22 September 2017

Naungan Hati Part 3





Tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh Nuha. Hari dimana dia harus tinggalkan kampung itu, meninggalkan Pak Samad, Mak Zah dan Adi meneruskan kehidupan tanpanya disisi. 

"Ingat pesan mak Nu, jaga tingkah laku, jaga bicaramu, jada lidahmu, jaga pergaulanmu, jaga maruah dirimu, tempat orang, ditengah bandar besar sebegitu terlalu banyak dugaannya nak" Mak Zah teresak-esak memesan sambil mengusap lembut belakang anak perempuannya.

"Muda, darah panas, hati nak mencuba segala benda. Tapi kita ni didatangkan dengan akal Nu, buat keputusan dengan mengambil kira segala segi nak ya." Pak Samad memeluk Nuha erat.

"Tunggu sana, nanti turn Adi pulak ikut kakak" Adi nampak keras diluar, tapi jiwanya sebak terpaksa berjauhan dengan satu-satunya adik-beradik yang dia punya. Kakak yang juga kawan dan tempat bergurau senda.

"Kau jangan cari pakwe ya" Mariam mencuit hujung hidung Nuha sambil ketawa. Pecah sunyi dengan sahutan tawa yang lainnya. 

"Nu pergi dulu ya Mak, Bapak, Adi dan semua" Satu persatu tangan disalam dan dicium. Langkahnya disusun bersemangat menuju teksi Pak Halim yang akan membawanya ke pintu gerbang UIAM.

Pendaftaran bermula, seluruh dewan penuh sesak dengan manusia. Yang terjerit-jerit ada, yang sedu-sedan ada, yang berdiam buat hal sendiri pun ada. 

Nuha mengekori salah seorang fasilitator dihadapannya untuk ke bilik yang disediakan buat dia serta 3 lagi kawan lain yang bakal menjadi rakan sebiliknya.

"Ni bilik kamu berempat. Semua sudah besar, belajarlah bekerjasama. Jangan kerana hal kecil kamu berempat menjadikan masalah antara satu sama lainnya. Kita disini datang untuk belajar dan mencari pengalaman hidup. Bukan untuk mencari musuh, apatah lagi untuk bergaduh. Faham?"

"Faham" serentak Sarah, Nuha, Azila dan Murni bersuara. Masing-masing bertukar pandangan kerana tak sangka sahutan mereka serentak. Sarah dan Azila ketawa kecil, dituruti Nuha. Murni hanya mengangkat kening lalu masuk kebilik.

"Yang katil ni aku nak. Aku tak sesuai duduk dikatil bawah dan aku nak berdekatan dengan tingkap supaya aku bernafas." Tegas suara Murni.

"Saya yang mana-mana pun tak apa. Hai semua, nama saya Nur Sarahawani. Boleh panggil Sarah." Sara meletakkan begnya di katil bawah Murni.

"Aku Nur Azila. Aku budak Semenyih. Aku pun tak kisah katil mana-mana. Asalkan aku boleh tidur. Oh ya, aku suka tidur." Azila ketawa dan sahut oleh Nuha dan Sarah. Murni masih sibuk memasang cadar.

"Saya Nuha Hadiqa, saya dari Sungai Manik, Perak. Saya ambil katil bawah sini boleh?" Nuha merenung tepat kearah Azila. 

"Boleh. Saya okay. Kau nama apa?" Azila memaling kebelakang menghadap Murni. 

"Aku Murni. Aku budak sini-sini je. Aku asal Gombak. Aku tak suka bising. Aku tak suka orang dengkur. Aku tak suka orang gedik-gedik. Buat cool je dah." Murni memandang sekilas tiga rakan sebiliknya sambil mengibas-ngibas bantal yang siap disarung.

"Esok start kita punya minggu orientasi. Kalau tengok agenda macam banyak aktiviti kita kan?" Azila mengomel sambil memanjat tangga untuk ke katil atas lalu merebah perlahan tubuhnya ke tilam.


No comments:

Post a Comment