09 January 2020

Ayah Warded Day 3

09.01.2020 - Thursday

Its a day 3 of Ayah's hospitalized. Today Acu went back home to visit Ayah at the hospital. I should go back tomorrow. InsyaAllah. aku harap ayah dapat discharge hari ni.



Setakat ni yanga da di kampung cuma Ibu, Akak, Acu, Cik Udd dan Chik. Aman dah balik KL. 
Hari aku masih sebu. Sebab aku masih belum boleh melawat ayah. Aku harap segala kerja yang aku ada boleh selesai hari ini. Sekurang-kurangnya aku boleh juga half day esok dan balik kg segera.



Hari ini aku call lagi ayah. Suaranya sudahpun kedengaran sedikit ceria. Aku sedikit lega, tapi masih ralat. Seronok mungkin ayah disana, ada cucu yang melawat. Namun apa yang meruntun jiwa aku, ayah di khabarkan ada kompilasi buah pinggang. Akibat ubat yang dimakan tetapi tidak menjamah makanan lain. Aku harap ayah cepat sihat seperti sediakala.

Mak sihat Alhamdulillah. Tapi aku tahu jauh disudut hatinya sedih benar melihat keadaan suami yang dulunya ceria cergas kini terlantar dan hanya mampu duduk. Kuatnya mak. Dan aku harap mak terus kuat. Isteri, dia disamping ayah berpuluh-puluh tahun lamanya. Aku harap mak kuat dan tabah. Aku mahu mak kuat dan cekal.

Kalian, aku mohon kalian doakan ayah aku untuk agar sihat dan mohon doakan mak aku agar kuat dan tabah. 

No comments:

Post a Comment