12 March 2020

Yang XinHai Pembunuh Bersiri di China

 Salam semua. 

"When I killed people I had a desire. This inspired me to kill more. I don't care whether they deserve to live or not. It is none of my concern...I have no desire to be part of society. Society is not my concern.

Inilah quote dari pembunuh bersiri terkenal di China yang juga telah membunuh 67 orang dengan 23 kes rogol. 

Ramai gila. Terkejut kan??

Well dia di jatuhi hukuman mati pada 14 febuari 2004.

Setelah membaca beberapa artikel dan melihat video tentang kisah Yang XinHai ni, kakak rasa ada baiknya berkongsi dengan korang semua info tentang dia ni. Kalau ada masa, kakak cuba buat video nanti.

Now, kakak nak story mory sikit pasal dia ni.


(credit to ExecutedToday.com)

Hasil pembacaan dan sedikit research kakak medapati, Yang XinHai, lelaki lahir pada 29 Julai 1968 ni adalah anak kelahiran Zhengyang, Henan, China.Yang Xinhai ni adalah anak bongsu dari 4 adik beradik dan keluarganya adalah salah satu keluarga yang miskin disana. Diberi jolokkan nama "Monster Killer" oleh pada media, dia mengaku membunuh seramai 67 orang terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Yang Xinhai ni dah berhenti sekolah pada umur 17 tahun lagi masa tu tahun 1985 (tahun kelahiran kakak weyh). Dia dah tak nak balik rumah dah masa tu, dia kerja sebagai buruh dan travel seluruh china menjadi buruh kasar la.

Motif pembunuhannya adalah balasan dendam kepada masyarakat. Juga kerana ditinggalkan oleh girlfriend dia lepas kes dia ditangkap mencuri dan merogol. Memang tak paham sikit bab ni. Untuk masyarakat tu mungkin sebab hidup dia miskin dan tak diendahkan oleh masyarakat mebuatkan dia jadi macam tu. Tapi kalau bab awek dia tu, mana ada perempuan nak ellaki macam tu. Rogol tu, siapa yang boleh terima??

Dia ni pernah ditangkap pada 1991 atas tuduhan mencuri di kawasan kem buruh kasar di hebei. Lepas tu dia kena tangkap lagi pada tahun 1996 atas tuduhan merogol di Henan. masa ni usia dia 28 tahun. Dia dipenjarakan 5 tahun dan kemudian bebas pada tahun 1999. 

Lepas keluar tu la dia start membunuh ni. Dia mula membunuh pada tahun 1999 - 2003 tau !! tapi yang teruknya, dalam tempoh sesingkat 4 tahun tu, dia boleh membunuh 67 orang. Kerja gila kan??

Dia membunuh dengan kejam menggunakan kapak, hammer, penyodok. Kalau dalam wikepedia ada tulis dia ni malam-malam masuk rumah mangsa dan membunuh mangsa, kadang-kadang membunuh satu keluarga. Fuhh, berdiri bulu roma kan??

Pada tahun 2002 dia membunuh seorang lelaki yang bergelar ayah dan anak perempuan lelaki ter berumur 6 tahun menggunakan penyodok. Bukan penyodok sampah tu, sodok simen tu. dan dia merogol isteri lelaki tu yang tengah sarat mengdandung. Dan, wanita itu terselamat dari serangan tetapi mengalami luka yang serius sehingga hilang ingatan.

Dia kena tangkap lepas didapati bersikap mencurigakan ketika pemeriksaan polis dalam pusat hiburan. Tak tau lah, maybe dia masuk Club dan club tu kena rush kot. Polis soal siasat dia dan mendapati dia ni dikehendaki atau "Wanted" untuk kes pembunuhan di 4 Wilayah.



Lepas kena tangkap dan disoal siasat, dia mengaku membunuh 65 orang, 23 kes rogol dan 5 serangan yang membawa cedera parah. Dalam 4 wilayah tu >>

Henan : 49 kes bunuh, 17 kes rogol & 5 kes serangan 

Hebei : 8 kes bunuh & 3 kes rogol

Anhui : 6 kes bunuh & 2 kes rogol

Shandong : 2 kes bunuh dan 1 kes rogol

Dia didapatai menghidap HIV dari salah seorang mangsa.

(credit to reddit)

bawah ni list kawasan dan pembunuhan Yang.

  • 19 September 2000, Guozhuang Village, Beijiao Township, Chuanhui District, Zhoukou, Henan, 2 murders
  • 1 October 2000, Chunshuzhuang, Xiaoying Village, Wangdian Town, Yingzhou District, Fuyang, Anhui, 3 murders, 1 rape
  • 15 August 2001, Fangcheliu Village, Juling Township, Linying County, Luohe, Henan, 3 murders, 1 rape
  • Autumn 2001, Kanglou Township, Xihua County, Zhoukou , Henan, 2 murders
  • Winter 2001, a village southeast of the county town of Ye County, Pingdingshan, Henan, 2 murders
  • 27 January 2002, Tongxu County, Kaifeng, Henan, 3 murders, 1 rape
  • 30 June 2002, Chaigang Township, Fugou County, Zhoukou , Henan, 4 murders, 1 rape
  • 28 July 2002, Dengzhou, Nanyang, Henan, 4 murders, 2 rapes
  • 22 October 2002, Zhaihu Village, Songji Township, Xiping County, Zhumadian , Henan, 2 murders, 1 rape, 1 seriously injured
  • 8 November 2002, Gaoli Village, Shaodian Township, Shangcai County, Zhumadian , Henan, 4 murders, 2 rapes, 1 seriously injured
  • 16 November 2002, Liuzhuang Village, Zhangshi Town, Weishi County, Kaifeng , Henan, 2 murders, 1 rape
  • 19 November 2002, Shiguai Village, Wangmeng Township, Linying County, Luohe , Henan, 2 murders
  • 1 December 2002, Yanwan Village, Wangpiliu Town, Luyi County, Zhoukou , Henan, 2 murders, 1 rape, 1 seriously injured
  • 6 December 2002, Liuzhuang Village, Renhe Township, Xiping County, Zhumadian , Henan, 5 murders, 1 rape
  • 13 December 2002, Sijia Village, Malan Township, Yanling County, Xuchang, Henan, 2 murders
  • 15 December 2002, Xiaolizhuang, Miaocha Town, Linquan County, Fuyang , Anhui, 3 murders, 1 rape
  • 5 February 2003, Kuzhuang Township, Xiangcheng County, Xuchang , Henan, 3 murders, 1 rape, 1 seriously injured
  • 18 February 2003, Chiying Township, Xihua County, Zhoukou , Henan, 4 murders, 2 rapes
  • 23 March 2003, Chengguan Town, Minquan County, Shangqiu, Henan, 4 murders, 1 rape
  • 2 April 2003, Sanlizhai Village, Taoyuan Town, Cao County, Heze, Shandong, 2 murders
  • 5 August 2003, Lidao Village, Xingtai, Hebei, 3 murders
  • 8 August 2003, Dongliangxiang Village, Qiaoxi District, Shijiazhuang, Hebei, 5 murders


Setakat ni, ini je cerita pasal yang Xinhai yang kakak boleh sahre kat korang. Semua ni hasil pembacaan kakak dari beberapa artikel dan berita.


Sumber :


No comments:

Post a Comment