07 January 2020

Ayah Warded Hospital Teluk Intan

06.01.2020 - Isnin.

Aku demam. Kepenatan mungkin. Penat yang belum hilang ditambah penat lainnya. Cuaca yang tidak dapat di predict juga amat memainkan peranan yang mengakibatkan demam ini datang. Pakej lengkap dengan selesema dan batuk.

Aman whatsapp jam 9.00am. Katanya ayah dah kepenatan sangat. Sepertinya tidak mampu lagi bernafas. Aku risau, menggelabah. Aku call rumah emak. Emak angkat, suaranya tenang hujung talian. Beberapa cerita kami kongsikan. Beberapa informasi tentang ayah kami bualkan, nampaknya tidaklah seperti apa yang aku sangkakan. Tidaklah seteruk yang aku bayangkan.

Ayah tidak ada selera makan, namun masih makan ubat. Disebabkan tidak punya tenaga, dia menggeletar. Bengkak semua sudah surut,

Aku tenang kembali. Namun tidaklah setenang mana. 

Jam hampir 9.00pm, aku dikejutkan dengan deruan message di whatsapp group family kami. Katanya kakak aku yang di Nilai on the way ke kampung kerana ayah sedikit teruk. Aku risau lagi, kali ini lebih parah dari tadi pagi. 

Aku menggeletar, kejung segala jari jemari, sangkak rasa nafas. Allahu. jantung ayah yang bengkak, jantung aku yang luruh. 

Ibu dan Chik berkejaran ke kampung. Di bawa ayah ke hospital. Setibanya ke di Hospital Teluk Intan hampir jam 12 tengah malam. Mereka setia menanti ayah di sana. Ibu, Chik, Mak, Abang Ngah, Adik Tia. Aku masih belum boleh lelap mata. Entah payah benar malam ini menutup mata. Suami aku lama sudah dibuai mimpi.

Demam aku semakin teruk namun seakan perkara kecil ketika itu. Bukan demam yang buat aku tidak tidur, bukan hidung yang sumbat buat aku susah lelap, bukan batuk punca aku susah pejam mata. tapi jantung ayah yang aku risaukan.

Jam 3.37am, Chik confrimkan di group whatsapp family bahawasanya ayah dimasukkan ke wad 2D. Mak jaga ayah di wad, yang lainnya pulang kerumah dulu.

Ayah ditahan wad kerana bacaan jantungnya terlalu lemah. Darah diambil sekali lagi. Jam 04.30am Akak yang dari Kajang turut pulang ke Kampung. Aman dari Gerik juga sudahpun ke Hospital tengahari tadi.

Aku masih belum boleh pulang ke kampung. masih ada tugas yang tak terlunaskan disini. Ya Allah, kau berikanlah kesembuhan buat ayahku Ya Allah.




No comments:

Post a Comment