15 June 2015

Perkongsian Tentang Kematian




Sebahagian Para Nabi berkata kepada Malaikat pencabut Nyawa. "Tidakkah Kau memberikan Aba- aba atau peringatan kepada Manusia bahawa kau datang sebagai malaikat pencabut nyawa sehingga mereka akan lebih hati - hati? "
Malaikat itu menjawab . "Demi Allah, aku sudah memberikan aba -aba dan tanda- tandamu yang sangat banyak berupa penyakit , uban , kurang pendengaran , penglihatan mulai tidak jelas ( terutama ketika sudah tua). Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya. Apabila setelah datang aba -aba tadi ia tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekal yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya : "Bukan kah aku telah memberimu banyak aba -aba dan peringatan bahawa aku sebentar lagi akan datang? Ketahuilah , aku adalah peringatan terakhir , setelah ini tidak akan datang peringatan lainnya " ( HR imam qurthubi )
Beginilah cara kerja Malaikat Maut
Nabi Ibrahim pernah bertanya kepada Malaikat maut yang mempunya dua mata diwajahnya dan dua lagi tengkuknya . "Wahai malaikat pencabut nyawa , apa yang kau lakukan seandainya ada dua orang yang meninggal diwaktu yang sama; yang satu berada di hujung timur yang satu berada diujung barat, serta ditempat lain tersebar penyakit yang mematikan dan dua ekor bintang melata pun akan mati? "
Malaikat pencabut nyawa berkata: "Aku akan panggil ruh - ruh tersebut , dengan izin Allah , sehingga semuanya berada diantara dua jariku , Bumi ini aku bentangkan kemudian aku biarkan seperti sebuah bejana besar dan dapat mengambil yang mana saja sekehendak hatiku " ( HR abu Nu ' aim )
Ternyata Orang Mati Mendengar Tapi Tidak Bisa Menjawab
Rasullullah SAW memerintahkan agar mayat- mayat orang kafir yang tewas pada perang badar dilemparkan ke sebuah sumur tua. Kemudian beliau mendatanginya dan berdiri di hadapannya. Selepas itu, beliau memanggil nama mereka satu- satu: "Wahai fulan bin fulan , fulan bin fulan , apakah kalian mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kalian untuk kaliab betul- betul ada? Ketahuilah sesungguhnya aku mendapatkan apa yang dijanjikan Tuhanku itu benar -benar ada dan terbukti. "
Umar lalu bertanya kepada Rasulullah . "Wahai Rasul, mengapa engkau mengajak bicara orang -orang yang sudah menjadi mayat? "
Rasulullah menjawab . "Demi Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran, kalian memang tidak mendengar jawapan mereka atas apa yang tadi aku ucapkan , Tapi ketahuilah , mereka mendengarnya , hanya saja tidak dapat menjawab " (HR Bukhari Muslim)

08 June 2015

Keistimewaan #8 – Sunnah Rasulullah saw & Sahabat






Sahabat Rasulullah saw yang mana lagi terkenal dengan kucing jika bukan Abu Hurairah. Kerana kucinglah gelaran Abu Hurairah (Bapa kepada kucing-kucing jantan peliharaannya) itu terus melekat sehingga hari ini.

Bagaimana pula kisah Rasulullah saw dengan kucing?

Nama kucing Rasulullah saw adalah Mueeza. Dikisahkan bahawa Nabi saw sayang pada Mueeza sehingga apabila kucing ini tidur di atas lengan jubahnya, Rasulullah saw tidak mengejutkan kucing ini tadi dari tidurnya.

Mueeza digendong dan selalu diusapkan di atas peha Baginda saw.

Diriwayatkan juga dari Ali bin Hasan dan Anas bahawa Baginda saw pernah membiarkan seekor kucing minum dari bekas wuduk Baginda saw kemudian berwuduk dengan air dari bekas yang sama. Apabila ditanya tentang itu Rasulullah saw bersabda:

“Ya Anas, kucing termasuk dalam perhiasan rumah tangga. Ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Justeru, memelihara kucing bukan sahaja mendapat pahala kerana berbuat baik kepada binatang malah juga mendapat pahala kerana mengikut sunnah Rasulullah saw.

Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Islam menganjurkan umatnya untuk berkasih sayang sesama manusia serta terhadap haiwan dan tumbuhan yang juga tidak terkecuali antara makhluk ciptaan Allah swt.

Tidak kiralah apa jenis pun binatang peliharaan yang anda pilih; ikan, kambing, ayam, arnab,kura-kura dan burung. Ingat, berbuatlah ehsan kepada mereka dan berkasih sayanglah.

Sesungguhnya inilah sikap terpuji seorang mukmin. Bagaimana? Seronok kan menjadi tuan kucing?

07 June 2015

Keistimewaan #7 – Dimurahkan Rezeki




Apabila memelihara kucing diniatkan sebagai sedekah, maka kelebihan-kelebihan sedekah juga akan diterima oleh tuan kucing.

Antara ganjaran yang sering menjadi pendorong dalam bersedekah adalah janji Allah swt untuk melipatgandakan pulangan sedekah dengan rezeki yang melimpah-ruah.

Saya berani katakan janji Allah swt ini sangat benar kerana bukti di depan mata saya sendiri. Rezeki harta adik perempuan saya yang sangat mencintai kucing dan paling berlemah-lembut kepada kucing sangat luas dan melimpah ruah berbanding saya yang biasa-biasa saja.

Sebelum keluar keputusan SPM, adik saya sudah mendapat tawaran sambung belajar dengan biasiswa penuh. Sebelum keluar keputusan ijazah, adik saya sudah mendapat kerja di Petronas. Keputusan akademiknya sangat cemerlang, kerja sekarang bergaji besar.

Alhamdulillah sudah berumahtangga dan dikurniakan cahaya mata. Sudah memiliki berapa buah rumah? Tak perlu saya kongsikan, percayalah memang murah rezekinya. Saya dan mak selalu berkata, Ummu Hurairah yang sentiasa didoakan kucing kerana kasih sayangnya pada kucing.

Ya, boleh jadi kerana doa kucing hidup kita aman. Kucing adalah haiwan yang memiliki perasaan dan kucing juga boleh mengadu dengan Allah swt tau. Saya bukan mendakwa tanpa asas tetapi melalui kisah Rasulullah saw sendiri.

Ya’la bin Murrah menceritakan kisah seekor unta yang datang kepada Nabi dengan berlinangan air mata.

Rasulullah bertanya: “Di mana pemilik unta ini? Ia mengadu kepadaku banyaknya kerja dan sedikitnya makanan yang diberikan kepadanya. Berbuat baiklah kepadanya.”

Riwayat Ahmad

Ini kisah unta yang mengadu pada Rasulullah saw tentang layanan yang diterima dari tuannya. Apakah mustahil bagi haiwan lain seperti kucing untuk mengadu kepada Tuhan tentang tuannya? Apakah mustahil bagi kucing untuk mendoakan terus kebaikan tuannya kepada Tuhannya?

06 June 2015

Keistimewaan #6 – Mendapat Pahala





Siapa kata berbuat baik pada binatang tidak mendapat apa-apa ganjaran? Mari kita renungi dulu ayat Al-Quran di bawah ini:

aliimran190
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Ali ‘Imran: 190)

aliimran191
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Ali ‘Imran: 191)

Tidak ada satu pun yang dicipta Allah swt itu tanpa tujuan termasuklah haiwan. Mengikut Ahmad Syakir dalam Umdah al Tafsir ‘an al Hafiz, 1/772, Dar al Wafaa’ (2003), semua haiwan di hari Kiamat kelak akan menjadi debu.

Di situlah penamatnya. Tetapi kita sebagai manusia akan ditimbang segala amalan untuk ditentukan kesudahan Neraka dan Syurganya.

Jadi kehadiran kucing bukan sahaja sebagai binatang peliharaan yang mengisi kekosongan jiwa kita tetapi juga sebagai wadah untuk menuai ganjaran pahala daripada Allah swt.

Menyantuni kucing bukan hanya perbuatan kosong tapi amat besar nilainya di sisi Allah swt seperti sabda Rasulullah saw:

Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum.

Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekot anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilat debu kerana sangat haus.

Lelaki itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi.” Lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi sepatu kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali.

Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. Allah berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya.

Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapat pahala kerana binatang-binatang seperti ini?”
Rasulullah saw menjawab: “Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.”

Riwayat Muslim

04 June 2015

Keistimewaan #4 – Mendisiplinkan Diri & Membentuk Sifat Bertanggungjawab





Boleh ke jadi seorang yang berdisiplin bila memelihara kucing? Nampak seperti mudah tapi ada beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh tuan kucing sebenarnya.

Kucing harus diberi makan dengan teratur. Jadi tuan kucing mesti tahu bila dan berapa jumlah makanan yang perlu diberikan kepada kucing-kucingnya. Bila kucing dijaga dari kecil, corak pemakanan yang berbeza juga perlu peka.

Ketika bila kucing berhenti menyusu dan waktu bila boleh diberi makanan pepejal adalah antara matlumat penting untuk memastikan kucing membesar dengan sihat dan kuat.

Ini belum ambil kira soal imunisasi kucing, jadual makan ubat dan temujanji doktor tau.

Selain itu, kucing yang dijaga dari kecil perlu dilatih untuk membuang najis di tempat yang disediakan atau di luar rumah.

Maka tuan kucing mesti komited dan berdisiplin untuk menunjukkan perkara ini sehingga kucingnya pandai menjaga kebersihan diri.

Tambahan pula, jika kucing tidak menjaga soal kebersihan dan menganggu harta benda orang lain (mencuri ikan, ‘menanda kawasan’ di tempat orang dsbg), tuan kucing harus bertanggungjawab dengan tindakan kucingnya.

Ya, jadilah seorang tuan kucing yang bertanggungjawab dan tahu menghormati hak jiran tetangga. Fahamilah bahawa mungkin jiran anda alahan dengan kucing atau bau-bau ‘kotoran’ kucing anda boleh menganggu ketenteraman awam.

Ini belum ambil kira soal memberi mandi kucing, mengemas bulu dan memotong kuku lagi tau (lain spesis kucing, lain keperluannya).

Bila semua ini dilakukan, bukankah anda jadi seorang yang berdisiplin dan bertanggungjawab?

Detox Water


Many of us who are looking for quick way to get rid of accumulated fat in our body. Now, you no longer need to worry, there is a faster way to solve this problem with only a drinking water that we called a detox water.

To make this detox drink, you will need the following ingredients:

8 ½ cup water
1 teaspoon of grated ginger (or one tablespoon of an organic root ginger powder)
1/2 cucumber, thinly sliced
1/2 lemon, sliced ​​thinly
12 mint leaves


How to do it:

Mix all ingredients and mix well. Remove the lemon slices, ginger and mint leaves before pouring the drink into the glass. 
I suggest you take this drink for the whole day. 
If you could not finished it in the same day, you can keep it in a refrigerator, 
it will last up to two days.
You can take this drink every day in 4 weeks, as it is safe and hydrating.

How it works and why is it so effective?
All of the ingredients listed above have various health benefits and cleaning effects. The combination able to produce healthy bomb which help cleanse the body and help remove fat.

Now let's see the benefit contained in the ingredients we've been using.

Cucumber:
Cucumber is low in calories, acts as a diuretic, rich in dietary fiber and helps maintain body alkali. Cucumber is the ideal diet for weight loss.

Ginger
In a study conducted at the Human Nutrition Institute at Columbia University point out, when an individual drinks hot ginger, they feel fuller and have less chance of over-eating.

Lemon
Although lemon essentially contains acid, but when processed in the human body the result is in alkaline salts. Lemon contains both citric and ascorbic acid, weak acids easy to be metabolized in the body allowing lemon mineral content to assist in blood transfusion (ph optimal blood is: 7.35 - 7.45). The blood with low PH than that is a very fertile for for cancer cells and bacteria thus it will cause many disease.

Peppermint
You may not even think that mint is detain your appetite . But in fact it is. Peppermint not only gives you fresh taste but also reduce your appetite.

Water
You should all know the benefits of drinking enough water. Water supports our lives, hydrates the body, relieves joints and muscles during exercise, and if you drink regularly and constantly, it reduces your appetite.

There is the detox drink recipe from me, actually you also can google a keyword "detox drink" which you can find many other recipe and ingredients. 

Thank you for reading my blog and see you in the next entry.

03 June 2015

Keistimewaan #3 – Saling Berkasih-sayang




Anda ingin melihat contoh kasih sayang yang tak bertepi? Peliharalah kucing. Kucing menyayangi tuannya tanpa syarat.

Betapa sayangnya seekor kucing pada tuannya, tidak kucing itu benarkan tuannya melakukan derhaka pada Tuhan. Kenapa saya kata begitu?

Waktu Subuh saya dikejutkan oleh kucing yang paling rapat dengan saya. Selagi tak bangun, selagi itulah kucing hitam ini akan berbunyi dengan nyaring betul-betul di telinga sambil menjilat-jilat telinga saya.

Sebaik sahaja saya mengalah dan bangun bersolat, barulah kucing ini berhenti mengganggu. Haiwan dan tumbuhan itu kan makhluk Allah yang paling redha pada ketetapan hidupnya dan paling kenal siapa Tuhannya.

Di sini saya belajar suatu yang bermakna dari kucing, jangan ingkar pada Tuhan.

Satu lagi kisah mengenai kasih sayang kucing. Kucing mempunyai deria bau yang tajam berbanding manusia.

Apabila terdapat sel-sel kanser di dalam tubuh tuannya, kucing akan cuba memberitahu tuannya itu agar membuat pemeriksaan di kawasan yang menjadi tumpuannya itu (isyarat secara bahasa kucing: mengiau, meminta perhatian dan sebagainya).

Kes-kes seperti ini banyak dilaporkan oleh pertubuhan kesihatan di luar negara.

Apa lagi tanda kasih sayang kucing kepada tuannya? Kucing akan pastikan rumah tuannya bersih dari haiwan perosak seperti serangga, cicak dan tikus.

Mana ada kucing yang akan membiarkan haiwan-haiwan ini bebas berpeleseran di rumah tuannya. Lepas tangkap, kucing di rumah kami akan tunjukkan hasil tangkapan itu kepada kami (kucing-kucing kami tak makan buruan ni).

Sebagai tanda terima kasih, kami upah pula dengan pujian, usapan dan makanan yang enak untuknya.

02 June 2015

Keistimewaan #2 – Menjaga Kesihatan Fizikal




Tahukah anda bunyi dengkuran kucing dapat membantu memulihkan kecederaan tulang dan otot?

Hasil pemerhatian juga menunjukkan bahawa pesakit yang sentiasa berdampingan dengan kucing akan dibenarkan keluar lebih awal dari hospital, kurang temujanji dengan doktor dan kurang menghadapi risiko untuk mendapat serangan jantung atau strok.

Bagaimana ini boleh terjadi?

Aktiviti dengan kucing dapat merendahkan rembesan kimia bernama cortisol di dalam badan. Kadar cortisol yang tinggi akan meningkatkan tahap kolestrol dan tekanan darah.

Ini akan mengundang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular. Jadi penurunan kandungan bahan kimia cortisol di dalam badan akan meningkatkan tahap kesihatan apabila risiko terhadap penyakit-penyakit ini boleh dibendung.

Secara tidak langsung, keadaan dan fungsi badan dapat bekerja dengan optimum yang seterusnya membantu proses penyembuhan pesakit.

01 June 2015

Keistimewaan #1 – Terapi Mental dan Emosi yang Baik



Keistimewaan#1 – Terapi Mental dan Emosi yang Baik

- Kajian mendapati, mereka yang berada di dalam keadaan kemurungan mampu pulih dari keadaan ini apabila bercakap dan berinteraksi dengan kucing. Bukan itu sahaja, aktiviti membelai kucing dapat mebantu menurunkan tekanan dan stress pada diri anda. Hanya 15 hingga 30 minit masa berkualiti yang diluangkan dengan kucing, anda telah berjaya mengurangkan tekanan saraf dan membaiki mood anda.

Anak-anak yang menjaga haiwan peliharaan dari kecil dilihat lebih berkeyakinan diri, pandai berkongsi dan bijak bekerjasama. Mereka dilihat mempunyai kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain selain memiliki tahap EQ yang tinggi berbanding kanak-kanak seusianya.

Selain itu, kucing juga merupakan haiwan yang boleh digunakan dalam merawat pesakit yang menghidapi trauma. Kanak-kanak autism juga didapati memberi respon yang positif dalam sesi terapi dengan kucing.

p/s : Kami akan kongsikan keistimewaan 2,3,4,5,6,7 & 8 setiap satu/dua jam dari sekarang dengan gambar2 kucing yang lebih comel..tunggu~~~

29 May 2015

ANIMALS BRAIN CANCER





If your pets pressing their head to a wall, with no apparent reason. This generally indicates damage to the nervous system, which may arise from several different causes, including the prosencephalon disease (where the front brain and the thalamus part of the brain are damaged), or toxic poisoning.

There is no specific evidence to any particular breed of cats or certain age levels that are at higher risk for this condition. It may happen to any cats.

Other symptoms that may be seen include compulsive rate and twist arouns, changes in behavior, seizures, damaged reflection measures, and vision problems. Some of these symptoms can lead to injuries, for example, foot or face or head due to pressing the head against the wall for a long time.

There are several reasons why cats may find it necessary to press their head, depending on the main cause that leads to these symptoms. Possible reasons may be metabolic disorders, such as hyper or hyponatremia (too much or too little sodium in body plasma), primary or secondary tumors (meaning tumors in the brain vs. tumors located elsewhere in the body), or nervous system infections such as illness Crazy dogs or fungal infections. Other causes may include head trauma, such as from car accidents, or from exposure to toxins, such as lead.

A major diagnostic procedure in animal cases pressing their head, including the fundic examination of the retina and other structures behind the eyes, which may show infectious or inflammatory diseases, and expose the brain's irregularities. Another test, is the measurement of blood pressure to test high blood pressure, and computerized tomography (CT) or magnetic resonance imaging (MRI) of brain scan. 

The veterinarian analyzes urine (which can expose the problem with the metabolic system), and tests for blood plumbum (which can show toxins in the system).


You need to give a deep history / journey about your cat's health, the onset of symptoms and the observation.

28 May 2015

Kucing Juga Stress


Fakta tentang kucing yang mampu menghilangkan stress manusia..tetapi tanpa kita sedari mereka juga menghadapi situasi stress itu !! Kucing tidak seperti kita manusia di mana kucing tidak mampu menghilangkan stress sendiri.. Kucing stress hampir setiap hari berpunca dari beberapa perkara/faktor yang remeh..disini ada tiga punca utama stress bagi kucing yang saya kongsikan..

Punca Stress :
1. Perubahan sekeliling
- Berpindah ke rumah baru, membawa ketempat baru (bercuti/travel), kedatangan kucing baru diumah, ada tetamu datang kerumah, kehadiran ahli keluarga baru (baby owner), terlalu bising, menukar karpet atau menambah barang rumah baru, membawa kucing ke vet juga mendatangkan stress bagi dia (ini lawak sikit)

2. Mengawan
- Korang kena lah carikan pasangan untuk dia tau..kucing yang sudah di kasi/sunat/mandulkan adalah kurang mengalami masalah stress dari segi mengawan..tidak berteman juga penyumbang kepada masalah kucing stress..

3. Menukar jenama/jenis makanan lain.
Menukar makanan juga boleh mengakibatkan kucing anda stress dan boleh juga mengakibatkan masalah-masalah yg lain. Seperti manusia, 85%-90% masalah kesihatan adalah berpunca dari apa yang di makan. Makanan yang tidak sesuai juga merupakan salah satu punca utama kepada masalah keguguran bulu kucing anda. Oleh itu anda dinasihatkan memberi makanan jenis premium atau pun super premium.

Tanda-tanda stress pada kucing

Apabila mengalami stress, kucing akan menterjemahkannya kepada beberapa bentuk atau tanda-tanda, antaranya:

1. Sesetengah kucing akan menjilat-jilat bulunya secara keterlaluan sehingga terdapat tompok-tompok botak dan ruam pada badannya sebagai tindakbalas terhadap stress. Dimana keaadaan in dipanggil sebagai psychogenic alopecia.

2. Membuang najis diluar kotak najis atau membuang merata-rata.

3. Sering melakukan spraying(bagi yang jantan) di serata rumah.
4. Keguguran bulu yang luarbiasa
5. Kemurungan
6. Hilang selera makan
7. Berbunyi bising. (mengiau tak berhenti)
8. Perubahan perilaku

Tips menangani kucing stress

Kucing adalah binatang tidak seperti manusia yang dapat menghilangkan stress dengan cara berbual, memetik gitar atau bercuti..Kucing adalah haiwan penyayang, belailah kucing anda. Belaian dan sikat(grooming) itu sebenarnya terapi untuk kucing dan tuan dia. Terutama bagi kucing yang berbulu panjang(longhair). Kucing akan rasa tenteram, lebih selamat dan happy kalau selalu dibelai dan disikat bulunya setiap hari. Bila kucing happy dia akan lebih sihat dan kurang rasa stress. Juga boleh bantu dengan tumbuhan catnip atau apa saja yang berasaskan catnip..

A Food not Good For Your Cats




In a cake normally contains a butter and milk. For a chocolate cake, contains chocolate which not good for your cat.
Chocolate contains chemical substance theobromine, caffein causing poisoning for them if you excessively feed them.
You are not encouraged to feed them with normal milk which their stomach could not digest a loctose in a milk and will cause them a diarrhea.


27 May 2015

Vegetables Suits Your Cats





Pumpkins

You can give any kinds of pumpkins to your cats. It's good and contains fiber and rich vitamins, when consumed in moderate amounts, it can really help to normalize the cat's intestines and relieve constipation or diarrhea issues . Feed them a pumpkin about two spoonful when they are suffering from diarrhea.

Carrot

Carrot is the contains of many different vitamins and minerals, including healthy beta-carotene. But, make sure to boil first, then cut into small pieces to eat and snack. For me, i normally cut it into dice and put together with boiled fish and broccoli to feed them.

Peas Bean

Peas are included in the usual diet of cats..this for a healthy addition contains protein and carbohydrates.

Broccoli

Antioxidants contained in broccoli can also be an extra benefit to your ctas. Boil or steam it before you feed them.

Green Bean

Green beans are one of the most good vegetables to your cats. Especially if it's overweight or obesity. Green bean contains a high fiber for your cat.

Zucchini

As a popular ingredient in many commercial cat food options, zucchini is harmless to cats, containing magnesium, potassium and manganese healthy for them, as well.
I love to make colorful food for my cats (maybe it because I'm single and have plenty of time..hehehe) I will boil carrot, broccoli or any vegetables listed above, fish, chicken, meat . then mix all in a bowl and give to them.




SAYUR DAN SI KUCING

LABU
Semua jenis labu boleh beri pada kucing kita makan. Ianya bagus. Ia mengandungi bakteria yang, apabila dimakan dalam jumlah yang sederhana, benar-benar dapat membantu menormalkan persekitaran usus kucing korang dan melegakan sembelit atau isu cirit birit..

LOBAK MERAH
Lobak merah adalah sumber yang sangat baik dari banyak vitamin dan mineral yang berbeza, termasuk beta-karotena sihat. Tapi, pastikan rebus dulu ya, kemudian potong kecil supaya senang di makan dan tak cekik.

KACANG PEAS
Kacang adalah termasuk dalam diet biasa kucing..ini untuk penambahan yang sihat mengandungi protein dan karbohidrat.

BROKOLI
Antioksidan yang terdapat dalam brokoli juga boleh menjadi faedah tambahan kepada diet si anak bulu korang..rebus atau stimkan, jangan bg serumpun besar, bagi yang kecik2 saja sudah.

KACANG HIJAU
Kacang hijau adalah satu lagi salah satu sayuran yg diluluskan bagus untuk di beri makan kepada anak bulus korang. terutamanya jika ia berlaku berat badan berlebihan atau obesiti. Satu sumber serat yang tinggi untuk kucing korang.

ZUCCHINI
Sebagai bahan popular dalam banyak pilihan makanan kucing komersial, zucchini tidak berbahaya untuk kucing, mengandungi magnesium, kalium dan manganese yang sihat untuk mereka, juga.

Saya gemar menyediakan makanan warna warni untuk anak bulus saya (sebab saya bujang dan punya banyak masa mungkin..hehehe) saya akan merebus carrot, brokoli dan ikan..kemudian buang tulang ikan, gaul dengan lobak dan brokoli. Alhamdulillah, Toyger sukakannya. Cuba la..

26 May 2015

Cats Claw Cutting Tips




Cats Claw Cutting Tips

This is in the area of “cats grooming”. Cats nails or claws must be cut. Because cats claw will get to curved deeper and also can hurt the cat itself when he scrath his body. The scratch will become an open wound which causing the infection of Cats Scratch Disease or Tetanus.
Refer to the photo above, that shows the right place to cut your cats claw. The cats will feel hurt if you cut at the “Quicks” area. And it will causing bleeding.
You can use a claw cutter or you can use hume nail cutter. But becareful, their claw is harder then human nails.

POTONG KUKU KUCING


Kuku kucing perlu di potong. Kerana kuku kucing jika panjang semakin melengkung kedalam..juga boleh mencederakan kucing itu sendiri. Cakaran kuku kucing boleh menyebabkan jangkitan Cat Scratch Disease atau Tetanus.

Gambarajah menunjukkan tempat yang tepat untuk memotong kuku kucing korang. Kalau berdarah tekup dengan tisu or kapas..darah akan stop mengalir. Ia juga bertujuan untuk menjaga kebersihan kucing.

Kalau tak ada nail cutter kucing, boleh pakai nail cutter manusia. Tapi berhati2 kerana kuku mereka lebih keras berbanding kuku kita manusia.

25 May 2015

A tips To fatten Your Cats Without Spend so Much Money




A Tips to fatten your cats
Like a human, cats also need vitamins to grow up.. if you want to fatten your cats without spend so much money, you can try to give them a tea spoonful of Scott Emulsion a day. You can also change the nutritional requirements of the cat by giving 3 times egg yolks in a week. The egg yolk is high in protein and this fat is very good for cats growth. However, never give the egg whites because it does not match its metabolism.
In order for smooth metabolism, cats need to be under the sun in the free air. Usually cats love grassy areas. You can occasionally take them out early morning in the playground to get vitamin D from morning sun and it can remove germs attached to the fur.


PETUA GEMOKKAN KUCING


Kucing pun perlukan vitamin untuk membesar..kalau korang nak kucing gemok tapi tak mahu belanja banyak, boleh bagi sesudu teh scott emulsion sehari. Korang juga boleh mengganti keperluan gizi kucing dengan memberikan kuning telur 3 x dalam seminggu. Kuning telur yang tinggi protein dan lemak ini sangat bagus untuk pertumbuhan kucing. Namun, jangan sekali-kali memberikan putih telur karena tidak sesuai dengan metabolismenya.

Agar metabolisme lancar, kucing perlu dijemur matahari di udara bebas. Biasanya kucing menyukai kawasan berumput. sesekali bawa mereka keluar berjalan pagi di padang permainan agar mendapatkan vitamin D dari cahaya matahari pagi dan menghilangkan kuman yang menempel di bulunya.

11 May 2015

Newborn Kitten Intensive Care





Penjagaan Rapi buat Si Bulus Newborn

There must be some of us which have a kittens new born without their mom.. or maybe the mom don’t really care about the babies..

So here is some tips to take car this newborn kittens..

Food :
Normally newborn kittens did not take a food. Their nutrition is in milk. But about 2-3 months later they will eat. Please makesure that they will eat on time about once in 2-3 hours. Please feed them with the right food according to the age.

Milk :
If their mom not breast feed them or maybe they have no mother, you should feed them a formula milk. You can buy at the pet shop or vet. Please do not feed them with a milk that we human drink. They need to be feed at least once in within 2-3 hours.

Poo and Pee
They may not know where to poo and pee. And certain of them don’t know how to. Cat's mother stimulates their baby by licking the butt and the kitten's genitals..but you do not have to worry about it! Use a wet tissue or wet  a cottonbud with warm water and  rub on the genitals.

A kitten which not poo and pee, lead them to death.


Mesti ada diantara korang yang bela baby kitten newborn tanpa ibunya kan?? Atau si ibu tak peduli pun kat baby dia. Okay, sini ada panduan, kena rajin sikit la ye..

Makan:
kebiasaannya baby kucing yang baru lahir tidak makan. Tetapi setelah 2-3 bulan, mereka akan mula makan. Pastikan makanan mereka ambil tepat pada masanya, sekali dalam tempioh 2-3 jam. Dan pastikan makanan itu adalah makanan yang betul mengikut peringkat umur.

Susu :
Jika ibu mereka tidak memberikan susu kepada mereka atau mungkin tidak punyai ibu bersama, so, korang kena rajin bagi susu..jgn bagi susu yang kita minum tu. Beli susu kucing kat pet house ye !! mesti bagi lebih kurang 2-3 jam sekali jugak !!

Berak & kencing :
Mereka mungkin tidak pandai berak dan kecing..jadi korang kena bantu merangsang untuk mereka berak dan kencing !! Ibu kucing merangsang baby2 mereka dengan menjilat botot dan kemaluan anak kucing itu untuk berak dan kencing..tapi korang tak payah la jilat ye !! Korang amek tisu basah dan suam / cutton bud yang basah suam..sapu dengan lembut di bahagian kemaluan mereka serta bontot mereka !!

Jangan biarkan mereka tidak berak dan kencing..boleh membawa kematian !!

05 March 2015

Si Dia Yang Hangat




Semalam aku penat..keletihan dengan duniawi.. terlalu sibuk dengan urusan itu dan ini..
Petang semalam hujan maha lebat.. Aku yang selalu takut dengan guruh, sembunyi dibalik comforter !!

Tiba-tiba aku merindu.. Terlalu rindu !!
Merindu si peneman aku !! Yang selalu ada dengan aku di bawah comforter itu, di saat hujan lebat menyirami bumi dengan dentuman guruh dan kilat yang sabung menyabung bersama angin yang kencang !! Merindu sidia yang menghangatkan riba dan pelukan aku !!

Segumpal kapas gemuk itu bukan lagi dalam dakapan aku !! Semalam, walau sejuk menjerkah ketulang, ada kehangatan rindu dalam sanubari.. Tiada lagi si peneman yang selalunya baring antara muncung-kemuncung dengan aku.. Tiada lagi drama memandang mata sesama sendiri di bawah comforter tatkala guruh berdentum !! Tiada lagi terasa sebelah tangannya menarik-narik tangan aku agar membelainya dengan peniuh kasih sayang dan nafsu cinta !!

Tiada lagi !! 

Aku pujuk hati sendiri, yang berlalu biarlah berlalu !! Yang lepas usah dikenang !! 
Tapi aku lebih suka hidup dalam kenangannya.. Aku rindu matanya yang hijau.. Aku rindu pawnya yang gemok !! Aku rindu dia bergesel di kaki aku !! Aku rindu saat dia pantang melihat aku berbaring dan mula memanjat dada !! Aku rindu saat dia tidur dalam pelukan aku !! Aku rindu semua itu !! ya !! terlalu rindu !!

Andai aku mampu memberitahu dia betapa aku rindukannya !! Andai dia tahu betapa aku sayangkannya !! Pompom !! Semoga kau tenang disana !! Bonda rindu untuk mendengar kau mengiow anak ku !! Bonda merinduimu selalu !!

Arghh.. airmata, mudah benar mengalir saat kenangan pompom menghangat hati, selalu saja payah untuk diseka saat kelibat dan bayangan pompom menari di minda !! 
Sudah lah !! Pompom sudah tiada, aku  mahu bersendirian seketika !! Semoga ada yang mampu buat aku senyum sendirian disini !!




28 February 2015



Kalian pernah mengadu?? Kepada siapa kalian mengadu?? Aku juga selalu mengadu.. Sangat cliche jika aku katakan aku mengadu pada Allah.. Ya Dia memang tempat terbaik untuk mengadu.. Tapi tak perlu kita hebahkan.. kerana mampu saja menjadi riak.. bukan susah menjemput riak !! Bercakap sedikit seperti kita yang bagus juga menjemput riak !! Maaf..

Aku mengadu bukan pada manusia, yang mana aku tahu manusia mampu saja berpaling muka !! Mampu juga menjadi talam dua muka !! Ya, jangan mudah mengata orang, terkadang kita juga ada mengumpat manusia lainnya.. Semoga diampunkan dosa itu !!

Aku mengadu pada diary.. Ya, sedikit kelakar disitu, dimana wanita separa lelaki berhati keras dan berjiwa lasak seperti aku punya diary untuk ditulis.. Ketawalah kawan-kawan maya !! Ini peluang kalian untuk mentertawakan aku.. Tapi bukan setiap harinya aku menulis disitu.. Aku menulis hanya bila aku terasa ingin mengadu.. 

Aku bukan menulis dengan bahasa dan huruf biasa.. Aku cipta simbol dari A-z dan dari 0-10 yang mana simbol itu yang hanya aku memahaminya.. Cara ini pernah Hot satu ketika dulu.. Aku masih menggunakannya.. Diary adalah hati aku.. Ia adalah jiwa aku.. dan seperti kalian, aku juga punya rahsia !!

Jangan menafikan !! Terkadang kita memendam rasa.. Terkadang kita memujuk hati sendiri agar memadam rasa sakit.. Ya itu juga rahsia !! Merahsiakan rasa hati untuk menjaga hati lainnya..
Aneh bukan?? Kita biasanya selalu tidak adil pada hati sendiri !!

Dan diary menjadi tempat aku meluahkn rasa hati.. yang mana tidak seorang pun tahu.. Cukup aku tanam dalam buku !! Hanya Allah dan aku saja yang tahu !!

Semoga malam kalian tidak terisi dengan rahsia..
Selamat malam dan Salam..

25 February 2015

Aku dan Malam



Lewat aku membasah badan malam ini.. lewat aku menyegarkan diri malam ini.. Kepenatan singgah hingga memanggil-manggil kemalasan agar menyapa pada diri !!

Segar sudah diri ini sekarang !! Seperti rutinnya, menyapu lotion seluruh badan selepas mandi !! berwngi-wangian setiap malam agar lebih tenang tidur ku !!

Menyapu toner serata wajah !! Lalu mengoles serum kemuka !! Biar esok berpadu-padu cantiknya !! Biar esok berseri-seri di pandang sang lelaki pujaan !!

Arrgghh.. lelaki itu, memuja-muja di malam hari..hampir setiap malamnya memuja aku !! Selalu membuat hati rindu !!

Malam ini aku mahu lena seawalnya !! Cemuih menghadap lappy menjengah webstore sana sini untuk melaksanakan tugasku !! Buku kesayangan yang menjadi pujaan, ku tutup rapat dengan menyelitkan bookmark hadiah dari Kak Mazni !! Bukan masanya membaca buku !! Telefon bimbit ku tepis ke sisi siku kanan !! Ya, bukan masa untuk aku berbual manja malam ini !! Maafkan aku wahai kesayangan.. Blog ku tulis !! ini pengakhiran !! Mata sudah minta pejam !! Kepala sudah mahu diusungkan bantal !! Badan sudah sedia untuk di baringkan !!

Maafkan bonda wahai Cekmot dan Abubu.. Malam ini bukan malam untuk kita berkasih sayang !! Bonda penat dengan hari !! Hari yang sibuk bagai tidak punya masa untuk diri sendiri !! Maafkan aku wahai TV, kau bukan kawan untuk malam ini !! Maaf..aku harus lelap mata !!

Maaf kalian, entry ini seakan bosan !! 

08 January 2015

Ayam Cincang Daun Basil



This one is my favorite Thai Food. Here, let me share with you the recipe

2 table spoon of Ground Nut Oil (I use KNIFE brand)
¼ cups of garlic
500g Chicken minced
1 Table spoon Oyster Sauce
2 Table Spoon Fish Sauce
1 cup fresh basil
10-15 chili (small cut)

I have amended the original recipe, which i add in below ingredients :

4-5 Cherry Tomatoes (cut into two)
1/2 of each color of capsicum and diced it.

How to do it:

1. Heat the groubdnuts oil in the pan
2. Add in Garlic and stir it until it turn into gold color.
3. Add in chilies, fry it.
4. Add in all capsicum.
5. Add in Chicken minced, stir fry it
6. Add in oyster sauce, fish sauce, Cherry Tomatoes and the basil leaf
7. Stir fry about 7-8 minutes and its ready to be serve


I hope that the recipe will help you.
Thank you for reading my blog and see you for the next entry.