14 July 2019

Diam Tanpa Kata




Sejak dari awalnya
Aku memilih diam tanpa kata
Bukan kerana aku takut akan mereka
Tapi aku takut untuk berbicara
Saat amarah melanda
Mungkin saja tersalur dalam ayat yang sempurna
Bisa mengguris hati dan terngiang di telinga
Setiap baris ucapan akan tersemat di minda
Akan ada perasaan yang membara
Sehingga mampu jadi porak peranda
Maka aku diam seribu bahasa
Kerana aku sentiasa percaya
Sampai satu masa
Saat Tuhan mahu buka rahsia
Segalanya terbongkar dan tertera
Tika itu juga
Takkan ada sesiapa berani bersuara
Kerana tepat terkena depan mata
Moga jadi pengajaran buat mereka
Namun jika masih berdalih dalam kata-kata
Aku doakan mereka mati sahaja.

No comments:

Post a Comment