31 December 2016

Genting Sempah Old Road View


This place they called it Menara according to cable tower  Its located at Genting Sempah old road. 
The road was zig zag and seriously, for the person like me, i couldn't take it.
Orang mabuk darat lah katakan.

Its happened yesterday.

Actually it was a long time i did not visit this place.
But yesterday, 
I went there again.


Actually its a hilly road. And this menara located on the top of the hill. From menara, you can see Karak Highway. you can seat (actually it was dangerous), and you can enjoy the view. 
There is green and peaceful there.

I am sorry that i could not give you any link for you to refer to.
Because this place is not an open place to visit.



30 December 2016

Tahun Baru dan Semakin Tua


Entah..
Lupa bila kali terakhir aku berseronok menyambut kedatangan tahun baru..
Lupa dengan siapa aku bertahun baru..
Lupa apa motifnya menyambut tahun baru..

Meningkat usia..
Begini lah ia..
Senyum aku sendiri..

Setidaknya, 
Aku pernah diberi peluang mengharungi nakal..
Aku berpeluang menimba pengalaman..
Aku berpeluang berseronok..
Aku berpeluang mengenal apa itu jahat dan baik..
Aku berpeluang mencari identiti sendiri..

Muda..
Kau sudah berlalu..
Kini tua menjengah padaku..
Tua..
Kau tahu apa aku mahu..
Kau membuktikan apa itu hidup dalam aku..
Kau bakal membuat aku jadi aku !!

Selamat tahun baru semua..
Semoga saja kalian semakin tua seperti aku..
Tidak seronok pula tua berseorangan..
Sekian..

24 December 2016

Canopy Walk at Bukit Nanas Reserve Forest.




It has been along time i have stay here, almost everyday lalu lalang depan pintu masuk Bukit Nanas Reserve Forest ni tapi, tak pernah pun menyinggah. Apatah lagi nak menjengah.
aku pandang lesu saja kat hutan kecil tu.



"Itu cuma hutan kecil ditengah kota" Bentak hatiku.
And suddenly.
I felt like, i was wondering, what they have inside that little woods? 
What exactly it looks alike?

Then i tried to find a time to visit Taman Eco Rimba Bukit Nanas Reserve Forest. 



I went there. The main activity in Taman Eco Rimba Bukit Nanas Reserve Forest, a canopy walk. When i walked in, i saw the peaceful. Green. Since i am the one who love nature, then this place really suit me.



I spent almost a day in there. Just to breathe a fresh air. Luckily i was bring my home made food. Sandwiches, fruits, fried mee and water. So, after i walked i take a rest and do some exercise. Then sit down and eat.



If you would like to go there, make sure you wear appropriate clothes and bring your own water.
Below is the website link :

The address :

Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia










19 December 2016

Sassorosso Italian Restaurant


My office have arranged for the Christmas Lunch at one of Italian Restaurant located at Jalan Yap Kwan Seng Kuala Lumpur

There is nothing to share about actually, it just a happy colleagues sharing a Christmas present. We need to draw a name. And when we got the name, we have to buy a give the person. Then its a secret present which we could not put our name on it.

So we switch a present. It was awesome !

Okay, lets talk about the food they served.

I choose to order below there dishes :

For the appetizer, i choose to have a Chicken Tonnato.
Its awesome, creamy, thick and the taste was perfect !!


For the main course, i choose to have 
Homemade Lamb Shank with Mushroom Gravy and Mashed Potatoes.
It taste very good i tell you. you guys out there should try this !


For the dessert,
caramel Pudding


of those all, i do love the garnish. the way they present the food.
Its make me feel like "can eat that now?"

and even now, when i see the photo, i feel so hungry.

For all of you who would like to visit this place. Please refer to the link below :


9, Lorong Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Open from 12pm to 3pm, 6pm - 12am



01 June 2016

Kucing Demam



Demam kuning atau Jaundice biasa berlaku pada kucing..demam kucing adalah wujudnya kekuningan pada bahagian badan berpunca dari peningkatan kandungan bilirubin dalam darah..tanda-tanda adalah wujudnya kesan kuning di dalam mata, gusi, kulit dan bawah cuping telinga..kekuningan ini baisanya datang dengan perlahan sehingga kelihatan jelas..

Biasanya kucing akan mengalami tidak selera makan, gusi pucat atau kekuningan, air liur meleleh, berak cair dan terkadang bercampur darah, muntah, dehydrated. Kucing juga boleh hilang selera makan pada satu jangka masa yang panjang. Kita perlu paksa mereka makan dan minum menggunakan srynge..jika kucing sudah mula makan, bermakna demamnya sudah kebah dan segala kekungingan tadi bakal beransur hilang..

Dari hasil pembacaan saya, ada 2 penyebab utama kepada jaundis..

1. Prehepatik (prehepatic) - merujuk kepada masalah yang wujud sebelum darah tiba ke hati seperti sel darah merah musnah atau pecah. Selalunya disebabkan oleh:
Parasit darah - haemobartonellosis, cytauxzoonosis
ubat-ubatan
reaksi selepas pemindahan darah
immune-mediated haemolytic anaemia
cacing dalam jantung (jarang berlaku pada kucing)
rendah paras fosfat dalam darah

2. Hepatik (hepatic) - masalah pada hati itu sendiri (kegagalan hati menjalankan fungsinya)
Penyusupan lemak pada hati (hepatic lipidosis)
hepatitis, cholangitis, cholangiohepatitis (korang google eh...nanti tau ler apa maksud nama2 tu...)
Toxin atau keracunan oleh logam berat dan sesetngah racun serangga untuk membasmi parasit luaran.
Ubat-ubatan seperti diazepam, griseofulvin, acetaminophen
Kanser hati
Cirrhosis - keadaan bilamana hati telah rosak teruk
Penyakit disebabkan oleh virus, bakteria dan protozoa

3. Post hepatik
Jangkitan pada pankreas
Masalah pada pundi hempedu - tersumbat, batu hempedu
Jangkitan pada usus kecil yang boleh menyebabkan salur hempedu tersumbat atau pengaliran hempedu terhalang

Vaksin kucing anda secara berkala untuk merendahkan risiko terkena penyakit ini.

29 May 2016

Sawan Kucing




Ia berlaku secara tiba2 dan tidak terkawal tingkah lakunya seperti, kekejangan, lidah terjelir, airliur melelh, berguling kesakitan, gigi/rahang mengetip berbuih mulut etc..ia adalah gangguan sementara aktiviti neurochemicals dalam otak yang membawa kepada kehilangan kawalan semua otot.

Antara sebab da punca :

1) Keracunan
Keracunan yang tahap kronik iaitu keracunan dari strychine, bahan antibeku (etilena glikol), plumbum / lead (terutama dari cat), racun serangga (yang mengandungi organophosphates) cenderung menyebabkan sawan dengan tanda-tanda seperti lelehan air liur dan otot yang bergerak-gerak kekejangan serta racun tikus.

2) Memberi Makan Ikan Mentah
Ikan mentah mengandungi thiaminase iaitu sejenis enzim yang memecahkan thiamine (vitamin B). Thiamine diperlukan untuk fungsi sistem saraf yang normal. Kehilangan thiamine dari sistem badan kucing akan mengakibatkan sistem sarafnya gagal berfungsi.

3) Kecederaan
Kecederaan dibahagian kepala yang mengakibatkan gangguan tisu otak akibat hentakan kuat kerana kemalangan, pukulan dengan objek tumpul atau keras.

4) Epilepsi
Adalah serangan sawan yang berlaku secara berulang berpunca gangguan otak. Ianya disebabkan oleh pengaruh luar seperti trauma atau kecacatan dalam neurochemicals di dalam otak.

LANGKAH AWAL KETIKA SICOMEL DALAM KEADAAN SAWAN

1) Menyelimutkan sicomel yang mengalami sawan sambil memegangnya untuk menenangkannya serta untuk mengelakkannya mencederakan dirinya serta sesiapa yang berhampiran.

2) Bertenang ketika membantunya ketika sawan kerana melihat keadaannya menjadikan satu pengalaman yang agak menakutkan, tetapi kebanyakkan sawan tidak mengancam nyawa. Mungkin berlaku berulang-ulang kali.

3) Sebarang objek berhampiran sengannya perlu dijauhkan supaya tidak akan mencederakannya kerana tindakbalas agresif darinya yang tidak menentu.

4) Selepas selesai dan reda sawannya, secara perlahan-lahan / lembut mengusap-usapkannya untuk menyakinkannya tentang kehadiran anda kerana sistem otak / sarafnya baru mula berfungsi normal untuk elakkannya berasa ketakutan /panik. Pastikan lampu dan bunyi pada tahap minimum kerana otak adalah sangat sensitif.

P/s : anda yang mempunyai kucing sawan, saya mohon sangat, potong kuku kaki tangan dan potong taring, agar dia tak mencederakan dirinya serta orang/haiwan sekelilingnya. dan bila ia berlaku memudahkan anda untuk mengangkat serta cool down kan dia tanpa cedera. please sangat.

16 April 2016

Garam Bukit Untuk Kucing / Rock Salt for Cats




Bagus di beri minum air garam bukit sesudu besar sehari untuk bulu yang cantik dan ada banyak khasiat lain termasuklah mengelak dari pelbagai jenis penyakit. Juga bagus untuk menghilangkan kutu kucing dengan memandikan kucing bersama airgaram bukit ini..

It is good for our cats to drink a spoonful of salt a day for a beautiful hair and there are many other benefits including avoiding various diseases. It is also good to get rid of cat lice by bathing the cat with this rock salt..

11 March 2016

Hati itu Pilu



Malam ini hujan membasahi bumi.. Langit seakan memahami hati aku kini..
Entah, semuanya baik belaka.. Tapi, ada sekelumit perasaan dalam hati ini tidak keruan.. Mudah benar tersentuh.. lebih halus dari biasanya.. Lebih kecil dari sebelumnya..

Tidak ada apa-apa yang mengundang kepiluan hati ini.. Aku sendiri tidak pasti apanya ia !! Cuma merasa ada sesuatu yang tidak kena.. Sesekali ada air jernih yang berlinang bertakung di mata.. Ku seka pantas agar ia tidak memanas ke pipi..

Bukan lelaki itu puncanya !! Bukan !! Bukan !! Bukan dia yang menjadi puncanya.. Antara aku dan dia, kami baik-baik saja !! Jika kalian fikir ada kenangan yang berserpihan di fikiran.. Itu juga bukan puncanya !! Jauh sekali !! Bukan itu !! Aku sendiri tidak pasti !!

Lebih baik aku pejam mata !! Biar aku layankan saja perasaan ini.. biar aku terlelap dengan kepiluan hati.. Moa saja esok pagi aku bangun tanpa kesedihan tidak berasa ini lagi !! Selamat malam semua.. jika punya pendapat apa-apa, tinggalkan saja di ruangan komen.. Akan aku luangkan masa esok hari membacanya.. Terima kasih semua..

07 March 2016

Bermonolog Dengan Rindu



Duduk di birai katil, menyelak sedikit langsir biar ada ruang menjengah langit..
Langit kota walaupun nampak gelap..bermerah-merah menompok-nompok..mungkin kesan dari caj arusan elektrik untuk lampu lampu yang menerangi di seluruh kota..kawasan block rumah aku yang tinggi dan bersebelahan bukit menyebabkan angin sejuk menusuk ke tulang putih..sejenak mata mencari di mana sweater aku..capai dan pakai..sedikit hangat..kopi ku hirup perlahan..hangat..kipas tak berpasang..tapi sejuknya Allah maha tahu..
Sejak akhir-ahir ini jiwa seakan cepat di datangi sepi..cepat di landa keresahan..bukan sengaja tapi seolah ada yang tak kena..biarpun jenuh cuba berbaring melayan rasa, mata susah nak terpejam..
Biarpun di paksa-paksa, mimpi bagai benci menghadir di minda..
Ada rindu yang cuba menjengah hati..malas hendak di layan..biarkan rindu terus mengetuk pintu hati itu..jiwa menyampah pada rindu..selalu cuba datang mengganggu hati..kadang-kadang menjemput sekali air mata..sedangkan rindu selalu berlalu pergi tanpa menoleh hati yang terluka..
aaaaah..si rindu memang begitu..sesekali datang menjengah tanpa sedikit belas..kadang-kadang rindu selalu membuat onar sehingga minda terpujuk membolak balik kenangan indah..selepas air mata berlinangan..sakit pun menyinggah, si rindu tanpa segan silu pergi tanpa seucap salam..
Saat itu, sepi saja yang setia menemani..seolah sepi faham yang hati sedang dilukai..lalu minda mula terasuk badi..membolak balik pula kenangan pahit..jiwa mula membenci..aaaahh..si rindu tadi lah puncanya !! bilang si jiwa..sang naluri pula terpujuk-pujuk si hati..memberi semangat agar tidak terluka lagi..air mata pun mula mengering..saat itu tidur bagai tahu tugasnya..datang dan menyapa muka..biar terus terlelap..bersisa-sia air mata di pipi..roh sudah lari dari diri..mimpi mula memasuki ruang minda..entah apa episod mimpi kali ini..terkadang episod nya hampir sama..
 Adakalanya rindu juga membuat onar dalam mimpi..mula lah minda bermain dengan mimpi dan menjemput lakaran-lakaran lama menerjah sekali..bermain-main sehingga hati terguris dalam tidur..aaaarhh..rindu ni, selalu ada di mana-mana..tidakkah dia tahu betapa jasad letih melihat dia membuat onar sedemikian rupa??
Dasar rindu tidak punya akal !!!
Kadang-kadang saat terjaga, air mata masih terasa basah..benci..kadang-kadang terjaga bersama sendu..seolah perit benar rasa hati dalam mimpi tadi..terkadang bangun kerana terkejut akan wajah yang tiba-tiba menerpa..
Arrrhhh..rindu..rindu..mengapa kau selalu begini??
Bila terjaga begitu, mulalah lappy di cari..menaip bait-bait rindu di kotak Faacebook..atau mungkin di blog sini..bukan apa, di twitter suntuk patah perkataannya..akan jadi susah di fahami..lagi pula jarang ada orang yang berjiwa halus di twitter..maka bimbang ada bait patah aku tak meresap ke minda..apatah lagi nak di hadam di hati..
Bukan semua faham bait patah kata aku..bukan semua menjiwa..ada yang kata aku sakit jiwa kerana bermain dengan kata-kata..arrrrhh..rindu punya salah..sehingga aku bermain kata-kata bunga..sehingga kalian tidak dapat menghalusi maknanya..
Sudah lah..terlalu penat aku bermonolog dengan rindu..semoga saja malam ini dia tidak punya kesempatan menular ke hati !!

27 January 2016

Rindu Pada Kalian



Aku rindu pada ruangan ini !!
Ya !! blog ini yang aku rindukan.. Bukan selalu dapat jogetkan jari di keyboard ini hanya semata-mata untuk blog !! Bukan senang mencuri masa membaca semula apa hasil penulisan aku sendiri !!

Aarrghh..kerinduan !!
Maaf pada kalian, sudah tidak ada lagi bahan untuk kalian baca disini.. Telah aku simpan semuanya kedalam Draft File..hanya untuk renungan dan bacaanku sendiri !! Bukan lagi untuk tatapan kalian.. Aku punya sebab tersendiri berbuat begini !!

Menjaga hati orang tidak mudah !! Biar hati aku yang terluka, asal bukan manusia lainnya yang terasa !!

Aku juga belajar.. Belajar dari kesilapan lama.. Mungkin saja faktor umur yang membuatkan aku lebih banyak berdiam diam berbanding bercakap..lebih banyak senyum dari ketawa terbahak..lebih banyak menyimpan dari meluahkan !!

Aku tidak sedih.. apatah lagi lara !! aku gembira.. sama seperti kalian semua !! Cuma aku mungkin sedikit menyei didalam laman sosial.. Aku terlalu sibuk dengan dunia nyata !! Ya, banyak perlu aku uruskan kini !! Maklumlah, dalam umur sebegini tua, aku terlalu banyak benda hendak dilakukan sebelum mencapai 35 tahun !! Aku punya cita-cita !! yang jauh lebih penting dari selembar entry di blog ini !!

Arrrghh..begitu selfish kata-kata itu !! Tapi itu;ah kebenarannya !! Aku rindu pada kalian.. Rindu pada kalian yang seringkali melawat di lembaran cerita dunia aku ini !! Entah masih sudi atau tidak kalian pada ruangan aku ini..

Aku senyum, disini aku berkongsi rasa dan cerita bersama kalian.. Aku tidak pernah peduli siapa kalian, apa tujuan kalian membaca lembaran ini, aku juga tidak kisah jika kalian menjadikan isi ruangan ini sebagai cerita untuk kalian mengumpat tentang aku !! Sumpah !! Aku hanya mahu berkongsi rasa..dan kalian, kalianlah teman aku walau aku tidak pernah tahu !!

Terima Kasih !!