24 December 2019

Ayah dan Bakteria Di Kaki

Aku dikejutkan dengan sebuah video yang di post oleh adikku Cik Udd di Whatsapp story.
Video berdurasi beberapa minit memaparkan kaki ayah sedang dirawat oleh seorang doctor di Anson Bay Medical Centre Teluk Intan.



Kaki ayah bengkak, berair didalamnya. Susah bagi dia untuk berjalan, maka Cik Udd yang pulang ke kampung, membawa ayah ke Anson Bay Medical Centre untuk checking kaki ayah.

Sebenarnya ayah dah pun ke Hospital Teluk Intan dan di ambil darah sebelum ni, tapi belum dapat result darah dan kaki ayah semakin teruk sampai tak boleh jalan. So, Cik udd bawak ayah ke Anson Bay MC.

Doctor di Anson Bay MC cucuk ayah dengan antibotik kerana didapati ada kuman di dalam kaki ayah.

Keadaan kaki ayah merah dan bengkak, jadi ayah tak boleh jalan.

Aman mengesyorkan untuk bawa ayah ke Klinik baharom Sentul. Katanya ubat di Klinik baharom tu elok dan banyak pesakit yang sembuh bila ke sana.




No comments:

Post a Comment