15 January 2020

Belum Mengandung

Mereka bilang aku merancang pasal anak. Padahal sedikit tidak pernah aku rancang.
Apalah nak aku rancang, umur aku sendiri dah cecah 35 tahun. 
Keinginan menjadi ibu membuak-buak dalam hati. 
Tapi aku masih syukur. 
Syukur sekurang-kurangnya aku merasa jadi isteri.

Aku dan suami bersusah payah mencuba itu ini. Takkan kami nak canang seluruh media sosial apa yang kami usahakan. Takkan kami nak cerita terperinci rawatan atau segala tindakan yang kami ambil.

Gila !! 
Dunia kini sangat gila !! netizen dan makcik bawang berleluasa, tak cukup dengan media sosial, mereka menjaja cerita aku merancang kehamilan hingga seluruh alam, seluruh pelusuk dunia.
Ya Rabb.

Mereka bilang aku keras, hingga payah lekat. Mereka kata aku tak pandai menjaga rahim. Ada diantara mereka lebih kejam sehingga sanggup mengatakan aku mungkin mandul. 

Allahu.

Mandul atau tak, bukan mereka yang tentukan. Ada sebab jika benar mandul. Ada sebab mengapa belum diberi rezeki anak hingga hari ini. Ada sebab mengapa semuanya berlaku. Mereka semua gila. Lupa tentang ketentuan Allah. Lupa dengan kuasa Allah. Lupa yang segalanya kerana Kun Fa Ya Kun. 

Aku tak kuat untuk redha di perkata seperti itu, tapi aku pasrah atas apa yang mereka katakan pada aku. Hinaan mereka bukan mudah untuk aku terima, aku tak mampu ikhlas dalam menerima kecaman dan hinaan mereka, aku hanya mampu menyerah ketika mereka membanjiri aku dengan kata-kata menyakitkan itu.

Biarlah. Allah tahu rahsia mengapa aku belum punyai zuriat. Allah hantar mereka-mereka ini untuk menudga aku. Untuk melihat jauh mana kekuatan mental dan fizikal aku. Aku tak boleh kalah. Aku dah pergi sejauh ini, tak mungkin aku akan kalah hanya dengan kata-kata tajam mereka. 

Aku takkan rebah, aku akan berpaut pada tiang agama. moga saja mereka yang rebah, rebah tanpa mampu bangkit semula. dan pada waktu itu aku tinggal bilang pada mereka
"Selamat Datang ke Hari Pembalasan"


No comments:

Post a Comment