10 January 2020

Ayah Warded Last Day




10.01.2020 - Friday

The best part in my life when i heard ayah will discharge today.

Ramai juga visitor ayah for today. Terima kasih pada yang datang. Hari ini aku akan pulang, pulang melawat ayah. Rindu aku pada ayah dan Mak. Mak Alhamdulillah, walaupun dia menghidap kencing manis, tapi mak sihat-sihat saja. 



Sebelum discharge, ayah di minta check mata oleh Hospital Teluk Intan. Prosedur berjalan lancar sehingga ayah discharge.


Terima kasih pada semua yang sudi melawat ayah. kawan-kawan ayah dan saudara mara yang tahu. terima kasih. terima kasih juga pada kalian yang mendoakan kesihatan ayah aku. 

Semoga Allah membalasnya dengan memanjangkan usia kalian dan memberi kesihatan yang baik buat kalian.

Aku pulang jam 8 malam dari Ampang, sesampainya ke Kampung sekitar jam 10.30malam. Aku terus meluru ke bilik ayah. Ayah berbaring didalam bilik. Aku peluk dan cium tubuhnya yang terlantar. Ayah mahu beralih posisi baringnya, namun payah bagi dia, Sakit seluruh badannya. Kakinya juga umpama tidak mampu digerakkan. Sakit bilangnya.

Allahu. 

Aku tak mampu menyeka airmata. Difikiran aku, dia sudah 70 tahun. Jika bukan sakit, maka apa lagi yang aku jangka?? Maka aku bantu alihkan posisi baringnya, itu pun dia mengerang kesakitan. Aku mengahrap ada keajaiban. Semoga saja Ayah sihat dan berjalan seperti biasanya.




No comments:

Post a Comment