12 January 2020

Darussyifa' dan Pulang

12.01.2020 - Sunday

Hari ini, aku dan Andy harus pulang ke Kuala Lumpur.
Semalam, Cik Udd dan Akak sudah pulang. Giliran mereka terlalu lama menjaga ayah. Terima kasih adik dan kakak ku.

Hari ini, aku, ibu, acu, adik harus pulang. Perancangannya, pagi ini aku perlu bawa ayah ke Darussyifa' Teluk intan.


Kita ni, selagi boleh usaha, kita usaha. Ini pun sebab ada sesuatu, kemungkinan juga. Sebab ada yang tegur dan beri cadangan untuk bawa ayah ke Darussyifa'.




Terima kasih atas kerjasama ustaz di Darussyifa Teluk Intan. Semoga kamu semua dimurahkan rezeki dan di berkati Allah.



Suamiku, akyu tahu kau lelah. aku tahu banyak urusanmu kau ketepikan demi mertuamu. Aku doakan kau dimurahkan rezeki dan dilimpahi pahala.

Aku amat berterimakasih atas segala pengorbananmu.

Lepas balik dari Darussyifa', terus pulang ke rumah. Ibu dah mula nak memasak. Menu kami hari ini bukan calang-calang sedapnya. Terima kasih ibu atas lelahmu menguruskan rumah mak ayah kita.

Ikan bakar di bakar oleh adik. Ibu masak gulai masam batang keladi dan gulai lemak pucuk paku. Alhamdulillah. 




Ayah hirup gulai masam, ratah sedikit ikan bakar. Alhamdulillah ayah makan. 

Hari ini juga Haji Mukit datang ambil burung puyuh. Alhamdulillah. Ringan bahu ayah. 
Acu demam hari ini. Semalam penat selongkar almari mak dan ayah membuang segala barang lama. Entah kenapa, malam tadi yang tak hujan, tiba-tiba acu kesejukkan sampai menggigil. Demam, muntah segala ada. Kami syak sesuatu. 

Semalam Abang Jie sebelum pulang ada pesan kepada suami aku yang toilet tengah tu sumbat, so dari lepas balik Darussyifa' tu, suami aku memang busy settlekan saluran air yang sumbat. Lepas tu saluran paip pulak bocor. kebasahan suami aku. Kejap-kejap ke ahrdware beli barang-barang yang diperlukan. 

Petang tu, kami jalan-jalan cari gula gula Ayah. entah, tekaknya teringinkan. Kalian pasti pernah lihat dan makan gula-gula ni. Sekian lama aku tak makan. Ini kami sanggup cari demi ayah.



Hari ini selepas kepulangan kami ke KL, mak ayah tinggal berdua. Yeop sampai jam 8.30 malam. Yeop tidur di kampung malam ini. Dan akan membawa ayah dan emak ke KL Klinik baharom esok pagi. Selepas selesai urusan di Klinik Baharom, Cik Udd akan ambil mak ayah di sana dan terus di bawa ke Nilai, Rumah Ibu.




No comments:

Post a Comment