12 November 2017

Stupid Woman Logic Thingy

Some nights, i just cry for nothing.

I'm not really understand. But this is what we called "woman is always woman"
We woman have our own logic that very difficult for man to understand. 
Sometimes, we also could not understand our  self !

Tears for no reason.

My life was amazing. I have anything i want. 
Ya, i know sometimes we have to get through a hard time. I did. But it doesn't matter at all.

It seems like i don't know myself for a certain moment. Sometimes. i cried the whole night on bed and fell asleep.

What on the earth i am thinking about? I don't know ! I'm not confused, i swear. I'm not losing my mind. But i don't know why i cried. 

That's sounds funny. Ya, i know !

I always thinking that u am in a good condition. Health, self confidence and etc. I always am the person who always problem-solution-finder-person i suppose ! 

But then, i realized. I'm just a woman which sometimes have a stupid-woman-logic-thingy to get through.

okay then.

Till me meet again in next chapter of my life~~

22 September 2017

Naungan Hati Part 3





Tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh Nuha. Hari dimana dia harus tinggalkan kampung itu, meninggalkan Pak Samad, Mak Zah dan Adi meneruskan kehidupan tanpanya disisi. 

"Ingat pesan mak Nu, jaga tingkah laku, jaga bicaramu, jada lidahmu, jaga pergaulanmu, jaga maruah dirimu, tempat orang, ditengah bandar besar sebegitu terlalu banyak dugaannya nak" Mak Zah teresak-esak memesan sambil mengusap lembut belakang anak perempuannya.

"Muda, darah panas, hati nak mencuba segala benda. Tapi kita ni didatangkan dengan akal Nu, buat keputusan dengan mengambil kira segala segi nak ya." Pak Samad memeluk Nuha erat.

"Tunggu sana, nanti turn Adi pulak ikut kakak" Adi nampak keras diluar, tapi jiwanya sebak terpaksa berjauhan dengan satu-satunya adik-beradik yang dia punya. Kakak yang juga kawan dan tempat bergurau senda.

"Kau jangan cari pakwe ya" Mariam mencuit hujung hidung Nuha sambil ketawa. Pecah sunyi dengan sahutan tawa yang lainnya. 

"Nu pergi dulu ya Mak, Bapak, Adi dan semua" Satu persatu tangan disalam dan dicium. Langkahnya disusun bersemangat menuju teksi Pak Halim yang akan membawanya ke pintu gerbang UIAM.

Pendaftaran bermula, seluruh dewan penuh sesak dengan manusia. Yang terjerit-jerit ada, yang sedu-sedan ada, yang berdiam buat hal sendiri pun ada. 

Nuha mengekori salah seorang fasilitator dihadapannya untuk ke bilik yang disediakan buat dia serta 3 lagi kawan lain yang bakal menjadi rakan sebiliknya.

"Ni bilik kamu berempat. Semua sudah besar, belajarlah bekerjasama. Jangan kerana hal kecil kamu berempat menjadikan masalah antara satu sama lainnya. Kita disini datang untuk belajar dan mencari pengalaman hidup. Bukan untuk mencari musuh, apatah lagi untuk bergaduh. Faham?"

"Faham" serentak Sarah, Nuha, Azila dan Murni bersuara. Masing-masing bertukar pandangan kerana tak sangka sahutan mereka serentak. Sarah dan Azila ketawa kecil, dituruti Nuha. Murni hanya mengangkat kening lalu masuk kebilik.

"Yang katil ni aku nak. Aku tak sesuai duduk dikatil bawah dan aku nak berdekatan dengan tingkap supaya aku bernafas." Tegas suara Murni.

"Saya yang mana-mana pun tak apa. Hai semua, nama saya Nur Sarahawani. Boleh panggil Sarah." Sara meletakkan begnya di katil bawah Murni.

"Aku Nur Azila. Aku budak Semenyih. Aku pun tak kisah katil mana-mana. Asalkan aku boleh tidur. Oh ya, aku suka tidur." Azila ketawa dan sahut oleh Nuha dan Sarah. Murni masih sibuk memasang cadar.

"Saya Nuha Hadiqa, saya dari Sungai Manik, Perak. Saya ambil katil bawah sini boleh?" Nuha merenung tepat kearah Azila. 

"Boleh. Saya okay. Kau nama apa?" Azila memaling kebelakang menghadap Murni. 

"Aku Murni. Aku budak sini-sini je. Aku asal Gombak. Aku tak suka bising. Aku tak suka orang dengkur. Aku tak suka orang gedik-gedik. Buat cool je dah." Murni memandang sekilas tiga rakan sebiliknya sambil mengibas-ngibas bantal yang siap disarung.

"Esok start kita punya minggu orientasi. Kalau tengok agenda macam banyak aktiviti kita kan?" Azila mengomel sambil memanjat tangga untuk ke katil atas lalu merebah perlahan tubuhnya ke tilam.


21 September 2017

Hazel dan Perangai


Dia memang sejenis kucing yang selalu kacau aku tidur malam.
Tapi dah lama jugak dia tak kacau aku tidur malam.

Cuma malam tadi.
Dia mengeow kuat. Aku bukak pintu. Tapi aku tak bukak lampu. 
Dia baringsebelah aku mata bertentang mata, hidung bertemu hidung. Langsung dah tak mengeow.

Tapi ! 
Asal aku tutup mata jek, diamengeow. Aku bukak mata, dia diam. Dia nak aku hadap dia depan mata tu sampai lebam. 
Entah apa punya peel dia buat !

Aku nak marah pun tak mampu, sebab dia punya muka.. tu kesian habis.
Aku bangun bukak lampu. Aku baring balik sebelah dia. Sama. Dia masih baring tak berkedip bijik mata tengok aku. Diam !

Entah mana silapnya. Entah apa kenanya pun aku tak tahu.

Kesian dalam geram aku ni. 

14 September 2017

Ikan jaket dan Asrama

Kalian.

Ada antara kalian merasakan ikan cencaru atau ikan jaket itu bukan ikan standard. Jatuh jauh di bawah kelas atasan ikan. Masih berkelas jika Kembung atau Selar.

Namun.

Tahukah kalian. Bersekolah di sekolah asrama, itulah ikan yang kami nantikan acapkalinya. Bukan anak orang senang, sekolah private yang tiada biaya kerajaan, bersandar kepada dana-dana dari pihak berkaitan dan yuran bulanan dari ibu bapa sahaja.

Kami makan ikan jaket. Segala jenis masakan. Di masak akri, masak kicap, masak gulai lemak, atau digoreng garing. Enak lazat di tekak kami.

Ya.

Kami makan setiap bahagian ikannya. Bukan makan sekadar isinya. Kulit kerasnya, tulangnya, kepalanya di kunyah-kunyah dihisap jusnya dan hanya hampas dibuang !

Kalian bukan seperti kami.

Biarpun ada antara kami anak orang berada, makanan kami tetap sama ! Tidak ada beza antara satu dengan lainnya.

Hidup di asrama. Itulah. Pengajaran awal susah senang diperantauan. Jadi tidak sedikit rasa kekok untuk berdikari di kota selepas habisnya sekolah.

Aku. Paling geli melihat anak-anak mak yang manja sehinggakan nak pergi kolej juga kononnya home sick. ya aku dulu begitu, menangis setiap kali menelefon ayah dan mak. sedih berjauhan. Namun, kelamaan. Terbiasa.

Berdikari bukan mudah. menggalas tanggungjawab diri sendiri.

Alhamdulillah. Aku berhasil dengan berdikari. bukan anak manja terperosok dibawah ketiak mak !

13 September 2017

Kawan atau Lawan?

Tengah berjalan kat KLCC menuju ke Office.

bumped to one of kawan sekolah menengah. Sekampung. Kawan tapi tak lah satu gang pun, Yup aku ada gang. Sedikit nakal dulu. Dia tegur bak mak datin tegur kawan-kawan ni.

Selepas seketika bersalaman berlaga pipi bagai. Come on !

"Kau belum kahwin ya?" Soalan yang terpacul dari dia,

Dan aku macam blur~~ Tak ada ke soalan lain? Tanya khabar ke? Dengan masih jaga santun, aku jawab:

"Belum". Aku jawab lembut-lembut okay.

"Ruginya, kita ni perempuan kena kahwin cepat-cepat, takut expired." Sambil dia tunjuk-tunjuk bahagian bawah perut aku sambil ala-ala bisik dengan sengih ala-ala ikhlas tak ikhlas tu.

Aku tergamam !

"Kau kerja apa?" Dia tanya lagi. Mungkin respon aku tadi yang membisu buat dia bagi soalan lain kot.

Ni biasa lah kan. Aku pun jawab:

"Keje biasa-biasa, company kecik saja"

Dengan lemah lembut dia pegang lengan aku dan separuh bisik.

"Kau dulu kelas 5A2 Ekonomi Asas kan? Fail ke sampai keje kecik-kecik? Eh, kau habis tak sekolah dulu?"

Aku bukan setakat tergamam weyh. Aku macam speechless plus rasa nak lempang muka dia. Tapi taklah lah aku nak jerit pekik kat situ cakap aku lulus dan habis sekolah pulak. Tak perlu nak menyalak !

Aku senyum dan minta izin nak blah, dia tahan aku. Kejap. Konon lama tak jumpa. Dia ni memang perangai macam ni ke dulu, dan aku je tak perasan atau dia ni baru saja berubah jadi macam ni?

Aku okay kan saja lah. Then tak lama tu, husband dia datang. Aku just okay-okay saja la menyapa suami dia. Kenal. Kawan abang aku rasanya atau mungkin kenal-kenal sebaya. Sebab abang aku tak sekolah sama dengan aku. Tapi maybe dia kenal abang aku lah.

Dalam hati :
"La.. Kahwin dengan mamat ni ke? Tak la hebat mana" Sempat aku mengutuk sikit dalam hati. 

Laki dia pun tegur aku balik. siap tanya aku ni adik si abang aku tu kan. Ye kan saja lah. Lepas tu laki dia cakap :

"Kau ni bila nak kahwin? dah tua dah pun. Sudah-sudah lah nak enjoy sangat. Sudah-sudahlah nak berjantan bagai tu. Kahwin, tutup buku. Cukup." Dia sengih dan peluk bini dia. 

Eh. Sekejap !

Laki bini memang mulut macam h***t ke apa?

Jantan? Mana? How many jantan i have that you know? Eh. 

Tapi takkan aku nak hambur kat muka laki tu depan orang ramai? Maruah aku ni ! Takpe, wise people ignore. Then aku jawab santun:

"belum jodoh. macam kau belum ajal. sama. kot kalau tau ajal kau, mesti kau da tunduk mintak ampun kat orang yang kau buat salah. kalau aku tau siapa jodoh aku, tak payah tunggu, Lepas aku keluar dari perut mak aku tu aku dah ajak dia kawen"

Then sembang sikit. Semua yang disembangkan memang tajam menusuk hati. Aku mintak izin nak blah. Aku terus chow !

Ada notification fb kat phone aku. Tengok-tengok laki dia add. Aku accept. Bukan menggatal, tapi aku tahu niat nak stalk tu. so biarkan, stalk lah sampai lebam.

Aku pun whatsap kawan-kawan yang kenal dengan bini dia tu. Mereka pun kata dorang berdua laki bini tu memang suka cakap lepas. Aku pun dah mula okay sikit. Dah memang sikapnya begitu.

Then aku dapat tau pekerjaan laki-bini tu. La, itu saja ke kerjanya? Ingatkan hold big position in a big company which is kau sebut saja nama company, semua orang nganga and pandang kau tak berkelip. Ingatkan jenis gaji paling kecik 10k ditangan.

Rupanya biasa. Lebih biasa dari aku. Cuma lagaknya lebih dari apa kita nampak.

Then aku diam, aku buat entry ni untuk share dengan kau orang, kalau orang tak kahwin lagi, janganlah cakap sebab dia kaki jantan/betina atau memilih atau apa saja yang mengguris hati dia. Kalau dah kahwin tak ada anak, janganlah kata mandul ke, apa ka, cukuplah share perubatan atau teknik atau yang berkenanan sebagai sokongan. Kalau tak mampu membantu jangan menyusahkan.

Jangan perkecilkan pekerjaan kawan-kawan. Kadang kawan yang kau nampak tak berapa okay tu lebih okay dari kau yang luar nampak okay, dalam rupanya OKayoU.

Hopefully this entry can give us motivation and a bit confident when we face a people with this type of character. don't judge book by its cover !

**Gambar sekadar hiasan




07 September 2017

My Kitty Hazel


Lately dia suka sangat kacau aku.

Ya. Kacau yang jenis buat aku rimas tapi terkadang aku layan jugak sebab aku sayang dia.
Di tengah malam, tatkala sunyi tanpa suara, aku dengar suara dia sayup-sayup dari luar pintu bilik.
Dia panggil aku tengah-tengah malam.
Mintak aku buka pintu bilik untuk bagi dia masuk.

Bukan itu saja, kadang dia tetap tak berhenti mengeow. Mulanya aku tak pasti apa dia nak. Dan aku switch on lampu. Dia tiba-tiba senyap.

Aku baring, dia melompat naik kekatil.
Bukan untuk berbaring sama dengan aku. Tapi cuba untuk melompat-lompat tak tentu arah atas katil aku.
Aku cuba pujuk. Dia tak hirau. Semakin ligat dia main. Cuba tangkap jari jemari aku yang terkulai layu. Aku layu sebab aku mengantuk.

Dia gigit-gigit manja jari aku. sedikit jari aku bergerak, dia melompat menyorok di balik bolster. Dan mengintai-ngintai jemari aku lagi, dia aim jari aku, dari balik bolster dia stunt nak tangkap jari aku.

Dia ajak aku main. Main?? Tengah malam?? Mengapa perlu??
Uchik (kucing jantan aku) ada, Anabelle kucing betina bengal aku ada, kenapa aku dipilih untuk bermain tengah malam?

Aku fikir, mungkin malam itu saja. Rupanya, tanggapan aku meleset sama sekali.
Hazel mengacau aku hampir setiap malam. Saat jam mencecah 12-1pagi.

Lelah. Kepenatan aku.
Lalu aku bancuhkan susu. Semoga saja bila dia kenyang. dia ketiduran.

Dan taktik itu berjaya.

Ini aku persembahkan. Video yang aku ambil ketika dia menyusu ! Lucu.



Tiada kesabaran dalam diri, dia mengeow setengah menjerit melihat botol susu. Mengejar kaki aku, bila disuapkan, dia minum puas.

Ya. Anakku Hazel. 

05 September 2017

Gunung Nuang, Bukan Kisah Hiking


Salam.

Actually niat semalam nak hiking Gunung Nuang (gambar adalah kat pintu gerbang entrance trail), tapi tak jadi hiking pun dek kerana cuaca Allahu kejap panas meleting kejap redup gelap.

So kisah ni memang bukan kisah hiking la ye. Its more to visiting saja lah.
Well, Biar aku terangkan apa itu gunung Nuang.

Gunung Nuang is located at Hulu Langat which is a reserve forest of Hulu Langat. This mountain is the highest mountain in Selangor and ists one of the mountain in Banjaran Titiwangsa. There got 3 entrance to this Gunung Nuang, 
1. Hulu Langat
2. Janda Baik
3. Kemensah
But the most popular route or yang orang selalu guna adalah melalui Hulu Langat.

Masa hiking kau orang boleh nampak batu border antara Selangor dan Pahang.
Gunung Nuang berketinggian 1,493meter. Ia memakan masa 6-7 jam untuk sampai ke puncak, dalam pendakian, kau orang boleh nampak akan ada beberapa tempat stop untuk berehat.

Kat Pintu masuk Gunung Nunag ni, kau orang boleh nampak ada pejabat, surau bagai, 


Pondok dalam gambar tu, dalam kawasan roof dia bahagian dalam tu, penuh dengan kelawar, seram ya amat !


Okay disebabkan aku tak dapat nak hiking, aku spend time kat sungai Hutan Liput Gunung Nuang, which is opposite of Gunung Nuanh main entrance.
Tempat yang kau orang boleh tengok kelilingnya semak samun tak terbela.


Air sungai dia punyalah jernih.


Ni dari pondok nak turun ke sungai.

Aku sediakan sedikit Video untuk kau orang tengok kawasan dia. A bit scary but seriously peaceful !
Tapi bahaya untuk anak-anak dara datang sini berkumpulan atau berdua tanpa lelaki. Bahaya jugak bagi mereka yang datang nak merendek kat sini ye.
Line memang clear, cuma takut tersampuk atau ada ular atau binatang berbisa datang kat kau.


This video actually a live video i made for my instagram. You guys who would like to visit my IG or Fb or Twitter can go the this blog sidebar and click to the symbol under "Follow Us"
Or you can see my IG photos on the footer of this entry.

Di sebabkan aku tak jumpa any link yang aku boleh share dengan kau orang, so aku share beberapa blog yang boleh merasuk jiwa korang dan buat korang nak hiking kat Gunung Nuang tu.




Okay, setakat ni, tu saja cerita aku. Aku Rasa esok takde pergi mana-mana. 
Tengok next weekend. Maybe pergi mandi-manda pulak. 







26 August 2017

Un-Flush Case


Its about toilet !!

Which is at my office we shared the toilet with other company too. There is two toilets for each floor.

The toilet belongs to the tenants. Two companies at my floor share the same toilet. Management provide us (two companies mine and the next door) toilet keys. Its mean, we can lock it or just let it free.

Lately, there is one lady always come and use our toilet. She actually new. I thought she was work with the next door company. But, it turns out that i was wrong. She did not work with the next door company. I saw she was walked from the next building which the floor connected to our building. There at her side, the next building, they have another two toilets. I'm not sure why she did not use the other side toilet. 

Since that, the weird things started. 

The user not flush the toilet properly. Its happened and not only me who noticed it. People start talking about the UN-Flush cases. And what i saw that day is not the first time happened. Its happened before but not before the new lady came. Then, we decided to put a sign note as above picture. But still, the thing repetitively happened.

Then, we both companies decided to lock the toilet ! Of course the new lady could not use the toilet because management only provide the key to the tenants which is my office and the next door. 

Then the un-flush toilet stop ! 

Ya, finally we successful stop the un-flush case !

And please, for all reader out there. Flush the toilet after you use it !! 


25 August 2017

Aku dan Malas

Bila kau sedar umur kau meningkat.

Kau sudah mula malas.

Malas ambil tahu mereka suka atau tidak pada kau.
Malas mencari tahu siapa dia atau apa dia nak buat pada kau.
Malas nak create something yang mencetuskan pergaduhan.
Malas nak buka mulut walau kau ditindas.
Malas nak bercakap dan lebih suka diam.
Malas nak cantik-cantik diluar dan tak kisah what people gonna say about your face.



Bukan kerana kau jenis manusia tak bergaul sampai tak ambil tahu hal orang.
Bukan kerana kau jenis tak peduli pasal hal orang.
Bukan kau jenis manusia suka dipijak di henyak.
Bukan kau tak suka bercerita.
Bukan kau tak suka mempertahankan hak kau.
Bukan kau tak jaga penampilan.

Tapi kerana MALAS.

Malas nak dengar semua keritikkan orang yang terkadang buat kau tak lena tidur malam sebab nak hadam apa orang cakap.

Malas nak bergaduh bermasam muka sebab kau rasa pertalian kawan dan saudara tu lebih nikmat kalau tak berbalah.

Malas nak bertikam lidah sebab kau rasa dia takkan tunduk mengalah.

Malas nak layan orang jenis tak reti bahasa dan kalau dilayan kita sama gila macam dia.

Dan aku malas layan kau.

Kau tu jenis mulut puaka konon perangai bak malaikat tak punya salah. Sedang kau menjaja ceritera orang kiri kanan masuk sekali cerita dalam kelambu sampai ceria spender bra orang.

Aku diam. Duduk berteleku. Tapi mata aku nampak, telinga aku mendengar. Kau fikir aku bodh, ya bodoh bodoh diam tak buat apa untuk jaga maruah diri sedangkan kau menjaja-jaja maruah kau yang entah kemana.


24 August 2017

Serai, Pavillion, Kuala Lumpur, Malaysia


My office organized a luncheon at Serai, Pavillion, Kuala Lumour today.

What is best in there??

Okay.

Serai is one of malay cuisine restaurant but still offered for western food.

we are ordered malay food today.

Which the food served like "hidang" malay call it.

we chose for the set menu which is RM55++

Included


Steam White Rice

Green Curry Chicken

Mixed Vege with Oyster Sauce

Sambal Petai Prawn

Squid in Thai Hot Basil

and Thai Mango Salad. Sorry i forget to snap a photo of it.

The food taste so good and a bit spicy for the not-spicy-person. But for a spicy-person like me, its a very wonderful food ever !!

Below is the menu from Serai that you can choose.





Choose what ever you want.

For the website you can click link below :



This restaurant located at 7th Floor of Paviliion at Dining Loft.

thank you for reading.



23 August 2017

Naungan Hati Part 2


Nuha mengibas-ngibas cadar dan selimut, di lipat kemas. Bantal di tepuk-tepuk dan di susun rapi. Hatinya masih sayu. Terngiang-ngiang kegembiraan Mariam petang kelmarin. 

'Pin.. Pin.. Pin..' kedengaran bunyi hon motor. 

Pastinya posmen. Mungkin saja surat tawaran. Berlari Nuha ke muka pintu. Terlihat Pak Samad sudah pun memegang beberapa pucuk surat sambil bersembang dengan si posmen. Posmen berlalu. Nuha masih terpacak di pintu menanti surat di tangan Pak Samad.

"Pak, ada surat Nu tak pak?" Soalnya kurang sabar.

"Sekejap bapak tengok. Erm." Pak Samad menggeleng kepala. Lalu dia melangkah masuk melintasi Nuha. Nuha mengekorinya. Pak Samad berhenti sambil berpusing mengahdap Nuha. Hampir saja Nuha terlanggar Pak Samad yang memberhenti langkah secara tiba-tiba.

"Nu tunggu surat ini ya?" Pak Samad melayang-layangkan surat ditangannya kearah Nuha.

"Bapak!" Jerit si Nuha, tangannya pantas ingin merampas surat berkenaan dari tangan Pak Samad.

Namun pak samad yang tinggi dan masih tegap menjunjung surat di hujung tangan dan diangkat keatas. Terlompat-lompat Nuha ingin mencapai.

"Apa dua beranak ni? Di tengah rumah nak bergurau senda" Mak Zah mencebik. Keluar dari pintu bilik dan merebah punggung di sofa, tangannya pantas mencari remote kawalan jauh televisyen. 

"Dah tu, takkan bergurau di tengah bendang?" Seloroh Pak Samad, lalu menghyulur surat tersebut kepada Nuha.

Nuha malangkah memasuki biliknya. Perlahan-lahan surat dibuka. Ya, dia tidak sabar. Tapi takut juga jika isi kandungan surat itu mengecewakannya.

Dari satu patah perkataan ke satu patah perkataan lainnya. Nuha tersentak. sekali lagi dia membacanya, kali ini fokusnya penuh terhadap ayat yang tertera.

Tidak semena-mena Nuha melonjak sambil menjerit.

"Yeay. Alhamdulillah. Mak! Bapak! Nuha dapat tawaran belajar" berlari Nuha ke ruang tamu rumah mencari kelibat Mak Zah dan Pak Samad.

"Ya Allah. Anakku. Alhamdulillah Ya Allah. Berkat kerajinan kau belajar ni anakku." Mak Zah memeluk erat Nuha dan Pak Samad menepuk-nepuk bahunya.

Kegembiran itu di kongi bersama Adi bila si Adi pulang dari kelas tambahan petang itu. Mariam juga seronok mendengarkan khabar gembira itu. 

Nuha. Kali ini dia berjaya. Walaupun mereka bilang dia bijak, dia budak pandai di sekolah dan dia budak perempuan paling pintar di kampung, namun dia tidak pernah mengangkat tinggi dirinya. Dia selalu merendah diri. Dia percaya, kejayaan yang dia miliki selama ini adalah dari Allah dan hanya sekadar pinjaman sahaja.

Kini Nuha harus meyiapkan dirinya untuk merantau di Negeri orang. Tanpa saudara-mara disana, tanpa ibu bapa disana, tanpa adik beradik disana. Cuma ada Mariam, Zana dan Syuhada menemaninya.

Ya, ini apa yang dia inginkan. Ini apa yang dia impikan. Ini apa yang dia mahukan. Namun didalam hatinya, jantung berdegup kencang. Mengenang siapa gerangan membantu Mak Zah di dapur, menjemur kain, mengemas rumah dan memetik sayur dibelakang. 

"Arrghh. Adi kan ada? Walaupun dia lelaki, dia juga mampu membantu mak. Lagipula, dia bukan jenis berkira apabila melakukan kerja rumah. Moga dia bantu mak bila aku tiada." Benaknya berbisik sendirian.

*********************************************************************************

Nuha menjengah luar jendela. Gelap malam sunyi menjemput fikirannya menerawang jauh ke alam persekolahan. Bukan terllau lama dia meninggalkan sekolah itu, tapi rindu benar rasanya makan dikantin sambil berborak dengankawan-kawan. Rindu benar duduk di bawak pokok ketapang di bucu padang sambil membaca buku dan mengulangkaji.

Ya, tempat jatuh lagikan dikenang. 

"Seminggu lagi aku akan berangkat ke UIAM, semoga saja semuanya dipermudahkan. Allah, kau bantulah aku. Kau bantulah ibu bapaku, kau bantulah Adi adikku". Doa Nuha dalam hati.

Melihat Mariam kelam kabut mencari perkakas dan keperluan yang sepatutnya di bawa ke UIAM membuat hati Nuha menggeletek. 

Hari ini Nuha menemani Mariam membeli segala keperluan di kampus nanti. Mak Zah dan Pak Samad tidak akan menghantar Nuha ke UIAM. Nuha hanya menumpang Mak Kinah dan Pak Lebai Zaidi (ibu bapa Mariam) sahaja.

"Tak apa, mak dan bapak kan dah tua. Lagipun tidak ada kereta. Nanti saja, bila kau sudah bekerja, punya kereta, maka kau bolehlah membawa mak dan bapak kesan kemari ya Nuha" Nuha memujuk hati sendiri.

"Cukup semua keperluan kau Nuha? Nak Mak kinah belikan apa-apa tambahan?" Mak Kinah melaung dari ceruk dalam kedai. 

"Cukup Mak Kinah. Mak dan Bapak dah sediakan awal minggu hari tu. Mak Kinah layan sajalah kerenah Mariam tu." Jawab si Nuha sambil berseloroh.

"Yang ini, kalau dah cukup di mata Mak Kinah pun belum cukup dimata dia. Semua dikehendakkannya." Mak Kinah mencebik.

Mariam dari jauh hanya ketawa sambil menutup mulut.

Mak Zah dan Pak Samad awal-awal sudah menyediakan segala keperluan Nuha. Ya, mereka bukan orang jenis berduit sangat. Tapi, keperluan anak-anak masih terjamin. 

Nuha duduk dibirai katil. Merenung jauh beg-beg dan perkakas-perkakas serta keperluan peribadinya di depan mata. Entah mana datanya rasa hiba. Sayu merenggut hujung hati. Sedar-sedar sudah memanas airmata mengalir ke pipi.

Dibiarkan berjujuran membasi dagu dan baju. Semakin lama semakin deras. Ini kali pertama dia berjauhan dari Mak Zah, Pak Samad dan Adi. Ini kali pertama dia meninggalkan kampung untuk merantau. Ini kali pertama. Takkan ada lagi Mamat si kucing kelabu yang mengiow meminta makan dan berpusing-pusing dikakinya.

Ya, si Mamat bukan kucingnya. Kucing Mak Zainab jiran sebelahnya. Namun selalu saja menyinggah ke dapur rumah Nuha meminta makan. Terkadang menemani Nuha mengulang kaji pelajran diruang tamu. Tidur terlentang bagai manusia. Ya, peneman kala sunyi.

Mana si Mamat. saat hati pilu sebegini tidak pula nampak kelibat dia.

**bagaimana kehidupan Nuha di UIAM? Anda ingin tahu? nantikan Part 3.

22 August 2017

Blog Dan Faktor Umur


The thing is happened !

Few years back, actually taklah few years sangat bila bukak cikangkuh.blogspot.my (yang sekarang aku dah unpublish) nampak my last entry was on 2012. WOW !

Blog ni, bukan blog baru. Asalnya ia blog aku yang menceritakan tentang travelling dan kucing-kucing aku serta masakkan aku. Kau orang boleh view label cloud kat sidebar bawah sekali and nampak what kind of blog actually.

Then, aku decide to change the name also change the genre. Bukan apa, faktor umur mungkin. Blogger yang dulu berpuluh ribu followers di Malaysia ni pun kalau kau buka semula blog mereka, amboinya ada yang tak update apa-apa.

Ya, mereka juga menjalani sistem faktor umur sama macam aku. Aku, hari ini dan blog ini hari ini, lebih banyak kisah sendiri yang tak terusik kehidupan orang lainnya.

Ya, lebih banyak untuk talking-to-myself punya note. Macam entry ini juga.

Dan aku ada rasa, blog kali ini, aku nak share aku punya penulisan. Bukanlah aku ni "A" sangat bab penulisan. Tapi just nak share buah fikiran, mungkin juga ada diantara korang yang sama fikiran macam aku atau kau orang jenis opposite cara pemikiran dengan aku.

Then, aku ni jenis suka menulis. Aku banyak cerpen dan cerita pendek yang aku save dalam draft file dan dalam pendrive aku. most of it aku buat zaman 2007-2013. Bayangkan.

Dan aku rasa, nak share kat blog ni, untuk kau orang baca. Kalau kau orang kaki membaca macam aku. Tapi, aku nak ingatkan kau orang yang aku punya nukilan bukan jenis cerita cinta ala-ala drama kat tv maghrib-maghrib tu.

Most of it adalah cerita tentang kehidupan, persahabatan, pembunuhan dan ada satu cerita yang aku ambil dari kisah perang. Similar tapi aku ubah ikut citarasa aku. Maaf, aku jenis perempuan ada taman dalam hati, tapi taman aku bukan untuk aku share dengan semua orang sampai bersemut handphone kau orang.

Zaman berlalu, faktor umur meningkat juga puncanya. Sekarang, orang zaman yang suka tweet lebih dari baca blog. Macam karangan kata mereka. Dasar jenis budak gadget, malas membaca.

So, aku rasa kalau kau orang buka mana-mana blog zaman gilang-gemilang dah luput tu, dah tak ada entry baru tu, kau orang kena faham, they have their own life yang sibuk now. Sibuk basuh baju, kemas rumah, kerja, memasak, basuh bontot anak, okay fine.

Aku dah melalut ni, walaupun sekarang wajtu kerja, mata aku berat semacam. Nak tidur pun ya jugak ni. Sebelum aku terlelap, aku mintak izin beransur dulu.

Aku taip pun dah melalut. tadi actually nak type "aku mintak izin beransur dulu" dah jadi "aku mintak izin berangkut" entah apa-apa. Nasib boleh delete and type semula, kalau ni jenis mesin type zaman jenpun, perghh masak aku.

Okay. Aku chow dulu. Salam




21 August 2017

Little Goldie Furry Girl


She is a stray cats without mother, she's about 3 months old.
We took her home. When we saw her.
She is a spoiled girl.
Twisted around my legs and asked people to pampered her by rub her head, chin, stomach !

She is hyper-active girl. 
She played with the ball that i bought for my previous cats (Atoyyai who died last month and Uchik who still in the house but they actually did not even touch the ball seriously.) But this goldie furry girl was so excited playing with that ball.

She's like an angel or maybe a fairy. I don't know, i did not really like girl-cats anyway.
I have one before, but then one of my friend want her, so i gave it to her. But this time.
This goldie furry girl have stolen my heart.

She is not only active, she is very smart too.
I don't need to locked her in the toilet to train her to poop and pee in there. She find it by her self. Like she knows everything about the house and the rules & regulations. 

I named her "Hazel" 
So, say hello to my Hazel.


20 August 2017

A kampung Style Dinner


Dah nama pun orang melayu. Tekak memang kampung lah.
Malam semalam punya cerita, aku tak tahu nak masak apa, then aku jalan-jalan pergi cari lauk. Ye, tekak aku bukan sennag nak pujuk. Then nampak pulak Ikan Patin.

Aku pun terasa nak makan Patin Masak Lemak Tempyak Cili Api.
Sampai ke Langat aku cari Tempoyak. Tapi tu lah, nasib baik ada sorang makcik ni jual dengan harga RM15 sahaja, makcik ni memang ada jual banyak ulam-ulaman. Aku borong petai jeruk, jering sekali. 

Balik rumah, masak.
Patin Masak Lemak Tempyak Cili Api.


you can find the recipe by click link below :

Then sayur campur dengan Egg Tofu.


Dah alang-alang ada petai jeruk dengan jering ni, aku pun merajin diri buat sambal belacan.


Resepi Jeruk Petai :



Apa lagi? Aku makan penuh lahapnya sampai lupa akan dietku ini.

Takpe cheating sekali sekala.

Kalau kau orang rasa aku meliurkan. Aku mintak maaf, aku just nak share apa aku masak tanpa ada niat nak menu juk-nunjuk pun.

Thanks lah ya, sebab kau orang sudi jengah blog aku membaca. Kalau kau orang tengok aku typo tu, buat-buat faham saj alh. bukan apa, aku malas nak edit balik entry ni, aku jenis type-type apa yanga da dalam otak aku, lepas tu post. Sudah. 

Thank guys ~~




19 August 2017

Jeruk Petai / Stink Beans Pickle



In Malaysia we call it PETAI. I don't really know what it supposed to be call in English. Some people call it Stink Bean, some others call it Bitter Beans.

But in Wikipedia it called "Parkia Speciosa". Let me give you a real photo of this Petai :


Photo credit to : 

How to make this Stink Bean Pickle? Let me share you the recipe.

Ingredients :
Petai
Clean Water
Salt

Method :
1. Boil raw Petai with the skin in a pot. 
2. Take out the petai and put in a bowl soak with clean water about 1-2 days for the self-peeling process.
3. Clean it up, put it in the jar with full of clean water (must in ambient temperature). 
4. Add in a bit of salt. Let it in a fridge about 2-3 days before you eat it.

Simple right?
I hope that this entry will help you. 

Thank you for reading.


18 August 2017

Masak Lemak Tempoyak Cili Api Ikan Patin




This is one of my favorite dishes. Its a Malay food. Not a traditional food but one of best food in Malaysia. 
Its similar to Ikan Patin Masak Tempoyak, but the different is, we use coconut milk in this recipe.

Okay let me share the recipe with you.

Ingredients :

Ikan Patin clean and cut as you preferred.
Santan / Coconut Milk about 1 cup
Water about 2 cups
**Chilies (its up to you, how many you preferred)
**Onion
**Garlic
**Turmeric 1 inch
Daun Kunyit / Turmeric Leaf  (tear it to 5 pieces)
Lemon Grass about 1-2
Tempoyak / Fermented Durian

Method :
1. Belnd Onion, Garlic, Chillies & Turmeric
2. Put it in the pot with Ikan patin, Daun Kunyit, Lemon Grass, Tempoyak, Santan and Water
3. Heat it and stir it. But please be careful when you stir it. Slowly stir and make sure do not crush up the fish.
4. Cook until the fish tender. Then done !!

It seriously easy, but not all people will eat this food because some of us don't really like duroan. But let me tell you this, a fermented durian will not smells like normal durian.
Maybe you should try it.



15 August 2017

Naungan Hati Part 1



Satu persatu batu kecil ditangan kucampakkan kedalam tali air. Tenang benar petang ini. Aku melihat makcik-makcik beramai-ramai duduk di pangkin rumahku. Berborak entah apa modalnya sambil meraut daun kelapa dari lidinya. Sekejap ketawa mereka berdekah, sekejap berbisik-bisik suara mereka. Di sisi rumah kelihatan adikku si Adi yang dari tadi mencakar sampah, hujan pagi tadi meluruhkan banyaknya daun dari pohon ketapang itu. Si Adilah orang yang paling suka mencakar sampah, sudah dikumpul semua daun kering, dibakarnya.

"Nuha, buatkan kopi nak" emak menjerit dari pangkin.
Aku sedikit tidak menjawap namun bingkas bangkit, menyapu-nyapu kain batik bahagian punggungku lalu melangkah kedapur. Mencari balang berisi kopi dan gula serta menjerang air panas.

"Ni mak kopinya mak" Aku hulurkan talam berisi biskut lemak didalam piring seramik putih berbunga merah bersama set cawan dan teko yang mak beli dari Kak Mira si agen Giacomo.
Emak menyambut talam dan diletakkan diatas pangkin disebelah lidi yang sudah diraut. Perlahan-lahan menuang kopi ke setiap cawan lalu diletakkan cawan-cawan dan piring biskut lemak di atas pangkin, di tengah-tengah bulatan makcik-makcik. 

"Nuha, kau tak cari kerja? Sudah hampir 4 bulan SPM berlalu." Makcik Zainab menyoalku.
"Dia tunggu anak raja masuk meminang dia Mak Nab" sahut si Adi separa jerit.
"Anak raja mana? Anak raja Johor pun dah kahwin. Nak tunggu yang bongsu? Kelaut lah Nuha oi". Seloroh Mak Nab.
Yang lain hanya menyahut dengan ketawa.

Ya, aku Nuhamaira Samad. Budak kampung Nakhoda yang mereka bilang pendiam dan selalu bermain dengan imaginasi sendiri. Mereka bilang aku si gadis yang entah mana arah tujuannya. Sedang aku tahu mana hala tujuan hidupku. Aku punya perancangan tersendiri. Tapi sudah memang sikapku, tidak pernah aku menyuarakan atau berkongsi dengan kedua ibu bapaku, apatah lagi si Adi.

Kami dua beradik. Aku sulung, aku mahu jadi tunjang utama keluarga. mahu menaikkan taraf hidup ibu dan ayahku. Mahu Adi belajar disekolah sukan kerana dia minat benar dengan sukan.

"Nuha! Nuha! Nuha! Mana kau? Sinilah. Aku ada cerita ni." Teriak si Mariam yang belum sempat pun menongkat basikalnya, menjerit pekik sambil melambai-lambai surat ditangannya.

"Anak dara macam tu ke Mariam? Cuba manis sikit perangai tu" teriak Mak Kinah, mak si Mariam yang turut meraut lidi di pangkin rumahku.

Mariam adalah sahabat, kawan, teman aku sejak dari sekolah tadika. Aku berlari kearahnya. Menyambut sampul surat putih dari tangannya.

Itu dia, Mariam mendapat surat dari pihak UIAM. Dia diterima. Ya. Aku gembira dengan surat itu. Gembira untuk si Mariam.

"Kau dapat tak Nuha?" Soal Mariam sambil membelek-belek surat tawarannya.

"Tak dapat kot" jawabku sebak.

"Tak dapat kot? Maksud kau? Kau dah terima surat penolakkan dari diorang ke Nuha? atau kau belum dapat apa-apa berita?" Soal si mariam bertubi-tubi.

Aku mencebik.
"Belum dapat surat. Tapi, kau, Zana, Syuhada dah dapat surat dari UIAM ni. Kalau aku belum dapat, maknanya tak dapat lah tu." Aku menyandar kepala kebahu Mariam.

"Jangan macam tu, kau pelajar cemerlang akademik dan sukan disekolah. tak mungkin tak dapat. Mungkin esok kau terima surat tawaran, siapa tahu?" Pujuk Mariam sambil mengusap-ngusap rambutku.

"Kau berdua ni, setiap kali berjumpa macam gitulah gayanya. Macam dah tak berjumpa bertahun-tahun, padahal, pagi tadi baru jumpa." sindir si Mak Nab.

"Biarlah kitorang Mak Nab. Mak Nab best friend dengan mak, Mak Zah, Mak Melur, Mak Kiah, Mak Minah. Kami berdua saja tau. Tak ramai geng macam Mak Nab and friends" sahut si Mariam.

Berdekah lagi ketawa mereka.

Ya, mak aku (Mak Zah), mak Mariam (Mak Kinah), Mak Nab, Mak Melur, Mak Kiah dan Mak Minah memang rapat. Mereka selalu bersama. Ya lah, orang tua, suri rumah masing-masingnya, apa lagi yang mereka boleh buat.

Aku masih menyandar kepala di bahu Mariam. Kutenung surat tawaran UIAM Mariam yang ada ditanganku.

'Ya Allah, kau bantulah aku. Aku tiada niat lainnya selain dari menolong ibu bapaku dan adikku. Ingin benar aku merasa sambung belajar, punya ijazah atau mungkin Master. Ini impianku. Kahwin? Biarlah dahulu. Biar berjaya hidupku dulu, jodoh akan kucari selepas aku berjaya'

Aku berbisik doa didalam hati.

**Nak tahu Nuha dapat atau tak tawaran itu?? kena la tunggu entry lainnya. Sabar ya semua.**

Terima kasih kerana sudi datang membaca. 

Gallery


...

Kecil Hati Aku

Orang nampak aku setabah gunung. Megah bak banjaran titiwangsa. Orang lupa aku manusia. Aku ada hati perasaan. Aku manusia malas menjawab bila orang tuduh aku macam-macam. Aku bukan manusia nak tegak pakai menjerit pekik terlolong. Bukan anjing nak menyalak bukit.

Aku diam. Biar apa orang buat kat aku, kadang aku tulis kat post facebook. Tapi tak pernah aku mention siapa atau apa actually happened. Aku randomly type and tak fikir banyak, just hit the post button.

Aku biar engkau orang sakitkan hati aku. Biar engkau orang pijak aku. Aku nampak, sebab aku lihat. Aku ada mata, mungkin kau orang lupa aku ada mata. Walau hati aku rasa macam nak tampar mulut kau. Nak sepak muka kau. Nak gigit tengkuk kau. Tapi aku baisanya biar sakit hati aku padam sendiri dalam hati.

Aku tak nak jadi macam kau. Kau suka memalukan diri sendiri, dan terus memalukan aku sama. Tapi kau lupa, kau lebih malu dari aku. Lihat kau menyalak bagai anjing sedang aku cuma nampak seperti kucing ketakutan memeluk diri.

Kau rasa kau menang. Tapi hakikatnya, kau kalah. Bukan kalah dengan aku. Kau kalah dengan emosi. Kau dikuasai emosi dan rasa marah. Hilang semua arah, kau hilang juga maruah. Sedang aku diam bagai kalah, taapi sebenarnya menang bermaruah. Kerana aku mampu mengawal emosi walau dalam marah. Sabar walau dalam keadaan kau memalukan aku.

Aku kalah. Ye aku kalah. Kau menang, menang menunjukkan siapa diri kau sebenar. Mungkin kau bangga dengan kemenangan mempamerkan keburukkan diri sendiri.

Sedih.

Kau buka aib sendiri tanpa perlu orang lain membukanya untuk engkau.



14 August 2017

Bukan Kisah Mimpi

Bukan semua orang punya mimpi indah. Aku contohnya. Selalu sangat punya mimpi yang seram dan menakutkan. Bukan hantu. Bukan jembalang. Bukan mambang.

Terkadang aku lupa apa mimpi aku yang menakutkan tu. Entah apa jenis mimpi. Tapi sampai kadang berpeluh macam berlari dari KL-Johor. Okay, melampau !

Bukan.

Entah la, aku tak tahu nak ceritakan macam mana, yang aku tahu memang menakutkan. Jenis boleh buat movie ala-ala conjuring atau cerita orang makan orang, atau mungkin cerita pembunuhan bersiri. Okay sudah ! Nanti aku melalut lebih jauh kau orang pun pening baca blog aku.

Yang aku tau mimpi tu seram. Eh, lupa nak cakap. Terkadang aku rasa bila terjaga dalam keadaan berpeluh-peluh macam orang berlari dah sampai garisan penamat tinggal nak capai botol air siram kat muka yg mendongak tu, okay tu over gila, aku tahu. Bila terjaga tu, terasa macam ada orang perhatikan aku. Bukan kucing-kucing aku tau. Macam sesuatu sangat.

Paham?

Seram tak?

Aku tengah menaip pun meremang bulu roma tau.

Nanti kalau aku mimpi macam tu lagi, aku beritahu kau orang apa mimpi aku. Tu pun kalau aku ingat la ye.



11 August 2017

KUCING BARU - TOILET - BAWANG PUTIH





Salam dan selamat tengahari semua.

Kali ni nak share petua or tips untuk korang lagi. Well, ni ada petua untuk kucing "baru" yang belum fasih tentang rumah. Kadang sebab mereka baru, jadi mereka tak tahu nak pangsai kat mana, and nak shi shi kat mana. Selalunya belakang pintu, celah-celah almari, rak kasut jadi tumpuan mereka.

Untuk kita yang cats lover katanya ni, jangan malas.. Sila rajin, which is kena rajin simpan kasut dalam rak tertutup. Kena rajin sapu and mop rumah. Please guna dettol antiseptik untuk bau and kuman. Ye berak kucing ni berkuman dan beracun kawan.

The most important, kalau kucing baru korang pangsai and shi shi kat tengah rumah tu, bersihkan, lepastu pecahkan sikit bawang putih, lumurkan/sapu dan tinggalkan ketulan bawang putih di kawasan tadi, biar sampai kering..insyaAllah takde lagi aktiviti pangsai and shi shi di kawasan tersebut.

Untuk saya sendiri, saya guna bawang putih, bila dah kering, kutip serpihan dan sapu macam biasa. Lalu serbuk kopi adalah penyedap bau rumah saya. Actually saya duduk rumah atas, lebih susah menjaga pets dirumah atas berbanding rumah bawah..dan saya memang tak berapa berkenan guna pasir-pasir ni. Saya normally ajar anak bulus berak kat toilet, yes we are sharing the same toilet. kalau bukan dalam bowl jamban, kat lantai pun takpe, nanti saya jirus masuk saluran air..mudah dan bersih, bau pun akan hilangs erta merta. Atau korang boleh beli toilet training kit tu, untuk saya, tak perlu. kucing lebih faham berbanding manusia zaman sekarang ni.

Kerajinan cats-lover haruslah dititip beratkan, usaha sedikit untuk kucing baru korang, kalau korang dengar mengiow lain macam, mungkin macam tercari-cari kawasan atau tempat, terkais-kais, cepat-cepat angkat dan bawak dalam toilet, kunci dari luar supaya dia pangsai atau shi shi dalam tu. Kalau korang nak pergi kerja tu, kurung anak bulus baru dalam toilet. Tapi ingat !! berishkan toilet tersebut sebelum mengurung kucing korang dan pastikan lantainya kering, beri alas (kain) untuk kucing tu baring landing. Sediakan semangkuk makanan dan semangkuk minuman.

Masa korang balik nanti, tengok lah. Akan ada setompok dua di bucu-bucu toilet. Bila sudah biasa, dia akan tahu itu jamban tempat pangsai and shi shi. Jangan lupa, sentiasa kena ada wet tissue..setiap kali balik rumah lepas kerja nak keluarkan kucing tu dari toilet terkurung tu, lap kaki, tangan badan dia dengan wet tisu. Sila pembersih sikit ya. 


Ini adalah apa yang saya buat bila dapat anak bulus baru..

Semoga bermanfaat buat anda semua.