14 January 2020

Ayah Di Nilai Day 1 After Warded


14.01.2020

Pagi ni Akak memulakan conversation dalam whatsapp group  keluarga kami.
Akak bertanya tentang keadaan Ayah pagi ini.

Ayah bilang dia sudahpun bersarapan. Kaki ayah surut bengkaknya. Ayah dah ada selera makan, memakan bihun pagi ini, banyak juga kata Ibu. Alhamdulillah.

Emak yang demam semalam pun nampaknya beransur pulih. Alhamdulillah.
Ibu bilang ayah sudah boleh berjalan lepas tongkat ke bilik air tadi sekejap, siap boleh pusing, walaupun sekejap. 

Aku tenang sedikit. Demam aku masih on off. Sekejap aku okay, sekejap nantid atang seram sejuknya hingga menggigil.

Entah la. Untuk hari ini, ini sahaja yang aku mampu update kan. Terima kasih pada kalian yang selalu mendoakan ayahanda aku.


No comments:

Post a Comment