18 July 2019

Kalah Dalam Permainan Sendiri



Entah bila kau nak berhenti
Bagai tak cukup-cukup kami kau caci
Media Sosial kau jadikan tali
Dengan harapan yang membaca membenci kami
Tapi tanpa engkau sedari
Dalam sibuk kau buka aib kami
Yang terbuka aib kau sendiri
Dalam kau sibuk memperlihatkan jahat kami
Yang terserlah hanya kejahilan kau sendiri
Kami yang kau caci memilih berdiam diri
Mungkin kau fikir kau yang kami takuti
Padahal kami kasihan melihat kau umpama bermain dengan api
Tak perlu kami susah persembah kebenaran dan bukti
Kau sendiri yang sukarela menadah diri
Makin lama memakan hari
Semakin terbukti siapa yang tak pandai kawal emosi
Siapa yang punya masalah dengan diri
Siapa yang tak tahu cara mengatasi
Sudahnya kau kalah dalam permainan sendiri
Yang sebenarnya tiada siapa peduli





17 July 2019

Kawan yang Mencurigakan




Tidak aku benci apatah lagi melupakan
Kira wujudnya benci takkan aku melihat kau dari kejauhan
Aku syukur punya kesempatan
Mengenal engkau dalam berkawan
Maaf andai aku melukakan perasaan
Terkadang aku takut dengan kenyataan
Dimana aku melihat kau tidak seperti yang aku bayangkan
Tapi siapalah aku untuk jatuhkan hukuman
Bukan hak aku mengambil alih kerja Tuhan
Disini aku mohon berikan ruang untuk aku hadamkan
Supaya tiada lagi wujud rasa mencurigakan
Aku doakan semoga ukhwah ini berkekalan



15 July 2019

Bermonolog Dengan Sepi



Perasaan itu kabur sekali
Puncanya aku sendiri tak pasti
Merewang-rewang fikiran dan naluri
Entah kenapa payah benar memuaskan diri
Segalanya bagai tak kena hari ini
Tenang umpama tak wujud lagi
Melelap mata payah sekali
Aku hanya ingin tidur lena malam ini
Mengharap hilangnya rasa ini esok pagi

14 July 2019

Diam Tanpa Kata




Sejak dari awalnya
Aku memilih diam tanpa kata
Bukan kerana aku takut akan mereka
Tapi aku takut untuk berbicara
Saat amarah melanda
Mungkin saja tersalur dalam ayat yang sempurna
Bisa mengguris hati dan terngiang di telinga
Setiap baris ucapan akan tersemat di minda
Akan ada perasaan yang membara
Sehingga mampu jadi porak peranda
Maka aku diam seribu bahasa
Kerana aku sentiasa percaya
Sampai satu masa
Saat Tuhan mahu buka rahsia
Segalanya terbongkar dan tertera
Tika itu juga
Takkan ada sesiapa berani bersuara
Kerana tepat terkena depan mata
Moga jadi pengajaran buat mereka
Namun jika masih berdalih dalam kata-kata
Aku doakan mereka mati sahaja.