12 January 2020

Klinik Baharom Part 2


13.01.2020

pagi ini seperti yang dirancangkan, Yeop membawa ayah ke Klinik Baharom sementara Udd akan ambil ayah selepas rawatan untuk di hantar ke Nilai.

Hari ini dikhabarkan emak demam. Emak temankan ayah di Klinik Baharom. Seram sejuk kata emak, sayangnya aku lupa bawa jaket buat emak.


Kasihan emak, mungkin letih menjaga ayah. Semoga emak pulih seperti sediakala. Then aku jenguk mereka di Klinik Baharom. Boss aku takde, terbang ke Singapore sampai Rabu, jadi aku berpeluang mengular sekejap. Dapat juga aku menemani mak dan ayah bersama Aman sampai Cik Udd datang.



Doctor Baharom mengatakan tisu lutut ayah koyak. kesan tu sudah lama katanya. Sebab tu ayah tak boleh jalan. Jadi ayah dapat Injection untuk lutut kiri dan kanan.

Then, kami pergi makan di Jlan Raja Muda Musa belakang hopital. Ayah tak mahu makan nasi, ayah makan pengat pisang, tapi sikit sangat supaannya. Dia bilang dia pahit. Mungkin tekaknya selepas injection ubat puncanya.


masa nak balik, dia kata dia mengantuk. Kesan dari ubat injection agaknya.
Selesai makan, aku balik office sambung bekerja. Ayah dan Emak ikut Cik Udd untuk di hantar ke Nilai. Suami aku balik ke tempat kerja nya. 



Klinik Baharom Sentul ni memang elok, mengikut dari cerita Aman, Mak mertuanya hanya dua kali datang, dah sembuh. Jadi aku harap ayah pun sembuh seperti sediakala. ya aku tahu Doctor Baharom bukan Tuhan, tapi dia yang di turunkan Tuhan bagi membantu manusia lainnya. Aku harap macam tu la. 

Sebelum aku habiskan cerita harini. Aku nak korang tahu, yang Emak aku demam selepas dia ambil bag ayah di dalam almari ayah, sedang semalam Acu demam selepas bersihkan almari ayah.
Jadi aku dapat rasakan bilik ayah ada sesuatu. Ye, dulu ada juga. Pernah Darussyifa' datang rumah dan periksa rumah, kata mereka ada keris berbalut kain merah, namun tak dijumpai sehingga kini.

So aku harap kalian doakan segalanya kembali pulih seperti sedia kala.


No comments:

Post a Comment