dibanggakan. cukup ! aku mahu simpan untuk diri sendiri. Biarlah gambar makanan, pemandangan menjadi jamuan buat mereka.

Biar mereka bilang laman sosial ku membosankan. Asal bukan menjadi batu untuk mereka rejam aku sekali lagi nanti. kadang kita lupa, gerak geri kita diperhatikan. ramai orang, banyak mata, mereka tunggu jatuhnya kita, mereka kutip setiap apa kita tulis dan ambil semua gambar untuk dijadikan batu direjam pada kita sambil ketawa melihat kita menangisi kejatuhan kita sendiri.

Tolong?

Mereka takkan pernah tolong.

Ingat ! Jika kau terlalu selalu tayang apa punya engkau, apa hidup kau adanya, maka terbuka lah pintu-pintu fitnah dan lama-kelamaan, mereka kumpul menjadi batu merejam engkau hingga kau tersungkur menyembah bumi.

Saat kau bangkit, mereka cuma melihat, ada diantara mereka sekadar merenung sinis dengan dendam dan kebencian. sedang kau tidak pernah kenal siapa mereka, tidak pernah tahu wujudnya mereka, namun mereka tetap menghukum engkau umpama mereka tuhan pada engkau. 

No comments:

Post a Comment