11 January 2020

Operasi Bersihkan Keliling Rumah

Pagi aku dikejutkan oleh adik. Abang Jie dan Afiq sibuk menangkap ayam kampung yang ayah bela. Masih kanak-kanak ayamnya. Di tangkap untuk di jual kepada cina di market.

Bukan apa, ayah bilang dia sudah sakit, berjalan pun guna tongkat, sedikit melangkah mengahnya bagai berlari keliling padang. Dia tak larat lagi, dan dia mahu ikut Ibu pulang ke Nilai, maka dia minta jualkan ayam-ayamnya. 



Ayah juga ada burung puyuh, banyak. dia bela. So, dia decide nak bagi pada wak Mukit burung-burung puyuh tu. Now, dia dah sedikit selesa. Ayam-ayam dah jual, burung-burung akan di beri pada Wak Mukit. 

Pagi ini, aku dan Andy sibuk. Sibuk mencakar sampah keliling rumah, bakar sampah. Petik cili api ayah di belakang. Petik roselle, cantas pokok sana sini. 




Then, main dengan anak-anak buah. Sesekali, kami temankan ayah didalam bilik. Ayah tak boleh jalan tanpa walkingframe. even nak berdiri pun, ayah perlukan bantuan walkingframe. His leg no longer strong. 

Masa sembang dengan ayah, ayah mengadu tentang kaki dia, tentang kesihatan dia. Dia lemah. Aku sedih. Dia tak kuat, aku lagi tak kuat. Entah apa yang buat aku terlalu lemah. Sejak dari berita dia sakit, hingga hari ini. Aku sama lemah macam dia. Aku sama tak kuat macam dia. Aku sama susah tidur macam dia. Aku sama tak selera macam dia. Aku takut. ketakutan tu selalu menjalar dalam hati.


Acu sibuk mengemas baju-baju lama mak dan ayah. Selongkar almari mak dan ayah, mana yang lama semua kami bakar. Bersih dah almari ayah, just current baju yang digunakan sahaja yang ada. Banyak kain batik mak, terjumpa juga seluar-seluar aku yang lama di zaman kekurusan aku


Akak dan Cik Udd balik KL tadi selepas makan, maka tinggal aku, adik, acu dan ibu yang menemani ayah.

Ayah makan sikit sangat. tapi sekurang-kurangnya makan. jadilah walau sikitpun. Tengahari tadi adik belikan nasi lambai, malam Udd belikan mee hailam. Ayah makan sikit. katanya tekaknya pahit. tak selera makan

Kalian, aku mohon kalian doakan ayah aku ya.


No comments:

Post a Comment