12 May 2017

Kisah Irena Sendler



Irena Sendler

Mesti ramai yang tak tahu tentang wanita pemberani ni. 
Okay, mari kakak ceritakan.

Pada perang dunia kedua dia mendapat kebenaran untuk berkhidmat sebagai plumber dan pakar pembentung di Warsaw Ghetto.

Sebenarnya dia punyai motif tersembunyi.

Dia menyeludup bayi-bayi Yahudi dengan menyorokkan mereka di bahagian bawah dalam Tool Box yang di bawanya. Dan menggunakan guni untuk kanak-kanak sedikit besar untuk disorokkan di belakang traknya.

Untuk menyembunyikan bayi dan kanak-kanak tersebut tanpa diketahui oleh Nazi, dia memelihara seekor anjing dan melatihnya untuk menyalak ketika dia masuk dan keluar dari ghetto. 
Bunyi salakkan anjing itu bertujuan menutupi suara-suara bayi dan kanak-kanak yang disorokkannya.

Dia berjaya menyeludup dan menyelamatkan sekurang-kurangnya 2500 kanak-kanak dan bayi.



Namun akhirnya, dia tertangkap oleh Nazi dan di patahkan kaki serta tangannya dan di pukul beberapa kali. 

Dia juga merekodkan nama setiap kanak-kanak yang disoroknya dan didalam sebuah balang dan ditanam di abwah pokok belakang rumahnya.

Setelah peperangan berhenti, dia cuba mencari ibu bapa kanak-kanak yang disoroknya yang mungkin masih hidup selepas perang itu, untuk mengembalikan anak mereka. Jika tidak menjumpai mereka, anak-anak itu dimasukkan ke rumah anak yatim.

Dia meninggal pada umur 98 tahun pada tahun 2008 bertarikh hari ini 12 May. 

Nampak tak kat situ?

Siapa kata perempuan tak berani? 
Siapa kata perempuan hanya tahu meroyan?
Hah.
Ini buktinya.

Terima kasih sebab sudi membaca.

No comments:

Post a Comment