22 September 2017

Naungan Hati Part 3





Tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh Nuha. Hari dimana dia harus tinggalkan kampung itu, meninggalkan Pak Samad, Mak Zah dan Adi meneruskan kehidupan tanpanya disisi. 

"Ingat pesan mak Nu, jaga tingkah laku, jaga bicaramu, jada lidahmu, jaga pergaulanmu, jaga maruah dirimu, tempat orang, ditengah bandar besar sebegitu terlalu banyak dugaannya nak" Mak Zah teresak-esak memesan sambil mengusap lembut belakang anak perempuannya.

"Muda, darah panas, hati nak mencuba segala benda. Tapi kita ni didatangkan dengan akal Nu, buat keputusan dengan mengambil kira segala segi nak ya." Pak Samad memeluk Nuha erat.

"Tunggu sana, nanti turn Adi pulak ikut kakak" Adi nampak keras diluar, tapi jiwanya sebak terpaksa berjauhan dengan satu-satunya adik-beradik yang dia punya. Kakak yang juga kawan dan tempat bergurau senda.

"Kau jangan cari pakwe ya" Mariam mencuit hujung hidung Nuha sambil ketawa. Pecah sunyi dengan sahutan tawa yang lainnya. 

"Nu pergi dulu ya Mak, Bapak, Adi dan semua" Satu persatu tangan disalam dan dicium. Langkahnya disusun bersemangat menuju teksi Pak Halim yang akan membawanya ke pintu gerbang UIAM.

Pendaftaran bermula, seluruh dewan penuh sesak dengan manusia. Yang terjerit-jerit ada, yang sedu-sedan ada, yang berdiam buat hal sendiri pun ada. 

Nuha mengekori salah seorang fasilitator dihadapannya untuk ke bilik yang disediakan buat dia serta 3 lagi kawan lain yang bakal menjadi rakan sebiliknya.

"Ni bilik kamu berempat. Semua sudah besar, belajarlah bekerjasama. Jangan kerana hal kecil kamu berempat menjadikan masalah antara satu sama lainnya. Kita disini datang untuk belajar dan mencari pengalaman hidup. Bukan untuk mencari musuh, apatah lagi untuk bergaduh. Faham?"

"Faham" serentak Sarah, Nuha, Azila dan Murni bersuara. Masing-masing bertukar pandangan kerana tak sangka sahutan mereka serentak. Sarah dan Azila ketawa kecil, dituruti Nuha. Murni hanya mengangkat kening lalu masuk kebilik.

"Yang katil ni aku nak. Aku tak sesuai duduk dikatil bawah dan aku nak berdekatan dengan tingkap supaya aku bernafas." Tegas suara Murni.

"Saya yang mana-mana pun tak apa. Hai semua, nama saya Nur Sarahawani. Boleh panggil Sarah." Sara meletakkan begnya di katil bawah Murni.

"Aku Nur Azila. Aku budak Semenyih. Aku pun tak kisah katil mana-mana. Asalkan aku boleh tidur. Oh ya, aku suka tidur." Azila ketawa dan sahut oleh Nuha dan Sarah. Murni masih sibuk memasang cadar.

"Saya Nuha Hadiqa, saya dari Sungai Manik, Perak. Saya ambil katil bawah sini boleh?" Nuha merenung tepat kearah Azila. 

"Boleh. Saya okay. Kau nama apa?" Azila memaling kebelakang menghadap Murni. 

"Aku Murni. Aku budak sini-sini je. Aku asal Gombak. Aku tak suka bising. Aku tak suka orang dengkur. Aku tak suka orang gedik-gedik. Buat cool je dah." Murni memandang sekilas tiga rakan sebiliknya sambil mengibas-ngibas bantal yang siap disarung.

"Esok start kita punya minggu orientasi. Kalau tengok agenda macam banyak aktiviti kita kan?" Azila mengomel sambil memanjat tangga untuk ke katil atas lalu merebah perlahan tubuhnya ke tilam.


21 September 2017

Hazel dan Perangai


Dia memang sejenis kucing yang selalu kacau aku tidur malam.
Tapi dah lama jugak dia tak kacau aku tidur malam.

Cuma malam tadi.
Dia mengeow kuat. Aku bukak pintu. Tapi aku tak bukak lampu. 
Dia baringsebelah aku mata bertentang mata, hidung bertemu hidung. Langsung dah tak mengeow.

Tapi ! 
Asal aku tutup mata jek, diamengeow. Aku bukak mata, dia diam. Dia nak aku hadap dia depan mata tu sampai lebam. 
Entah apa punya peel dia buat !

Aku nak marah pun tak mampu, sebab dia punya muka.. tu kesian habis.
Aku bangun bukak lampu. Aku baring balik sebelah dia. Sama. Dia masih baring tak berkedip bijik mata tengok aku. Diam !

Entah mana silapnya. Entah apa kenanya pun aku tak tahu.

Kesian dalam geram aku ni. 

14 September 2017

Ikan jaket dan Asrama

Kalian.

Ada antara kalian merasakan ikan cencaru atau ikan jaket itu bukan ikan standard. Jatuh jauh di bawah kelas atasan ikan. Masih berkelas jika Kembung atau Selar.

Namun.

Tahukah kalian. Bersekolah di sekolah asrama, itulah ikan yang kami nantikan acapkalinya. Bukan anak orang senang, sekolah private yang tiada biaya kerajaan, bersandar kepada dana-dana dari pihak berkaitan dan yuran bulanan dari ibu bapa sahaja.

Kami makan ikan jaket. Segala jenis masakan. Di masak akri, masak kicap, masak gulai lemak, atau digoreng garing. Enak lazat di tekak kami.

Ya.

Kami makan setiap bahagian ikannya. Bukan makan sekadar isinya. Kulit kerasnya, tulangnya, kepalanya di kunyah-kunyah dihisap jusnya dan hanya hampas dibuang !

Kalian bukan seperti kami.

Biarpun ada antara kami anak orang berada, makanan kami tetap sama ! Tidak ada beza antara satu dengan lainnya.

Hidup di asrama. Itulah. Pengajaran awal susah senang diperantauan. Jadi tidak sedikit rasa kekok untuk berdikari di kota selepas habisnya sekolah.

Aku. Paling geli melihat anak-anak mak yang manja sehinggakan nak pergi kolej juga kononnya home sick. ya aku dulu begitu, menangis setiap kali menelefon ayah dan mak. sedih berjauhan. Namun, kelamaan. Terbiasa.

Berdikari bukan mudah. menggalas tanggungjawab diri sendiri.

Alhamdulillah. Aku berhasil dengan berdikari. bukan anak manja terperosok dibawah ketiak mak !

13 September 2017

Kawan atau Lawan?

Tengah berjalan kat KLCC menuju ke Office.

bumped to one of kawan sekolah menengah. Sekampung. Kawan tapi tak lah satu gang pun, Yup aku ada gang. Sedikit nakal dulu. Dia tegur bak mak datin tegur kawan-kawan ni.

Selepas seketika bersalaman berlaga pipi bagai. Come on !

"Kau belum kahwin ya?" Soalan yang terpacul dari dia,

Dan aku macam blur~~ Tak ada ke soalan lain? Tanya khabar ke? Dengan masih jaga santun, aku jawab:

"Belum". Aku jawab lembut-lembut okay.

"Ruginya, kita ni perempuan kena kahwin cepat-cepat, takut expired." Sambil dia tunjuk-tunjuk bahagian bawah perut aku sambil ala-ala bisik dengan sengih ala-ala ikhlas tak ikhlas tu.

Aku tergamam !

"Kau kerja apa?" Dia tanya lagi. Mungkin respon aku tadi yang membisu buat dia bagi soalan lain kot.

Ni biasa lah kan. Aku pun jawab:

"Keje biasa-biasa, company kecik saja"

Dengan lemah lembut dia pegang lengan aku dan separuh bisik.

"Kau dulu kelas 5A2 Ekonomi Asas kan? Fail ke sampai keje kecik-kecik? Eh, kau habis tak sekolah dulu?"

Aku bukan setakat tergamam weyh. Aku macam speechless plus rasa nak lempang muka dia. Tapi taklah lah aku nak jerit pekik kat situ cakap aku lulus dan habis sekolah pulak. Tak perlu nak menyalak !

Aku senyum dan minta izin nak blah, dia tahan aku. Kejap. Konon lama tak jumpa. Dia ni memang perangai macam ni ke dulu, dan aku je tak perasan atau dia ni baru saja berubah jadi macam ni?

Aku okay kan saja lah. Then tak lama tu, husband dia datang. Aku just okay-okay saja la menyapa suami dia. Kenal. Kawan abang aku rasanya atau mungkin kenal-kenal sebaya. Sebab abang aku tak sekolah sama dengan aku. Tapi maybe dia kenal abang aku lah.

Dalam hati :
"La.. Kahwin dengan mamat ni ke? Tak la hebat mana" Sempat aku mengutuk sikit dalam hati. 

Laki dia pun tegur aku balik. siap tanya aku ni adik si abang aku tu kan. Ye kan saja lah. Lepas tu laki dia cakap :

"Kau ni bila nak kahwin? dah tua dah pun. Sudah-sudah lah nak enjoy sangat. Sudah-sudahlah nak berjantan bagai tu. Kahwin, tutup buku. Cukup." Dia sengih dan peluk bini dia. 

Eh. Sekejap !

Laki bini memang mulut macam h***t ke apa?

Jantan? Mana? How many jantan i have that you know? Eh. 

Tapi takkan aku nak hambur kat muka laki tu depan orang ramai? Maruah aku ni ! Takpe, wise people ignore. Then aku jawab santun:

"belum jodoh. macam kau belum ajal. sama. kot kalau tau ajal kau, mesti kau da tunduk mintak ampun kat orang yang kau buat salah. kalau aku tau siapa jodoh aku, tak payah tunggu, Lepas aku keluar dari perut mak aku tu aku dah ajak dia kawen"

Then sembang sikit. Semua yang disembangkan memang tajam menusuk hati. Aku mintak izin nak blah. Aku terus chow !

Ada notification fb kat phone aku. Tengok-tengok laki dia add. Aku accept. Bukan menggatal, tapi aku tahu niat nak stalk tu. so biarkan, stalk lah sampai lebam.

Aku pun whatsap kawan-kawan yang kenal dengan bini dia tu. Mereka pun kata dorang berdua laki bini tu memang suka cakap lepas. Aku pun dah mula okay sikit. Dah memang sikapnya begitu.

Then aku dapat tau pekerjaan laki-bini tu. La, itu saja ke kerjanya? Ingatkan hold big position in a big company which is kau sebut saja nama company, semua orang nganga and pandang kau tak berkelip. Ingatkan jenis gaji paling kecik 10k ditangan.

Rupanya biasa. Lebih biasa dari aku. Cuma lagaknya lebih dari apa kita nampak.

Then aku diam, aku buat entry ni untuk share dengan kau orang, kalau orang tak kahwin lagi, janganlah cakap sebab dia kaki jantan/betina atau memilih atau apa saja yang mengguris hati dia. Kalau dah kahwin tak ada anak, janganlah kata mandul ke, apa ka, cukuplah share perubatan atau teknik atau yang berkenanan sebagai sokongan. Kalau tak mampu membantu jangan menyusahkan.

Jangan perkecilkan pekerjaan kawan-kawan. Kadang kawan yang kau nampak tak berapa okay tu lebih okay dari kau yang luar nampak okay, dalam rupanya OKayoU.

Hopefully this entry can give us motivation and a bit confident when we face a people with this type of character. don't judge book by its cover !

**Gambar sekadar hiasan




07 September 2017

My Kitty Hazel


Lately dia suka sangat kacau aku.

Ya. Kacau yang jenis buat aku rimas tapi terkadang aku layan jugak sebab aku sayang dia.
Di tengah malam, tatkala sunyi tanpa suara, aku dengar suara dia sayup-sayup dari luar pintu bilik.
Dia panggil aku tengah-tengah malam.
Mintak aku buka pintu bilik untuk bagi dia masuk.

Bukan itu saja, kadang dia tetap tak berhenti mengeow. Mulanya aku tak pasti apa dia nak. Dan aku switch on lampu. Dia tiba-tiba senyap.

Aku baring, dia melompat naik kekatil.
Bukan untuk berbaring sama dengan aku. Tapi cuba untuk melompat-lompat tak tentu arah atas katil aku.
Aku cuba pujuk. Dia tak hirau. Semakin ligat dia main. Cuba tangkap jari jemari aku yang terkulai layu. Aku layu sebab aku mengantuk.

Dia gigit-gigit manja jari aku. sedikit jari aku bergerak, dia melompat menyorok di balik bolster. Dan mengintai-ngintai jemari aku lagi, dia aim jari aku, dari balik bolster dia stunt nak tangkap jari aku.

Dia ajak aku main. Main?? Tengah malam?? Mengapa perlu??
Uchik (kucing jantan aku) ada, Anabelle kucing betina bengal aku ada, kenapa aku dipilih untuk bermain tengah malam?

Aku fikir, mungkin malam itu saja. Rupanya, tanggapan aku meleset sama sekali.
Hazel mengacau aku hampir setiap malam. Saat jam mencecah 12-1pagi.

Lelah. Kepenatan aku.
Lalu aku bancuhkan susu. Semoga saja bila dia kenyang. dia ketiduran.

Dan taktik itu berjaya.

Ini aku persembahkan. Video yang aku ambil ketika dia menyusu ! Lucu.



Tiada kesabaran dalam diri, dia mengeow setengah menjerit melihat botol susu. Mengejar kaki aku, bila disuapkan, dia minum puas.

Ya. Anakku Hazel. 

05 September 2017

Gunung Nuang, Bukan Kisah Hiking


Salam.

Actually niat semalam nak hiking Gunung Nuang (gambar adalah kat pintu gerbang entrance trail), tapi tak jadi hiking pun dek kerana cuaca Allahu kejap panas meleting kejap redup gelap.

So kisah ni memang bukan kisah hiking la ye. Its more to visiting saja lah.
Well, Biar aku terangkan apa itu gunung Nuang.

Gunung Nuang is located at Hulu Langat which is a reserve forest of Hulu Langat. This mountain is the highest mountain in Selangor and ists one of the mountain in Banjaran Titiwangsa. There got 3 entrance to this Gunung Nuang, 
1. Hulu Langat
2. Janda Baik
3. Kemensah
But the most popular route or yang orang selalu guna adalah melalui Hulu Langat.

Masa hiking kau orang boleh nampak batu border antara Selangor dan Pahang.
Gunung Nuang berketinggian 1,493meter. Ia memakan masa 6-7 jam untuk sampai ke puncak, dalam pendakian, kau orang boleh nampak akan ada beberapa tempat stop untuk berehat.

Kat Pintu masuk Gunung Nunag ni, kau orang boleh nampak ada pejabat, surau bagai, 


Pondok dalam gambar tu, dalam kawasan roof dia bahagian dalam tu, penuh dengan kelawar, seram ya amat !


Okay disebabkan aku tak dapat nak hiking, aku spend time kat sungai Hutan Liput Gunung Nuang, which is opposite of Gunung Nuanh main entrance.
Tempat yang kau orang boleh tengok kelilingnya semak samun tak terbela.


Air sungai dia punyalah jernih.


Ni dari pondok nak turun ke sungai.

Aku sediakan sedikit Video untuk kau orang tengok kawasan dia. A bit scary but seriously peaceful !
Tapi bahaya untuk anak-anak dara datang sini berkumpulan atau berdua tanpa lelaki. Bahaya jugak bagi mereka yang datang nak merendek kat sini ye.
Line memang clear, cuma takut tersampuk atau ada ular atau binatang berbisa datang kat kau.


This video actually a live video i made for my instagram. You guys who would like to visit my IG or Fb or Twitter can go the this blog sidebar and click to the symbol under "Follow Us"
Or you can see my IG photos on the footer of this entry.

Di sebabkan aku tak jumpa any link yang aku boleh share dengan kau orang, so aku share beberapa blog yang boleh merasuk jiwa korang dan buat korang nak hiking kat Gunung Nuang tu.




Okay, setakat ni, tu saja cerita aku. Aku Rasa esok takde pergi mana-mana. 
Tengok next weekend. Maybe pergi mandi-manda pulak.