04 January 2020

Klinik Baharom dan Sinar Baru




Hari ini Aman bawa ayah ke Klinik Baharom, Sentul. Aman bilang doktornya punya kepakaran tersendiri. Jadi kami setuju bila dia umumkan ingin membawa ayah kemari.

Aman dari Gerik ambil Mak Ayah di Langkap untuk di bawak ke sini. Aku sedaya upaya curi masa agar dapat temankan mereka, sekurang-kurangnya dapat juga meringankan rasa yang mereka berdua tanggung. Terus Terang aku katakan aku tak punya banyak jasa terhadap mereka.
Dapat aku teman mereka sebegini, bangga rasa hati.

Seperti yang di beritahu semalam, Dr. baharom juga mengesahkan ayah sakit Jantung Bengkak. Hari ini, aku lebih tenang dari semalam. Aku terima hakikat. Ayah sudah 70+ maka jika bukan jantung sekalipun, pasti ada penyakit lain. Dan aku harus terima bahawasanya setiap manusia akan pergi, penyakit dan segala punca kematian adalah asbab sahaja. 

Dr. Baharom bilang, sakit ini boleh sembuh dengan pemantauan, penjagaan makanan dan ubatan. Alhamdulillah. Satu berita yang aku kira baik buat mereka berdua. Penghujungnya Aman membawa mereka makan dan aku kembali kepejabat.

Aku seikit lega. Namun masih aku mahu kalian mendoakan kesihatan ayahku.

No comments:

Post a Comment