03 January 2020

Duniaku yang Hampir Gelap


02.01.2020

Ayah sepatutnya ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan result blood test yang di buat dua minggu lepas, sepertinya doktor dapat menghidu sesuatu yang kurang baik, maka ayah di minta xray pagi itu. Kata emak, tempat Xray nya jauh, ayah mengheret kaki yang bengkak ke tempat Xray. Emak tak tahu mana nak dapatkan wheelchair di sana. jadi ayah mengheret kaki dari bilik doktor ke ruang Xray dan keruang farmasi mengambil ubat.

Aku call ayah pagi ini. Ayah bilang dia ada di dalam bilik doktor dan dia di minta Xray. selepas beberapa jam, aku call rumah Langkap, Emak jawab. Bilang emak, kaki ayah semakin memburuk. Ada khabar yang lebih buruk dari kaki itu.

Tiba-tiba aku di khabarkan bahawa Ayah menghidapi Jantung Bengkak. Aku yang tersenyum sambil bersembang dengan emak ditelefon tadi, menjadi pucat lesi, lutut sudah tak kuat lagi, berdiri aku tak mampu lagi. Terbayang arwah Abang Amat yang menghidap sakit yang sama.

Baru terfikir dek minda simptom-simptomnya. Baru terbayang bengkak air kaki, tangan, muka dan badan Arwah Abang Amat. Allahu. Aku meraung. Emak tenang di hujung talian. entah raungan aku tak tertahan lagi. Aku takut menjadi sangat amat takut dengan berita itu.

Aku hilang arah, aku tak keruan. Hati tak tenang. Selera tidak menjengah. Ketakutan.
Hampir gelap dunia aku. Sekejap nafas aku seakan terhenti. Aku tak kuat. Sungguh aku lemah. Allahu.

Selepas talian dengan emak aku matikan, jari-jari aku mneggeletar, laju aku buat panggilan kepada alang, yeop, aman untuk memberitakan. Alang dan Yeop kedengaran bersuara tenang, Aman yang baru kehilangan bapa mertua dan masih di kampung gerik sedikit cuak dnegan berita yang aku sampaikan. Aku call acu dan adik juga. 

Aku berdoa moga saja dipermudahkan penyakit ayah ini. Di sembuhkan. Aku tak mahu. Aku tak mahu. Namun menurut emak, doktor telah memberi ubat sepatutnya kepada ayah dan tarikh 14.02.2020 ayah kena datang lagi untuk pemeriksaan selanjutnya.

Aku merasakan tarikh itu terlalu jauh dari hari ini. Entah.

Aku mohon, kalian doakan ayahku.


No comments:

Post a Comment