05 September 2023

Masih Punya Kasih




Dia insan paling aku mahu
Lelaki paling aku sayang dalam dunia ini
Orang paling aku faham sikap dan tingkah laku
Terpaling aku simpan dihati dan disisi

Mengapa bahagia itu pudar begitu sahaja??
Mengapa ada pedih tak duindang menyelinap ruang rasa??
Mengapa berikan aku cinta andai akhirnya kecewa??
Mengapa ikatkan aku dan dia??
Mengapa kesakitan yang kau berikan dipertengahan cerita??

Kisah aku dan dia 
Baru separuh jalan meniti bahagia
Datang kesakitan membelah jiwa
Hingga pedihnya menikam seluruh raga

Cinta yang aku juangkan atas landasan akad yang suci
Akhirnya terbengkalai dipertengahan ujian Illahi
Aku masih mahu dia yang menemani
Masih membayang dia dihujung usia nanti
Masih ada rasa dan kasih yang aku semat dilubuk hati
Masih mahu disisinya meniti hari

Selama ini, dalam kesakitan itu aku berdoa
Agar ditunjukkan jalan kepada segalanya
Ketika Allah memberi luas jalan perpisahan depan mata
aku kalah dengan emosi dan cinta manusia
Mengharap ada sinar untuk kami berdua
Sedangkan akulah yang meminta
Untuk dipersembahkan apa yang ada sebalik semua perkara


No comments:

Post a Comment