30 December 2019

Ayah ke Hospital Kajang

30.12.2019

Semalam Akak beritahu dia akan membawa ayah ke Kajang. Untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kajang hari ini. Kaki Ayah belum surut bengkaknya. Dan keadaan semakin memburuk.

Aku risau. Ayah stay di rumah akak. Setibanya di Hospital kajang, ayah mendapatkan rawatan. Doktor Hospital Kajang scan kaki ayah, Katanya ada kuman dibawah kulit kaki ayah. menyebabkan rasa nyeri dan bengkak kemerahan.

Malam tadi, Aman melawat Ayah di Kajang. Aku belum berkesempatan ke sana. Namun doa aku selalu mengiringi Ayah. mengaharap ayah pulih seperti sedia kala.


(photo credit to google)



26 December 2019

Kaki Ayah Bengkak Dan Klinik Appu


26.12.2019

Ayah post di whatsapp group gambar kakinya.


Bengkak masih belum surut. mungkin ayah tidak selesa dengan keadaan kakinya dan dia tak dapat berjalan dengan baik seperti sebelumnya, membuatkan dia pergi ke Klinik Appu di Langkap. 

Ayah mungkin kurang sabar dengan tindak balas ubat dari Anson Bay Medical Centre. maka dia pergi ke Klinik Appu sendiri bersama emak.


Di klinik Appu, dia dapat ubat yang lain. Sedikit puas hatinya mungkin kerana mendapat ubat yang baru.


Harap, kaki ayah sembuh seperti sediakala. Ayah bilang payah untuk dia berjalan apatah lagi solat dan melakukan kerja harian. Aku berharap tiada apa yang teruk disitu.

Kalian doakan ayah cepat sembuh ya.



24 December 2019

Ayah dan Bakteria Di Kaki

Aku dikejutkan dengan sebuah video yang di post oleh adikku Cik Udd di Whatsapp story.
Video berdurasi beberapa minit memaparkan kaki ayah sedang dirawat oleh seorang doctor di Anson Bay Medical Centre Teluk Intan.



Kaki ayah bengkak, berair didalamnya. Susah bagi dia untuk berjalan, maka Cik Udd yang pulang ke kampung, membawa ayah ke Anson Bay Medical Centre untuk checking kaki ayah.

Sebenarnya ayah dah pun ke Hospital Teluk Intan dan di ambil darah sebelum ni, tapi belum dapat result darah dan kaki ayah semakin teruk sampai tak boleh jalan. So, Cik udd bawak ayah ke Anson Bay MC.

Doctor di Anson Bay MC cucuk ayah dengan antibotik kerana didapati ada kuman di dalam kaki ayah.

Keadaan kaki ayah merah dan bengkak, jadi ayah tak boleh jalan.

Aman mengesyorkan untuk bawa ayah ke Klinik baharom Sentul. Katanya ubat di Klinik baharom tu elok dan banyak pesakit yang sembuh bila ke sana.