15 January 2020

Ayah Di Nilai Day 2 After Warded

Salam semua.

Pagi ini Akak start the conversation again. Asked about Ayah this morning.
Ayah bilang sejak semalam dia hanya pakai tongkat yang satu bukan lagi memakai walkingframe. Alhamdulillah

Kata ibu, makan pun sudah selera. Bergurau kami adik beradik didalam group whatsapp keluarga tu. 
Ibu ada rumah sewa di Tiara Imperio Bangi, Ibu ajak semua adik beradik mandi manda sabtu ni ke sana. bawa anak-anak mereka bersama. mungkin Sabtu petang.



Esok ayah perlu ke hospital Teluk Intan, Ibu dan Abang Ngah yang akan menghantar Ayah dan Emak kesana. Ayah bilang teringin singgah ke rumah dan berjumpa beberapa orang. Ada sedikit urusan di Bank Islam juga esok. 

Semoga dipermudahkan segala urusan mereka esok, Semoga selamat pergi dan balik mereka Dari Nilai ke Langkap dan kembali ke Nilai semula.

Kalian juga, jangan lupa doakan mereka ya. Terima kasih kerana selalu ada untuk aku. Selalu doa untuk kami dan selalu membaca blog aku yang kini sudah tidak relevan.

Belum Mengandung

Mereka bilang aku merancang pasal anak. Padahal sedikit tidak pernah aku rancang.
Apalah nak aku rancang, umur aku sendiri dah cecah 35 tahun. 
Keinginan menjadi ibu membuak-buak dalam hati. 
Tapi aku masih syukur. 
Syukur sekurang-kurangnya aku merasa jadi isteri.

Aku dan suami bersusah payah mencuba itu ini. Takkan kami nak canang seluruh media sosial apa yang kami usahakan. Takkan kami nak cerita terperinci rawatan atau segala tindakan yang kami ambil.

Gila !! 
Dunia kini sangat gila !! netizen dan makcik bawang berleluasa, tak cukup dengan media sosial, mereka menjaja cerita aku merancang kehamilan hingga seluruh alam, seluruh pelusuk dunia.
Ya Rabb.

Mereka bilang aku keras, hingga payah lekat. Mereka kata aku tak pandai menjaga rahim. Ada diantara mereka lebih kejam sehingga sanggup mengatakan aku mungkin mandul. 

Allahu.

Mandul atau tak, bukan mereka yang tentukan. Ada sebab jika benar mandul. Ada sebab mengapa belum diberi rezeki anak hingga hari ini. Ada sebab mengapa semuanya berlaku. Mereka semua gila. Lupa tentang ketentuan Allah. Lupa dengan kuasa Allah. Lupa yang segalanya kerana Kun Fa Ya Kun. 

Aku tak kuat untuk redha di perkata seperti itu, tapi aku pasrah atas apa yang mereka katakan pada aku. Hinaan mereka bukan mudah untuk aku terima, aku tak mampu ikhlas dalam menerima kecaman dan hinaan mereka, aku hanya mampu menyerah ketika mereka membanjiri aku dengan kata-kata menyakitkan itu.

Biarlah. Allah tahu rahsia mengapa aku belum punyai zuriat. Allah hantar mereka-mereka ini untuk menudga aku. Untuk melihat jauh mana kekuatan mental dan fizikal aku. Aku tak boleh kalah. Aku dah pergi sejauh ini, tak mungkin aku akan kalah hanya dengan kata-kata tajam mereka. 

Aku takkan rebah, aku akan berpaut pada tiang agama. moga saja mereka yang rebah, rebah tanpa mampu bangkit semula. dan pada waktu itu aku tinggal bilang pada mereka
"Selamat Datang ke Hari Pembalasan"


14 January 2020

Ayah Di Nilai Day 1 After Warded


14.01.2020

Pagi ni Akak memulakan conversation dalam whatsapp group  keluarga kami.
Akak bertanya tentang keadaan Ayah pagi ini.

Ayah bilang dia sudahpun bersarapan. Kaki ayah surut bengkaknya. Ayah dah ada selera makan, memakan bihun pagi ini, banyak juga kata Ibu. Alhamdulillah.

Emak yang demam semalam pun nampaknya beransur pulih. Alhamdulillah.
Ibu bilang ayah sudah boleh berjalan lepas tongkat ke bilik air tadi sekejap, siap boleh pusing, walaupun sekejap. 

Aku tenang sedikit. Demam aku masih on off. Sekejap aku okay, sekejap nantid atang seram sejuknya hingga menggigil.

Entah la. Untuk hari ini, ini sahaja yang aku mampu update kan. Terima kasih pada kalian yang selalu mendoakan ayahanda aku.


12 January 2020

Klinik Baharom Part 2


13.01.2020

pagi ini seperti yang dirancangkan, Yeop membawa ayah ke Klinik Baharom sementara Udd akan ambil ayah selepas rawatan untuk di hantar ke Nilai.

Hari ini dikhabarkan emak demam. Emak temankan ayah di Klinik Baharom. Seram sejuk kata emak, sayangnya aku lupa bawa jaket buat emak.


Kasihan emak, mungkin letih menjaga ayah. Semoga emak pulih seperti sediakala. Then aku jenguk mereka di Klinik Baharom. Boss aku takde, terbang ke Singapore sampai Rabu, jadi aku berpeluang mengular sekejap. Dapat juga aku menemani mak dan ayah bersama Aman sampai Cik Udd datang.



Doctor Baharom mengatakan tisu lutut ayah koyak. kesan tu sudah lama katanya. Sebab tu ayah tak boleh jalan. Jadi ayah dapat Injection untuk lutut kiri dan kanan.

Then, kami pergi makan di Jlan Raja Muda Musa belakang hopital. Ayah tak mahu makan nasi, ayah makan pengat pisang, tapi sikit sangat supaannya. Dia bilang dia pahit. Mungkin tekaknya selepas injection ubat puncanya.


masa nak balik, dia kata dia mengantuk. Kesan dari ubat injection agaknya.
Selesai makan, aku balik office sambung bekerja. Ayah dan Emak ikut Cik Udd untuk di hantar ke Nilai. Suami aku balik ke tempat kerja nya. 



Klinik Baharom Sentul ni memang elok, mengikut dari cerita Aman, Mak mertuanya hanya dua kali datang, dah sembuh. Jadi aku harap ayah pun sembuh seperti sediakala. ya aku tahu Doctor Baharom bukan Tuhan, tapi dia yang di turunkan Tuhan bagi membantu manusia lainnya. Aku harap macam tu la. 

Sebelum aku habiskan cerita harini. Aku nak korang tahu, yang Emak aku demam selepas dia ambil bag ayah di dalam almari ayah, sedang semalam Acu demam selepas bersihkan almari ayah.
Jadi aku dapat rasakan bilik ayah ada sesuatu. Ye, dulu ada juga. Pernah Darussyifa' datang rumah dan periksa rumah, kata mereka ada keris berbalut kain merah, namun tak dijumpai sehingga kini.

So aku harap kalian doakan segalanya kembali pulih seperti sedia kala.


Darussyifa' dan Pulang

12.01.2020 - Sunday

Hari ini, aku dan Andy harus pulang ke Kuala Lumpur.
Semalam, Cik Udd dan Akak sudah pulang. Giliran mereka terlalu lama menjaga ayah. Terima kasih adik dan kakak ku.

Hari ini, aku, ibu, acu, adik harus pulang. Perancangannya, pagi ini aku perlu bawa ayah ke Darussyifa' Teluk intan.


Kita ni, selagi boleh usaha, kita usaha. Ini pun sebab ada sesuatu, kemungkinan juga. Sebab ada yang tegur dan beri cadangan untuk bawa ayah ke Darussyifa'.




Terima kasih atas kerjasama ustaz di Darussyifa Teluk Intan. Semoga kamu semua dimurahkan rezeki dan di berkati Allah.



Suamiku, akyu tahu kau lelah. aku tahu banyak urusanmu kau ketepikan demi mertuamu. Aku doakan kau dimurahkan rezeki dan dilimpahi pahala.

Aku amat berterimakasih atas segala pengorbananmu.

Lepas balik dari Darussyifa', terus pulang ke rumah. Ibu dah mula nak memasak. Menu kami hari ini bukan calang-calang sedapnya. Terima kasih ibu atas lelahmu menguruskan rumah mak ayah kita.

Ikan bakar di bakar oleh adik. Ibu masak gulai masam batang keladi dan gulai lemak pucuk paku. Alhamdulillah. 




Ayah hirup gulai masam, ratah sedikit ikan bakar. Alhamdulillah ayah makan. 

Hari ini juga Haji Mukit datang ambil burung puyuh. Alhamdulillah. Ringan bahu ayah. 
Acu demam hari ini. Semalam penat selongkar almari mak dan ayah membuang segala barang lama. Entah kenapa, malam tadi yang tak hujan, tiba-tiba acu kesejukkan sampai menggigil. Demam, muntah segala ada. Kami syak sesuatu. 

Semalam Abang Jie sebelum pulang ada pesan kepada suami aku yang toilet tengah tu sumbat, so dari lepas balik Darussyifa' tu, suami aku memang busy settlekan saluran air yang sumbat. Lepas tu saluran paip pulak bocor. kebasahan suami aku. Kejap-kejap ke ahrdware beli barang-barang yang diperlukan. 

Petang tu, kami jalan-jalan cari gula gula Ayah. entah, tekaknya teringinkan. Kalian pasti pernah lihat dan makan gula-gula ni. Sekian lama aku tak makan. Ini kami sanggup cari demi ayah.



Hari ini selepas kepulangan kami ke KL, mak ayah tinggal berdua. Yeop sampai jam 8.30 malam. Yeop tidur di kampung malam ini. Dan akan membawa ayah dan emak ke KL Klinik baharom esok pagi. Selepas selesai urusan di Klinik Baharom, Cik Udd akan ambil mak ayah di sana dan terus di bawa ke Nilai, Rumah Ibu.




11 January 2020

Operasi Bersihkan Keliling Rumah

Pagi aku dikejutkan oleh adik. Abang Jie dan Afiq sibuk menangkap ayam kampung yang ayah bela. Masih kanak-kanak ayamnya. Di tangkap untuk di jual kepada cina di market.

Bukan apa, ayah bilang dia sudah sakit, berjalan pun guna tongkat, sedikit melangkah mengahnya bagai berlari keliling padang. Dia tak larat lagi, dan dia mahu ikut Ibu pulang ke Nilai, maka dia minta jualkan ayam-ayamnya. 



Ayah juga ada burung puyuh, banyak. dia bela. So, dia decide nak bagi pada wak Mukit burung-burung puyuh tu. Now, dia dah sedikit selesa. Ayam-ayam dah jual, burung-burung akan di beri pada Wak Mukit. 

Pagi ini, aku dan Andy sibuk. Sibuk mencakar sampah keliling rumah, bakar sampah. Petik cili api ayah di belakang. Petik roselle, cantas pokok sana sini. 




Then, main dengan anak-anak buah. Sesekali, kami temankan ayah didalam bilik. Ayah tak boleh jalan tanpa walkingframe. even nak berdiri pun, ayah perlukan bantuan walkingframe. His leg no longer strong. 

Masa sembang dengan ayah, ayah mengadu tentang kaki dia, tentang kesihatan dia. Dia lemah. Aku sedih. Dia tak kuat, aku lagi tak kuat. Entah apa yang buat aku terlalu lemah. Sejak dari berita dia sakit, hingga hari ini. Aku sama lemah macam dia. Aku sama tak kuat macam dia. Aku sama susah tidur macam dia. Aku sama tak selera macam dia. Aku takut. ketakutan tu selalu menjalar dalam hati.


Acu sibuk mengemas baju-baju lama mak dan ayah. Selongkar almari mak dan ayah, mana yang lama semua kami bakar. Bersih dah almari ayah, just current baju yang digunakan sahaja yang ada. Banyak kain batik mak, terjumpa juga seluar-seluar aku yang lama di zaman kekurusan aku


Akak dan Cik Udd balik KL tadi selepas makan, maka tinggal aku, adik, acu dan ibu yang menemani ayah.

Ayah makan sikit sangat. tapi sekurang-kurangnya makan. jadilah walau sikitpun. Tengahari tadi adik belikan nasi lambai, malam Udd belikan mee hailam. Ayah makan sikit. katanya tekaknya pahit. tak selera makan

Kalian, aku mohon kalian doakan ayah aku ya.


10 January 2020

Ayah Warded Last Day




10.01.2020 - Friday

The best part in my life when i heard ayah will discharge today.

Ramai juga visitor ayah for today. Terima kasih pada yang datang. Hari ini aku akan pulang, pulang melawat ayah. Rindu aku pada ayah dan Mak. Mak Alhamdulillah, walaupun dia menghidap kencing manis, tapi mak sihat-sihat saja. 



Sebelum discharge, ayah di minta check mata oleh Hospital Teluk Intan. Prosedur berjalan lancar sehingga ayah discharge.


Terima kasih pada semua yang sudi melawat ayah. kawan-kawan ayah dan saudara mara yang tahu. terima kasih. terima kasih juga pada kalian yang mendoakan kesihatan ayah aku. 

Semoga Allah membalasnya dengan memanjangkan usia kalian dan memberi kesihatan yang baik buat kalian.

Aku pulang jam 8 malam dari Ampang, sesampainya ke Kampung sekitar jam 10.30malam. Aku terus meluru ke bilik ayah. Ayah berbaring didalam bilik. Aku peluk dan cium tubuhnya yang terlantar. Ayah mahu beralih posisi baringnya, namun payah bagi dia, Sakit seluruh badannya. Kakinya juga umpama tidak mampu digerakkan. Sakit bilangnya.

Allahu. 

Aku tak mampu menyeka airmata. Difikiran aku, dia sudah 70 tahun. Jika bukan sakit, maka apa lagi yang aku jangka?? Maka aku bantu alihkan posisi baringnya, itu pun dia mengerang kesakitan. Aku mengahrap ada keajaiban. Semoga saja Ayah sihat dan berjalan seperti biasanya.




09 January 2020

Ayah Warded Day 3

09.01.2020 - Thursday

Its a day 3 of Ayah's hospitalized. Today Acu went back home to visit Ayah at the hospital. I should go back tomorrow. InsyaAllah. aku harap ayah dapat discharge hari ni.



Setakat ni yanga da di kampung cuma Ibu, Akak, Acu, Cik Udd dan Chik. Aman dah balik KL. 
Hari aku masih sebu. Sebab aku masih belum boleh melawat ayah. Aku harap segala kerja yang aku ada boleh selesai hari ini. Sekurang-kurangnya aku boleh juga half day esok dan balik kg segera.



Hari ini aku call lagi ayah. Suaranya sudahpun kedengaran sedikit ceria. Aku sedikit lega, tapi masih ralat. Seronok mungkin ayah disana, ada cucu yang melawat. Namun apa yang meruntun jiwa aku, ayah di khabarkan ada kompilasi buah pinggang. Akibat ubat yang dimakan tetapi tidak menjamah makanan lain. Aku harap ayah cepat sihat seperti sediakala.

Mak sihat Alhamdulillah. Tapi aku tahu jauh disudut hatinya sedih benar melihat keadaan suami yang dulunya ceria cergas kini terlantar dan hanya mampu duduk. Kuatnya mak. Dan aku harap mak terus kuat. Isteri, dia disamping ayah berpuluh-puluh tahun lamanya. Aku harap mak kuat dan tabah. Aku mahu mak kuat dan cekal.

Kalian, aku mohon kalian doakan ayah aku untuk agar sihat dan mohon doakan mak aku agar kuat dan tabah. 

08 January 2020

Ayah Warded Day 2


08.01.2020

Ayah ditukarkan ke ward baru. Perseorangan. Lebih selesa. Alhamdulillah.
bacaan jantung sudah mula stabil.
Alhamdulillah
Terima kasih kepada kalian yang mendoakan ayah aku.

Ayah terima kunjungan dari mereka-mereka yang tahu. Terima kasih kerana datang melawat ayah. Aku tahu, jauh disudut hati dia, ingin pulang kerumah. Lebih selesa dirumah sendiri. jangankan dia situa, aku yang masih muda juga selesa dirumah sendiri.






Ayah Warded Day 1


Ayah has been warded 07.01.2020 around 4am. So today is his day 1 of hospitalized.

 I called emak this morning, asking about how he is doing. She said he is okay, but still have to stay there for heart monitoring. I'm glad he is okay. 

Emak bilang dia sudah makan, itu pun kerana doktor ada disitu dan dia perlu makan ubat. Maka peluang bagi mak untuk suapkan ayah nasi lemak yang emak beli di kantin.

Conversation didalam group whatsapp family kembali ceria. Hospital panas, maka perlu bawa kipas. Chik yang pulang ke rumah, kembali ke hospital dengan kipas baru.


Alhamdulillah. Kesihatan ayah semakin pulih. namun jauh sudut hati aku masih terkilan, belum lagi aku boleh pulang menjaga dia.

Kelihatan adikku Cik udd juga pulang ke kampung, di mana dia menemani ayah pada waktu malam. terlihat Cik udd menghantar gambar didalam group whatsapp, ayah yangs edang makan di tengah malam.



Kalian, aku mohon doakan ayahku ya.

07 January 2020

Ayah Warded Hospital Teluk Intan

06.01.2020 - Isnin.

Aku demam. Kepenatan mungkin. Penat yang belum hilang ditambah penat lainnya. Cuaca yang tidak dapat di predict juga amat memainkan peranan yang mengakibatkan demam ini datang. Pakej lengkap dengan selesema dan batuk.

Aman whatsapp jam 9.00am. Katanya ayah dah kepenatan sangat. Sepertinya tidak mampu lagi bernafas. Aku risau, menggelabah. Aku call rumah emak. Emak angkat, suaranya tenang hujung talian. Beberapa cerita kami kongsikan. Beberapa informasi tentang ayah kami bualkan, nampaknya tidaklah seperti apa yang aku sangkakan. Tidaklah seteruk yang aku bayangkan.

Ayah tidak ada selera makan, namun masih makan ubat. Disebabkan tidak punya tenaga, dia menggeletar. Bengkak semua sudah surut,

Aku tenang kembali. Namun tidaklah setenang mana. 

Jam hampir 9.00pm, aku dikejutkan dengan deruan message di whatsapp group family kami. Katanya kakak aku yang di Nilai on the way ke kampung kerana ayah sedikit teruk. Aku risau lagi, kali ini lebih parah dari tadi pagi. 

Aku menggeletar, kejung segala jari jemari, sangkak rasa nafas. Allahu. jantung ayah yang bengkak, jantung aku yang luruh. 

Ibu dan Chik berkejaran ke kampung. Di bawa ayah ke hospital. Setibanya ke di Hospital Teluk Intan hampir jam 12 tengah malam. Mereka setia menanti ayah di sana. Ibu, Chik, Mak, Abang Ngah, Adik Tia. Aku masih belum boleh lelap mata. Entah payah benar malam ini menutup mata. Suami aku lama sudah dibuai mimpi.

Demam aku semakin teruk namun seakan perkara kecil ketika itu. Bukan demam yang buat aku tidak tidur, bukan hidung yang sumbat buat aku susah lelap, bukan batuk punca aku susah pejam mata. tapi jantung ayah yang aku risaukan.

Jam 3.37am, Chik confrimkan di group whatsapp family bahawasanya ayah dimasukkan ke wad 2D. Mak jaga ayah di wad, yang lainnya pulang kerumah dulu.

Ayah ditahan wad kerana bacaan jantungnya terlalu lemah. Darah diambil sekali lagi. Jam 04.30am Akak yang dari Kajang turut pulang ke Kampung. Aman dari Gerik juga sudahpun ke Hospital tengahari tadi.

Aku masih belum boleh pulang ke kampung. masih ada tugas yang tak terlunaskan disini. Ya Allah, kau berikanlah kesembuhan buat ayahku Ya Allah.




04 January 2020

Klinik Baharom dan Sinar Baru




Hari ini Aman bawa ayah ke Klinik Baharom, Sentul. Aman bilang doktornya punya kepakaran tersendiri. Jadi kami setuju bila dia umumkan ingin membawa ayah kemari.

Aman dari Gerik ambil Mak Ayah di Langkap untuk di bawak ke sini. Aku sedaya upaya curi masa agar dapat temankan mereka, sekurang-kurangnya dapat juga meringankan rasa yang mereka berdua tanggung. Terus Terang aku katakan aku tak punya banyak jasa terhadap mereka.
Dapat aku teman mereka sebegini, bangga rasa hati.

Seperti yang di beritahu semalam, Dr. baharom juga mengesahkan ayah sakit Jantung Bengkak. Hari ini, aku lebih tenang dari semalam. Aku terima hakikat. Ayah sudah 70+ maka jika bukan jantung sekalipun, pasti ada penyakit lain. Dan aku harus terima bahawasanya setiap manusia akan pergi, penyakit dan segala punca kematian adalah asbab sahaja. 

Dr. Baharom bilang, sakit ini boleh sembuh dengan pemantauan, penjagaan makanan dan ubatan. Alhamdulillah. Satu berita yang aku kira baik buat mereka berdua. Penghujungnya Aman membawa mereka makan dan aku kembali kepejabat.

Aku seikit lega. Namun masih aku mahu kalian mendoakan kesihatan ayahku.

03 January 2020

2019 Tahun Hidup dan Mati

Tahun 2019 banyak mengajar tentang hidup dan mati untuk aku.

Banyak kenalan yang pergi menghadap Illahi. sepanjang tahun, ada saja kenalan aku yang kembali kerahmatullah. Tidak kira usia dan pangkat.

Tinggallah harta dan sanak saudara.

Penghujung 2019. Suami aku kehilangan abang angkat yang dia sayang. Anak tunggal dalam keluarganya. Meninggalkan ibundanya keseorangan.

Di penghujung 2019 juga, perginya ayah kepada kakak iparku. sedih dan pilu di penghujung 2019. Banyak berita mengejutkan dan menyedihkan.

Aku belajar sedikit demi sedikit tentang hidup yang tak panjang. Tentang nyawa yang hilang. Tentang jasad yang dipinjamkan.

Allahu.

Semakin kuat debarannya.

Melihat air mata ibunda angkat suamiku, semakin luluh hati aku sendiri.

semoga sahaja 2020 datang dengan kegembiraan dan disulami senyuman

Duniaku yang Hampir Gelap


02.01.2020

Ayah sepatutnya ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan result blood test yang di buat dua minggu lepas, sepertinya doktor dapat menghidu sesuatu yang kurang baik, maka ayah di minta xray pagi itu. Kata emak, tempat Xray nya jauh, ayah mengheret kaki yang bengkak ke tempat Xray. Emak tak tahu mana nak dapatkan wheelchair di sana. jadi ayah mengheret kaki dari bilik doktor ke ruang Xray dan keruang farmasi mengambil ubat.

Aku call ayah pagi ini. Ayah bilang dia ada di dalam bilik doktor dan dia di minta Xray. selepas beberapa jam, aku call rumah Langkap, Emak jawab. Bilang emak, kaki ayah semakin memburuk. Ada khabar yang lebih buruk dari kaki itu.

Tiba-tiba aku di khabarkan bahawa Ayah menghidapi Jantung Bengkak. Aku yang tersenyum sambil bersembang dengan emak ditelefon tadi, menjadi pucat lesi, lutut sudah tak kuat lagi, berdiri aku tak mampu lagi. Terbayang arwah Abang Amat yang menghidap sakit yang sama.

Baru terfikir dek minda simptom-simptomnya. Baru terbayang bengkak air kaki, tangan, muka dan badan Arwah Abang Amat. Allahu. Aku meraung. Emak tenang di hujung talian. entah raungan aku tak tertahan lagi. Aku takut menjadi sangat amat takut dengan berita itu.

Aku hilang arah, aku tak keruan. Hati tak tenang. Selera tidak menjengah. Ketakutan.
Hampir gelap dunia aku. Sekejap nafas aku seakan terhenti. Aku tak kuat. Sungguh aku lemah. Allahu.

Selepas talian dengan emak aku matikan, jari-jari aku mneggeletar, laju aku buat panggilan kepada alang, yeop, aman untuk memberitakan. Alang dan Yeop kedengaran bersuara tenang, Aman yang baru kehilangan bapa mertua dan masih di kampung gerik sedikit cuak dnegan berita yang aku sampaikan. Aku call acu dan adik juga. 

Aku berdoa moga saja dipermudahkan penyakit ayah ini. Di sembuhkan. Aku tak mahu. Aku tak mahu. Namun menurut emak, doktor telah memberi ubat sepatutnya kepada ayah dan tarikh 14.02.2020 ayah kena datang lagi untuk pemeriksaan selanjutnya.

Aku merasakan tarikh itu terlalu jauh dari hari ini. Entah.

Aku mohon, kalian doakan ayahku.


01 January 2020

Menghantar Ayah ke Kampung

01.01.2020

Hari ini tahun baru. Meningkat umur aku. Dan tahun baru kali ini sedikit memilukan hati.
Aku dan suami di tugaskan menjemput ayah di kajang dan menghantar ayah pulang ke Kampung hari ini. Maka tahun baru aku, disambut dengan mengahntar mereka pulang.

Aku tak punya cuti, jadi aku hantar pada pagi tadi, dan kembali pulang petang tadi. Lepas kami sampai dalam jam 12 tengahari, Ayah busy dengan tugasnya. sesampai saja kami di kampung, dia terus menjenguk ayam-ayam dan burung puyuhnya. dengan kaki yang bengkak. Naik motor dia ke Langkap kemudian duduk smeua depan komputer melunaskan tugas-tugasnya.

Suami aku sibuk dengan pokok rambutan.


Di cantas dahan-dahan yang merimbun. kait rambutan, kutip rambutan yang bertaburan. Kumpulkan dahan-dahan dan mencakar sampah-sampah daun rambutan. Banyak juga rambutan kami dapat. Sebakul penuh.


Alhamdulillah. Rezeki kami.
Ketika sebelum pulang, mak buat teh panas dihidang buat kami. Oh ya, peti ais mak rosak setibanya kami tadi. heater bocor. Esok ayah ada urusan dengan Hospital Kerajaan. Result darah ayah kena ambil esok. Sayangnya aku tak cuti, jadi tak dapat aku temankan mereka. Aku kena pulang.
Esok aku perlu kerja.

Sepeninggalan kami, kaki ayah yang kiri masih bengkak, namun kaki kanannya mula membengkak pula. Macam ada air dalam bengkak kakinya. Aku sudah hati. Entah sehingga kini aku belum boleh tidur.