13 March 2020

Eno Fariha Di Rodok Cangkul

 Salam Dan Salam Sejahtera.

Aku baca kronologi kisah pembuhuan tragis Eno Farihah. Dari beberapa artikel yang aku baca, kesemuanya penulisan bagi aku bayangan betapa seksanya dia mati. Allahu. aku menangis baca. 

(gambar credit to : ibnuhasyim.com)

En Fariha ni baru umur 18 tahun ketika dia dibunuh. Dia anak ke 4 dari 7 adik beradik, anak dari pasangan Fahri dan Mahfudoh. Dia waktu tu baru 6 bulan bekerja di Kilang Plastik P.T Polyta Global Mandiri berlokasi di Tangerang, Banten. Dia ni anak orang daerah situ juga. Lahir pada 1998 di Kampung Bangkir, Kelurahan Pagandikan, Lebak Wangi Kabupaten Serang, Banten.

Dia baru 6 bulan kerja kat situ. Dia duduk di hostel. Kiranya hostel dia bilik-bilik dan seorang penghuni untuk setiap bilik. Dia balik rumah mak dia seminggu sekali saja. Menurut ibunya, setiap kali dia balik, dia akan mintak masakkan jering kesukaan dia.

Dia jugak selalu bawak balik sesuatu setiap kali balik kampung, dan dseminggu sebelum dia meninggal, dia bawak balik ole-ole dari Tangerang. 

(credit to : wartakota)

Meninggal akibat dibunuh dengan kejam dirodok batang cangkul ke kemaluannya sehingga membusi rongga dada. Korang dapat bayangkan tak??

(credit to : news.detik.com)

Mayat dia dijumpai oleh kawan hostelnya. masa mayatnya dijumpai, jenazahnya telanjang tanpa seurat benang dan cangkul masih tertancap kat kemaluan dia. 

3 suspek, lelaki ditahan bagi membantu siasatan pada 14 Mei 2016.
Ya, kes ni baru lagi. 2016. Kejadian berlaku tepat 12 Mei 2016.

Kira arwah ni jenis kecl molek comel la yang digilai ramai lelaki. Banyak pemuda kawasan situ, yang sama tempat kerja jatuh hati pada dia. Tapi !! Korang percaya atau tak, 3 suspek tidak mengenali antara satu sama lain, tapi bekerjasama dalam membunuh mangsa secara kejam. 

3 suspek itu ialah :
 RAL berumur baru 15 tahun dan salah seorang pelajar di SMP Kelas 2 di Tangerang.
Rahmat Ariffin (Arif), berumur 23 tahun dan rakan sekerja mangsa si PT PGM
Imam Harpiadi, juga berumur 23 tahun.

(credit to : metrorakyat)

Malam kejadian, RAL budak sekolah menengah yang 15 tahun tu datang ke bilik mangsa. Dari kronolgi kisah ni umpama arwah memang dengan rela hati berjumpa dengan RAL yang mana masuk dalam biliknya. Lepas sembang macam tu, dorang bercium dan RAI mengajak melakukan seks, tapi mangsa menolak dengan alasan takut mengandung. Well, orang kalau tak nak memang banyak alasan. Which is mean, you are not the right person that i should sleep with.

Then si RAL keluar dari bilik, tengah hisap rokok kat luar ni la RAL terserempak dengan Arif. Dorang tak pernah kenal dan tak tahu ya satu sama lain. Dan waktu ni terjumpa dengan pelaku ke 3 iaitu Imam Harpiadi. Mereka bertiga berkenalan dan mendapati Arif dan Imam menyukai arwah namun tak dilayan arwah. 

Time ni lah. Bila bertiga dah dapat sepakat nak rogol arwah. Dorang jalan balik ke bilik arwah. Masa dorang masuk bilik arwah, arwah tengah tidur, masa ni lah Imam tekup muka arwah dengan bantal. Imam suruh RAL mencari pisau di dapur, tapi masa tu takde pisau kat dapur. So, dia berlegar di luar bilik arwah mencari apa yang boleh digunakan. Dan terjumpa cangkul.

Ya, imaginasi aku masa ni dah taktahu kelaut dalam mana.
RAL balik ke bilik dengan memabwa cangkul. masa masuk tu dia melihat Imam masih menekup muka mangsa dengan bantal, sedang si Arif didaki mangsa dan merogol mangsa. kejam bukan?? Lebih kejam lagi RAL menghentak muka arwah dengan cangkul sampai berdarah. 

RAL sempat lagi keluar dari bilik lepas pecahkan muka arwah sebab dia geli dengan darah yang berlumuran. Tapi dia masuk balik dan kemudian menggigit payudara mangsa hingga berbekas. Dan disini, disini part paling kejam bila Arif meminta cangkul, dan memasukkan batang cangkul kedalam kemaluan arwah, tidak cuma masukkan je, dia siap rodok-rodok kedalam lagi sehingga hampir 90% batang cangkul berada didalam tubuh arwah dan menyebabkan kematian arwah. 

(credit to : wajibbaca.com)

Ya lepas tu dorang boleh keluar tanpa masalah lagi. Siap bersihkan darah yanga da pada badan dorang dalam bilik air bilik mangsa lagi tu. 

Aku masih tak boleh hadam lagi, bunuh pun jangan la sampai seksa. Apa la yang kau marah sangat, awek bukan sorang je dalam dunia ni. 

Anak orang, ada mak bapak kot dia. Ada adik beradik. Kalau adik sipelaku la yang kena macam ni, apa rasa dia agaknya??

Apa jadi pada 3 pelaku??

(credit to : news.detik)

Mereka dapat ditangkap dua hari selepas kejadian iaitu pada 14 mei 2016

Selepas turun naik mahkamah dan siasatan dijalankan. Imam Hapriadi dan Arif dijatuhkan hukuman mati. RAL dijatuhi hukuman 10 tahun penjara atas sebab dia dibawah umur or something. Macam tu la.

Tapi FYI, kedua-dua pembunuh ni, dorang tak mengaku bersalah pun sebenarnya. Dorang siap cakap "dipaksa" mengaku bersalah. Kata pihak polis mendera mereka untuk mengaku bersalah. Jadinya dorang engaku tu pun secara paksa. Dorang ni sampai bersumpah kerana Allah yang dorang tak rogol dan bunuh Eno Fariha. Sedangkan semua segala bukti memang kukuh mereka buat. Aku pun taktau la dorang ni.

Semua bukti dari airliur, gigitan di puting sidik jari dan segalanya memang milik mereka, dari awal mereka bertiga bermain pusing belit cerita. Tapi benar juga kata salah seorang lecturer aku dulu. Lelaki ni, even sampai dia dah terpaksa mati pun dia masih akan cuba pusing belit supaya boleh selamat. Contohnya curang, dah depan mata kantoi dalam hotel pun, akal dia ligat cari pusing belit alasan atau pura-pura pengsan je asalkan tak terhukum. 

Dalam mahkamah, apabila diberitahu bahawa salah seorang pelaku adalah bawah umur dan undang-undang Indo tidak menghukum mati kepada budak bawah umur, dan dihukum cuma 10 tahun penjara, seorang wanita bertudung dengan nada tinggi berkata 

" Matiin aja, Cuma 10 tahun kurang"

Ya. semua orang masih tidak berpuas hati dengan keputusan itu. itu berlaku pada 2016, dan dia berusia 15 tahun ketika itu. Tahun ni 2020 dan aku percaya dia dah msuk 19 tahun pun. dia masih dalam penjara. Dan mahukah kita semua menerima manusia kejam seperti ini berada dalam lingkungan kita??

Mungkinkah akan terjadi lagi kes pembunuhan di daerah sama dari lelaki yang sama??

Aku tak pasti tahun bila 2 pelaku tu dijatuhi hukuman mati, sama ada menunggu masa atau sudah mati, aku pun tak pasti.

Semoga kisah ni, menjadi pengajaran buat kita semua.





No comments:

Post a Comment